Saturday, March 7, 2009

Erti Kawan (hal peribadi)

Dari kiri(berdiri); Den, Nurul Hawa, Niza dan Jamilah Maliki.
Dari kiri(duduk); Mat Rotu dan Mohd. Razif Zakaria.
Foto ini dirakam dalam tahun 2000, ketika itu kami sedang membuat
rakaman Sambutan Thaipusam di Batu Cave
untuk projek dokumentari kami.


Hari ini den nak cito perkara peribadi pulak yang ada kaitan dengan mereka yang masih hidup dan tiada kaitan dengan mereka yang telah mati. Walaupun peribadi namun ia tidak lari daripada perkara berkaitan media...Kira-kira jam 11.30 pagi, den terima satu call dari seorang kawan yang dikenali sebagai Ros dan hingga sekarang pun masih dikenali sebagai Ros. Dia kata dia hendak datang ke rumah den. Ros ni merupakan salah seorang kawan den semasa belajar di Jabatan Komunikasi, FSSK, UKM sesi 1999/2000. Sekarang ni dia bertugas sebagai Penerbit Rancangan di RTM. Den kato kek dio den akan berada di rumah selepas jam 2.00 petang kerana kebetulan den masa tu sedang berada di luar rumah iaitu di lokasi yang tak perlu den jelaskan di sini.

Jam 2.00 petang, Ros dan seorang rakannya dari RTM tiba di rumah den. Sebelum tu Nurul Hawa yang juga rakan sepengajian den sesi 1999/2000 sudah sampai di rumah den. Nurul Hawa sekarang ni bertugas di IKRAB sebagai Pegawai Penyelidik. Rupanya Ros dah talipon Nurul untuk berkumpul di rumah den. Den pun tak tau perkara ni, mereka berbincang di antara mereka je, kalau den tahu awal tentu den akan batalkan perkara di luar rumah tu.Tak lama kemudian tiba rakan sepengajian kami yang lain iaitu Fiza dan Ismahisham dan rakan Isma yang berbangsa Arab yang sama2 buat Master kat UM sekarang ni. Isma sebenarnya seorang guru Bahasa Inggeris sebelum buat Master kat UM sekarang ni. Den, Nurul Hawa, Ros, Fiza dan Ismahisham serta lain2 lagi merupakan rakan sepengajian yang sama2 belajar di Jabatan Komunikasi, UKM sesi 1999/2000. Kami semua boleh dikatakan rapat, biasanya student broadcasting UKM masa tu memang rapat antara satu dengan lain. Masa tu kami semua yakni student broadcasting tiada sebarang perasaan hasad dengki dan banyak tolong menolong antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dalam pembikinan program-program video kami masa tu. Pensyarah berkaitan broadcasting kami yang masih den ingat ialah, PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI, PUAN ARFAH, PROF. MADYA RAJA AHMAD ALAUDIN, PUAN (PROF. MADYA) FUZIAH KARTINI, PROF.MADYA DR. RAHMAH, EN.(DR) YUSOF, PUAN(DR) NORMAH dan CIK MAT(lupa nama penuh). Semua mereka ini pernah mengajar den.

Berbalik kepada cerita asal, rupa-rupanya si Ros datang ke rumah den hanya untuk menyerahkan kad jemputan kahwin. Dia akan berkahwin pada hujung bulan Mac ini. Baguslah, seorang demi seorang rakan2 den mendirikan masjid....eh...eh..yo ko mendirikan masjid? ontahlah....Bila kami dah berkumpul hurm....macam2 cerita yang timbul. Seronok, gembira dan sebagainya kami rasakan bila berjumpa. Rumah den sejak masih student memang menjadi lokasi berkumpul termasuk dalam pembikinan drama kami semasa belajar. Banyak cerita yang keluar dari mulut masing2 hari ni. Cerita siapa dah kawin, sudah berapa orang anak dan sebagainya termasuklah gossip kut maklumlah kami semua student penyiaran, tentulah ada terselit gossip dalam perbualan...hurm...tapi taklah banyak, sikit je....gossip tu berdosa kan...kan...kan.... Kadangkala terfikir juga den, sudah hampir 10 tahun kami meninggalkan era student di UKM tetapi kami masih terus berhubung dan tidak kekok untuk bercakap, berbicara dan omong-omongan sesama kami, persis macam kami masih student dulu. Kini, Fiza berjawatan sebagai guru, Ismahisham tengah buat Master kat UM, Nurul Hawa seorang Pegawai Penyelidik di IKRAB, UKM dan Ros sebagai Penerbit Rancangan di RTM. Dikalangan rakan2 yang berkumpul di rumah den tu, Ismahisham dan Fiza masih bujang lagi....Ado sapo2 nak jadi calon dia orang? Den takleh tolong...usho lah sendiri.....

