Thursday, February 11, 2010

Latihan MCP & Buku Geoforest

Semua ni Pelajar Pusat Pengajian Media UKM
kecuali lelaki ditengah2 belakang...

Hari ini Rabu, 11 Februari 2010; kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM agak letih sedikit(sikit jer....). Pada sebelah pagi kami melayan Pelajar Pusat Pengajian
Media dan Komunikasi UKM di Studio UKM di DECTAR


Mereka merupakan Pelajar Tahun 3 Pusat Pengajian Media UKM yang akan memulakan latihan untuk penerbitan MCP(Multiple Camera Production) selepas cuti Mid Sem nanti.


Sdr. Jasril Amry sedang menjelaskan sesuatu yang berkaitan audio kepada pelajar. Ermmm...macam penghibur jer...





Tanya...jangan tak tanya....

Pelajar ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti latihan
penerbitan MCP ini. Hari ini kami cuma menjelaskan secara ringkas
berkaitan peralatan dan sebagainya.
Latihan secara lebih lanjut akan kami lakukan selepas cuti Mid Sem iaitu
bermula pada tarikh 22 Februauri 2010.



Disebelah petang pula kami berkunjung pula ke Bilik Senat di Bangunan Canselori untuk membuat persiapan rakaman MCP dengan menggunakan 2 kamera esok pagi.




Pemburu dengan senapangnyer, jurukamera dengan kamera videonya...shoot....Sdr. Shahrul, Penolong Jurutera UAV.




Apa tu Shah....

Sebaik tiba di Bilik Senat petang tu, kami terus jer membuat pemasangan peralatan.
Tak banyak peralatan yang kami bawa, cuma kamera video, tripod,
LCD Projector, Monitor, DVD recorder....ehh...banyak gak....



Dibilik Senat ini kami membuat rakaman MCP dan juga output video akan di pancarkan juga di Bilik Majlis dan Dataran Canselori kerana pihak urusetia berpendapat mungkin ramai yang akan hadir kerana Pelancaran Buku Geoforest dilakukan oleh DYMM Sultan Kedah dan dihadiri sama oleh Tun Dr. Mahathir.


Sdr. Jasril Amry sedang menguji walkie talkie....





Sdr. Ramli Adnan sedang menguji audio yang akan
dirakam ke dalam DVD recorder.

Beberapa pihak terlibat dalam persiapan untuk rakaman MCP ini iaitu kami, Jabatan Pendaftar yang menyelia Bilik Senat dan juga pihak Jabatan Pembangunan.



Tugas persiapan kami selesai lebih kurang jam 9.30 malam. Setelah semua persiapan peralatan MCP disempurnakan kami pun meninggalkan Bilik Senat berkenaan. Esok pagi kami akan sempurnakan mana2 yang belum cukup sempurna. Diharap tugas kami esok akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Krew yang terlibat dalam persiapan ini ialah sdr. Ramli Adnan, Jasril Amry, Shahrul, Suraya, Izad, Kamarul dan aku sendiri....

Ermmmm...tah aper ler yang di candid nya.....

daud montak zakaria...
12.00 tgh malam, 12 Feb. 201