Tuesday, May 18, 2010

JPJ PADANG JAWA.

Foto hiasan ambil dari Google Images, TQ


HARI ini hari Selasa; 18 Mei 2010.
Hari ini aku ingin menulis cerita yang bukan berkaitan bidang tugas harian aku pun. Tulisan ni mungkin dapat menjadi panduan pembaca yang terbaca blog ini. Sejak hari Isnin(17 Mei) iaitu semalam aku telah mengambil cuti untuk menguruskan kenderaan aku yang kini masih berada di SEBUAH bengkel di BALAKONG, KAJANG. Kenderaan tersebut telah siap dibaiki dan menunggu masa untuk dibawa ke PUSPAKOM. Dah lebih 2 bulan kereta aku kat bengkel di BALAKONG tu. Termasuk hari ini, bermakna dah 2 harilah aku bercuti hanya mahu menyelesaikan hal berkaitan untuk mendapatkan 'approval' dari pihak JPJ Padang Jawa untuk membawa kenderaan tersebut bagi pemeriksaan di PUSPAKOM. Menurut pihak bengkel hanya 2 pejabat JPJ jer yang boleh memberikan pengesahan tersebut iaitu di Padang Jawa dan di JPJ Setapak.

Setelah semua dokumen diperoleh daripada bengkel, aku pun bertolaklah ke Padang Jawa, kat Shah Alam tu. Bila sampai di sana, pertama kali sampai kat JPJ tu tentulah tak tau apa2 pun maka bertanyalah aku kat staf yang berada di kaunter JPJ berkenaan. Staf yang berada di kaunter beritaulah bahagian yang perlu aku pergi iaitu di bangunan yang lain sambil menunjukkan ke arah belakang iaitu dimana terletaknya Bahagian Kejuruteraan. Ermmm....sebab ini kali pertama pergi ke sana, temangu-mangu gak mencari tempatnyer.....

Tiba di bahagian kejuruteraan tu, aku pun bagilah semua dokumen yang aku bawa dari bengkel tersebut kepada staf bertugas, nampaknya semua staf tersebut terdiri daripada kaum lelaki. Staf berkenaan membuat pemeriksaan setiap helaian yang aku bawa.
Komen-komennya ialah:

1. Borang tersebut terdiri daripada borang yang di fotokopi.
2. Gambar foto kereta tidak cukup besar dan tidak berwarna.
3. Gambar foto yang dirakam tidak pada sudut yang betul.
4. Maklumat dari pihak insuran yang asal tiada cuma dari pihak bengkel sahaja.

Itu jerlah komen yang aku ingat....last sekali semua dokumen dipulangkan kepada aku dan minta kembali dokumen yang dikehendaki daripada pihak bengkel seperti yang diminta. Apa nak buat, sebagai kakitangan kerajaan yang patuh dengan peraturan(ewahhhh.....) aku ikut jerlah kehendak mereka. Ermmmmm....fikirlah, setelah jauh aku berkereta(kereta pinjam pun.......) untuk datang ke JPJ, Padang Jawa, Shah Alam ni, semata-mata hanya untuk mendapatkan keputusan dokumen tersebut di tolak mentah-mentah jer. Bukan dekat beb...lebih 100 km pergi dan balik dari BANGI....

Dipendekkan cerita aku kembali semula ke bengkel tersebut dan menceritakan apa yang mereka kehendaki. Staf bengkel pun sediakan semuanya seperti yang dikehendaki oleh JPJ Padang Jawa. Namun foto yang besar daripada yang telah diberi tak dapat disediakan kerana kalau foto tersebut dibesarkan ia akan bertambah kabur imejnyer. Setelah siap aku pun bergerak ke JPJ Padang Jawa.