Begitulah bila kawan lama bersua kembali tentu seronok, gembira dan seribu satu lagi perasaan yang tak dapek den jelaskan. Hal ini dapat kami kecapi kerana semasa kami belajar atau semasa kami masih student, kami mempunyai perasaan yang amat rapat di antara satu sama lain.Hal ini tidak akan dapat kami rasakan jika semasa masih student kami sibuk dengan bergaduh, berdengki dan seribu satu macam perkara negatif yang kami lakukan di antara satu dengan yang lain. Saudara Bakhtiar yang masih di Pusat Pengajian Media lebih banyak mengetahui berkaitan hubungan kami sesama rakan-rakan 'broadcasting'. Lain-lain rakan yang masih den ingat ialah Razif Zakaria(masih berhubung), bekerja di Kementerian Kesihatan dan den dengar nak sambung PhD, Ku Arafat, bertugas sbg. Penerbit Rancangan di RTM, Ghazali, pensyarah di KUIS, Felomena, Penerbit Rancangan di RTM, Mat Rotu, dengar cito jadi guru, Niza, Nuyu, Jamilah Maliki di UNIMAS, Sam, merupakan seorang businessman dan Ming Kok, sedang buat PhD di US. Rakan-rakan yang lain den tak berapa ingat. Ada maklumat berkaitan rakan-rakan ini den dapati melalui akan-rakan den juga...

Ada kenangan yang tak dapat den lupokan sampai sekarang bersama rakan-rakan dari broadcasting ialah semasa Malam Anugerah Seni, Festival Filem dan Penyiaran yang diadakan dalam tahun akhir pengajian kami. Anugerah tersebut merupakan anugerah tahunan yang disertai oleh IPT di Malaysia dimana semua hasil kerja video sepeti iklan, eksperimental, dokumentari dan drama dipertandingkan. Malam Anugerah Seni berkenaan merupakan malam kemuncak Festival Filem dan Penyiaran, di mana hadiah-hadiah disampaikan kepada pemenang. Den memegang jawatan sebagai Pengarah Teknikal untuk program Festival Filem dan Penyiaran. 'Broadcasting' UKM telah memenangi hadiah keseluruhan. Den terus balik ke rumah sebaik saja selesai majlis tersebut walaupun rakan-rakan den mungkin meraikan kemenangan tersebut. Den kecewa sebab peralatan PA System tidak berfungsi dengan baik. Banyak kesilapan berlaku semasa majlis tersebut berlangsung, malu sangat den maso tu. Ia adalah di bawah tanggung jawab den sebagai orang yang mengetuai bahagian teknikal, bersama seorang lagi kakitangan teknikal Pusat Kebudayaan UKM. Beberapa hari selepas tu wartawan sebuah akhbar (den lupo akhbar apa) telah membuat komen berkaitan sistem bunyi semasa majlis berkenaan sedang berlangsung. Keratan akhbar berkenaan telah lekatkan di dinding dalam Studio di Jabatan Komunikasi masa tu. Den pun tak tau untuk apo diletakkan di dinding studio...hmmm..supaya den baco kut...hmmm...ontah den tak tau sampai hari ni....tak boleh nak buat tuduhan...berdosa kan menuduh orang ni..Ketika itu Festival Filem dan Penyiaran merupakan majlis terbesar untuk pelajar komunikasi IPT. Den dengar cito pada malam selepas tamat majlis tersebut, dia orang cari den tapi tak jumpo. Mano nak jumpo den terus balik ke rumah dalam keadaan yang amat kecewa...hmmm....Oleh itu den tiada dalam perjumpaan antara pelajar dan pensyarah den selepas tamat majlis tu...Hal ini tak dapat den lupokan hingga ke hari ini kerana ada rahsia lain yang den simpan hingga kini..Den terlalu kecewa pun sebahagiannya disebabkan oleh rahsia ini....

Hmmm...tu jelah yang dapat den nukilkan di sini untuk renungan bersama...untuk Ros, selamat pengantin baru...untuk Fiza dan Ismahisham....jangan tunggu lama-lama....Mereka semua beredar dari rumah den hampir jam 6.00 petang...

