Monday, July 17, 2017

Pelancaran APLIKASI SMART MAMAK di Putrajaya...

Hari ini, ISNIN, 17 Julai 2017, kami membuat rakaman video PELANCARAN
APPLIKASI SMART MAMAK. Program tersebut dijalankan di
RESTORAN ALI MAJU di Presint Satu, Putrajaya.
Kami membawa peralatan iaitu tripod
dan dua buah kamera
video...
Sebenarnya aku sendiri pun tidak sedar wujudnya restoran tu di sana....
AKU bertugas di sana bersama sdr. RAMLI ADNAN
dan JASRIL AMRY ABDUL WAHID.

ali maju



Kami bergerak dari pejabat menuju putrajaya lebih kurang jam 9.30 pagi...melalui Bandar
Baru Bangi. Nak masuk putrajaya pun agak tersasar dan terpaksa menuju
ke PICC sebelum tiba di Bangunan Pendaftaran
Negara dan akhirnya tiba di Restoran
ALI MAJU Presint Satu....



selesai pasang alat dan selesai raptai...

Tiba di restoran kami menunggu team PTM untuk tiba di lokasi tersebut. Tida berapa
lama mereka pun sampai. Satu mesyuarat AD HOC telah diadakan
berikutan Menteri KPT akan terus ke restoran bukan
berada di Pejabat beliau di KPT.

selesai pasang alat dan selesai raptai...

...bersama pegawai PTM Tuan Haji BAKHORI...


Selesai meeting, kami pun pasang alat iaitu dua buah kamera video. Kami cuma beri
'source' kepada PTM. Merekalah akan kendalikan apa yang kami
hantar kepada mereka. Visual yang kami bekalkan
adalah untuk disalurkan ke UKM LIVE 
STREAMING.




Apabila Menteri KPT masuk ke restoran beliau akan membuat pesanan makanan melalui
online iaitu melalui applikasi yang akan dilancarkan. Selepas buat pesanan
satu tayangan video telah diadakan. Selepas tamat tayangan
menteri KPT dan beberapa orang kenamaan
akan datang ke kaunter untuk mengambil pesanan tersebut.
Aktiviti tersebut diminta untuk ditayangkan di screen...itulah tugas kami selain
membuat rakaman keseluruhan program sehingga selesai
untuk UKM LIVE STREAMING.

ucapan NAIB CANSELOR UKM...



Tugas kami bersama PTM telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah
besar. Program tersebut tamat lebih kurang jam 6.00 lebih.
Selesai saja program tersebut kami berkemas dan
bergerak pulang. Singgah di Masjid
Putrajaya untuk solat Asar dan seterusnya balik ke pejabat.
Tiba di pejabat jam 7.00 lebih. Simpan alat dan bergerak balik ke rumah
Tiba di rumah jam 8.00 malam.....payah jalan Bangi ni...jemm jeee...

SEKIAN


DAUD.montak.zakaria