Den termenung memikirkan macam-macam namun den tak tau tajuk yang khusus ape yang den fikirkan. Tentang cuaca? Hmmmmm...bukan, biarlah difikirkan oleh ahli kaji cuaca...Tentang bumi? Bukan jugak, biarlah ia di kaji oleh ahli kaji bumi....Tentang bintang? itu cuma fenomena yang wujud bila hari menjelang malam, tapi bukankah ahli kaji bintang ada....Tentang hati? Hmmm....ontahlah, tak pasti pulak, hmmm...adakah ahli kaji hati?....Tentang tugas? Itu kemungkinan ada, tapi ia cumo sebahagian saja daripada apa yang berkecamuk dalam kepalo den...
Hmmmmm....malam esok(Sabtu malam) kami akan membuat rakaman video MCP berkaitan persembahan kesenian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kokurikulum kesenian di DECTAR. Den lupo tajuknya yang khusus, carilah sendiri... Biasanya bila ada tugas di studio, kami dah ada di Studio UKM se awal jam 6.30 petang untuk memmasang semua peralatan audio visual dan juga melakukan ujian ke atas peralatan tersebut. Diharapkan ramai krew bantuan yang akan datang untuk membantu. Den terlupo untuk menghubungi mereka melalui telefon siang tadi. (hmmmm...tak kan nak hubungi seseorang dengan burung merpati pulak kan.....)
Hari Isnin depan den dan sdr. Ramli akan bertolak pula ke Fraser Hill. Kami akan berada di sana dari 13 hingga 15 April 2009. Pihak FST minta unit kami untuk membuat rakaman Seminar Bioteknologi di Hotel Shahzan. Sebenarnya den tak berapa berminat dengan tugas-tugas kat hotel ni, kalau boleh tak nak pergi tapi tak bolehlah kerana sdr. Kamarul dan sdr. Ruhaizad telah pergi ke Labuan, tak kan mereka juga nak di hantar ke Fraser Hill pulak. Den lebih berminat dengan tugas-tugas membuat rakaman video dalam hutan. Program seperti itu lebih mencabar lagi daripada rakaman video dalam hotel. Walau macam manapun tugas tetap tugas, bukan semuanya boleh dipilih....Mungkin dalam seminar seperti ini den akan memperoleh ilmu yang bermanfaat, bukan gitu....