Sunday, March 15, 2009

Penolong Pengarah (Assistant Director)



Seseorang Pengarah memang amat sibuk semasa raptai dan produksi. Pengarah mesti membentuk dan memberi arahan berkaitan shot-shot kamera, meneliti 'framing' dan komposisi, memberi arahan kepada 'talent', mengikuti skrip, mendengar audio, melihat monitor-monitor, memberi arahan kepada krew-krew produksi, memberi arahan kepada audio, VTR, mengawasi masa program, dan sebagainya. Maka tidak hairanlah seorang pengarah memerlukan pembantu dalam melaksanakan tugasnya. Dalam hal ini seorang penolong pengarah atau Assistant Director amat diperlukan.

Dengan adanya Penolong Pengarah, tugas Pengarah menjadi mudah sedikit. Pengarah masih lagi bertanggung jawab kepada keseluruhan produksi. Dengan adanya Penolong Pengarah yang membantu dari segi penjagaan masa, persediaan arahan-arahan(ready cues) dan penyusunan awal shot-shot kamera akan membolehkan Pengarah menumpukan sepenuhnya kepada perkara yang berlaku sekarang tanpa merasa risau apa yang berlaku berikutnya.

Peranan Penolong Pengarah(AD) adalah bergantung kepada Pengarah sesebuah program yang diterbitkan. Terdapat Pengarah yang memberikan tanggung jawab yang besar kepada Penolong Pengarah(AD). Namun yang ideal, Pengarah dan Penolong Pengarah membentuk satu kumpulan yang rapat yang melengkap-melengkapi di antara satu dengan yang lain. Biasanya tugas Penolong Pengarah ialah menentukan masa produksi, menyediakan arahan berikutnya dan penyediaan awal shot-shot kamera.

Timing the show;
Masa amat penting dalam penerbitan. Masa yang tepat akan mengelakkan penerbitan melebihi atau mengurangkan dari masa yang telah ditetapkan. Penentuan masa yang tepat akan menjadikan penerbitan kelihatan lebih baik di skrin tv.

Readying cues
Penolong Pengarah boleh membantu pengarah dengan arahan persediaan untuk audio, lighting, VTR roll, pengacara dan 'talent'. Biasanya Penolong Pengarah memberi arahan persediaan kepada operasi, sementara Pengarah akan memberi arahan untuk beroperasi.

Presetting Camera Shots
Dalam program yang mempunyai skrip lengkap dimana shot-shot yang berurutan telah dirancang, Penolong Pengarah digunakan untuk mengatur shot kamera yang berikutnya. Oleh yang demikian Penolong Pengarah juga mesti mempunyai satu salinan skrip. Dalam produksi Penolong pengarah sewajarnya bersedia dengan satu shot di hadapan Pengarah. Dengan ini Pengarah akan tumpukan kepada kamera yang sedang ke udara dan masa perubahan video.

Penolong Pengarah: After this Cam One ready MCU of 'talent'...
Pengarah: Ready Cam One, take one...

Kolej Kris Mas...






Kris Mas merupakan kolej kediaman pelajar dalam kampus UKM yang mempunyai penghuni yang paling ramai. Kolej ini mula diduduki oleh pelajar pada tahun 1999. Malam ini dan malam esok (14 DAN 15 MAC 2009) Kolej Kris Mas mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan di DECTAR. Perasmian telah dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato' Dr. Muhammad Abdul Razak. Seperti biasa kami diminta membuat rakaman video MCP untuk majlis berkenaan. Ia bermula kira-kira jam 8.45 malam waktu tempatan dan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam...Ini baru balik dari DECTAR lah ni.....

Rakaman video MCP hanya kami lakukan bagi kolej-kolej yang membuat permohonan untuk perkhidmatan berkenaan. Malam ni ramai krew rakaman tidak dapat menghadirkan diri untuk membantu dalam melakukan rakaman MCP tersebut. Krew yang sempat hadir ialah,
Sdr. Yunus Misdi, Muhammad Wafiy, Azrul Khaidir, Zulhimi, Sulimi, Ramli, Ruhaizad, Kamarul dan saya sendiri....Ops! lupo lak, switcher kami yang cantik menawan....Sdri Hanim...

Letih memanglah letih, terutama jurukamera kerana mereka terpaksa berdiri di kamera selama 3 jam...whooo...lotih pinggang dibuek yo... Tapi apakan daya, janganlah mengeluh nanti ado yang kato kito ni TAK BERSYUKUR pulak...kan...kan...kan... Kalau mengeluh lagi, tentu ado yang kato nanti..."Ekau ni tak bersyukur, kalau gitu ekau tak payah kojo lah...biar kami yo yang kojo...kan..kan...kan..."


Esok ado laie iaitu sambungan Majlis Makan malam Tahunan Kolej Kris Mas, jam 8.00 malam...