Sampai di JPJ PADANGJAWA, aku terus 'parking' kereta yang dikenakan 'charge' RM2 untuk sejam pertama. Kemudian terus pergi ke bahagian kejuruteraan dan terus serahkan dokumen. Staf di kaunter membuat semakan setiap helai dokumen. Aku lihat mukanya macam tidak puas hati jer...mungkin ada dokumen yang tidak memuaskannya. Namun dia terus menyemak dan akhir sekali dia meberi aku satu kertas yang bertulis "dokumen tersebut diterima dan akan dipertimbangkan". Dia kata nanti hubungi kemudian...tapi aku pun tak tau bila, aku ambil keputusan untuk hubungi minggu depan, iaitu selepas aku balik dari HUTAN BELUM di PERAK tu. Ermmmm....dalam hati aku berkata..."pihak bengkel kata kalau 'owner' sendiri yang bawa dokumen tersebut 'approval' akan diperoleh dalam 2 atau 3 jam saja.....'. Tak tau aku mana yang betul. Apa-apa pun aku telah abiskan cuti aku 2 HARI semata-mata hanya untuk berurusan dengan JPJ Padang Jawa...tapi masih gak belum selesai....tolonglah aku JPJ PADANG JAWA, SHAH ALAM atau KLANG...kete tu aku perlu untuk berulang-alik tempat keje, korang kaki tangan kerajaan...aku pun sama gak. Takkan aku nak pinjam kete orang untuk jangka masa yang lebih lama lagi. Kete aku kat bengkel tu pun dah 2 bulan beb... Ini bermakna aku dah pinjam kete orang dah 2 bulan....tolong...tolong...tolong....SOS..........

daud montak zakaria...
18 Mei 2010; 4.00 pm

6 comments:

daud.montak.zakaria said...

Masih belum selesai hingga tarikh hari ini 9 SEPTEMBER 2010....tak tau bila akan selesai....

daud.montak.zakaria said...

Hari ini 16 April 2011; sebenarnya aku dah bosan dah nak urus kelulusan JPJ Padang Jawa untuk kete aku tu. Aku dah anggap aku dianiaya, apa yang aku doakan semua yang terlibat dari penarik kereta, bengkel dan kakitangan JPJ Padang Jawa yang terlibat tidak akan 'bahagia' hati mereka sampai ke mati melalinkan aku maafkan mereka. Dan aku berharap mereka semua akan di bakar dalam api neraka atas dosa mereka menganiaya aku....aku tetap bersabar hingga kita semua dibangkitkan di akhirat nanti....tunggu jer ler....

daud.montak.zakaria said...

..aku malas dah nak uruskan hal ini...aku berharap 'doa' aku tu terus 'on' sampai jumpa kat akhirat nanti...aku memang amat bersabar dalam hal menunggu hari kebangkitan tu....

TARIKH SEKARANG: 20 JANUARI 2012.

daud.montak.zakaria said...

...hari ini, 31 mei 2013...aku memang da malas nak uruskan soal kete tuuuu...doa aku masih terus berjalan, harap semua yang terlibat dengan urusan kete aku ni akan terus resah hatinya sehingga mati dan hari selepas mati....harap mereka semua aku di 'api neraka' kan...sama ada kekal atau tak itu urusan ALLAH...AKU SABAR dengan doa aku tu...kalau ada pon yang aku maafkan ialah sorang jer iaitu yg bertugas uruskan dokumen aku di bengkel tu...yang lain aku harap akan dijilat api neraka di akhirat dan di dunia akan sentiasa resah hatinya sama ada dia kaya atau miskin....itu doa aku berterusan....

daud.montak.zakaria said...

...hari ini, 31 mei 2013...aku memang da malas nak uruskan soal kete tuuuu...doa aku masih terus berjalan, harap semua yang terlibat dengan urusan kete aku ni akan terus resah hatinya sehingga mati dan hari selepas mati....harap mereka semua akan di 'api neraka' kan...sama ada kekal atau tak itu urusan ALLAH...AKU SABAR dengan doa aku tu...kalau ada pon yang aku maafkan ialah sorang jer iaitu yg bertugas uruskan dokumen aku di bengkel tu...aku masih boleh bayangkan wajahnyer sampai la ni.....yang lain aku harap akan dijilat api neraka di akhirat dan di dunia akan sentiasa resah hatinya sama ada dia kaya atau miskin....itu doa aku yang berterusan....

Unknown said...

I'm glad to be reading this article, I simply want to offer you a huge thumbs up for your great information.
Tableau Guru
www.sqiar.com