Itulah ada ketikanya bila kita duduk sendirian, kita akan mengenang dan merindui saat-saat kita bersama rakan-rakan kita yang telah berlalu pergi. Ada ketikanya juga kita berasa ingin kembali ke masa lalu jika ianya penuh dengan kenangan manis bukan kenangan pahit....ewahhh...bye...


16 comments:

CikLieYzaOnline said...

Hmm..
seronok kan bila dah lama tak jumpa pastu bertemu semula..cewah...(mcm jejak kasih lak).

bertuah la ekau takdo "makhluk2" ijau yang wujud waktu tu..

sedih lak den bila kenangkan balik badge den ni haa..apa la nak jadi agaknya...

start sem lps.pas tercetusnya incident yg xdiduga,
adakalanya den dapek rasakan smpai terbawa2 ke sem ni juga...

hbgn kami semua dh kurang mesra,
huhuhuhuhuuu..
nak menangis rasanya..

kalau air dh keruh,
buat la proses penyulingan kaa..
memang xkan jernih spt yg asalnya.

apapun,
den harap,
1 masa nnt semuanya akan pulih spt sediakala.

mungkin waktu bisa mengubahnya... =)

daud.montak.zakaria said...

Itulah kenangan yang sukar dilupakan, dan bila bertemu kami akan imbau kembali kenangan lama berkenaan. Bagi den tiada rakan yang lenih baik daripada rakan semasa masih menjadi student.

Memang betul kata liza, bila dah keruh sukar untuk dijernihkan...hmmmm...tapi cuba tukar kepada air mineral yang dah dibotolkan....heh...heh..

kamarul said...

HAHAHAHAHA....

suke nyakat liza..
kang die nangis kang..
sape yg susah...
wakakakaka

1st time aku komen kt blog neh!

CikLieYzaOnline said...

xpa..nyakat yg berguna..
penuh makna utk ditafsirkanya...
bg insan yg phm2 je..
huhu

sekian

CikLieYzaOnline said...

eh,baru terbaca pasal keratan tu..
"rahsia" apa tu?
hihiihiiiii..
cerita la..cerita la....
alalala..
kuat merajuk juga rupanya..
hahhahahahaha (gelak jahat)

daud.montak.zakaria said...

Tahun akhir memang tension banyak keje...silap sikit je...terasa hati, bukan merajuk...tapi taklah sampai berpanjangan....tambahan pula kita sudah berusaha sebaik mungkin...Walau bagaimanapun taklah putus asa...
Rahsia tu?? taklah besar sangat...biarlah ia menjadi rahsia..kan...kan...kan...

ct_saggie said...

hehhehe....
sedih lak baca cite ni...
mmg..
kenangan tetap kenanagn
yg tgl hanya perasaan...
erm

smg kita semua...
akan saling ingat mengingati

Si uLaM M@niS said...

harap-harap jalinan ini berpanjangan sampai bila-bila. Insya Allah

daud.montak.zakaria said...

InsyaAllah, den pun harap macam tu gak...ops! lupo, bukan den nurul, tapi..."SAYA"

CikLieYzaOnline said...

hahahahaha...
gambo ekau ko tu?
umo ekau maso tu sebayo den ko?
hahahahaha...mcm lawak je..
mmg ado gayo nk jd penerbit yg baik...

daud.montak.zakaria said...

Ooooooooooooooooooooooo...perli yo...hmmmmmm. Maso tu den yang paling mudo lahhhhhhhhh!!!!

Si uLaM M@niS said...

abang daud...tak sempat nak update blog n upload gambar ari tu...

bzzzzzzzzzzzzzz....

insya Allah dalam masa terdekat

:)

daud.montak.zakaria said...

Tak pe lah Nurul, ada masa update lah, bukan apa, untuk rakan2 kita menatapnya, sekurangnya dapat juga dia orang tau perkembangan diri kita dan rakan2 kan. Macam hal rakan kita Razif, kalau takde cerita kat blog hang tentu saya pun tak tau perkembangan dia sekarang ni...

CikLieYzaOnline said...

comeynya ekau......hahahahahahahahaha

daud.montak.zakaria said...

Ye ke comel...eh taklah, saya tak comel...comel lagi den.....heh...heh...heh...

CikLieYzaOnline said...

hahahahahahahahaha...
memang comelllllllll.....
hahahahahahahhahahahhah......

comelnyaaaaaaaaaaa....
ayat ekau pun dh cukup utk mmbuatkan diri den rasa yg ekau ni mmg comel...hahahahahaha