Suasana dalam bangunan JPN Putrajaya.
Pic. by google images.
HARI ini 3 Julai 2010, Sabtu;
Aku nak menulis lagi berkaitan perkara yang bukan merupakan bidang tugas harian aku. Apa2 pun patut gak aku tulis di sini untuk tatapan sape-sape jer yang nak baca tulisan ini. Mana-mana yang tak nak baca tu terpulanglah, bukan berdosa pun. Blog ini blog aku, cerita aku dan cerita rakan-rakan aku.
Hari Sabtu pagi ni aku pergi ke JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, di PUTRAJAYA untuk membuat satu urusan yang tertentu, ermmm...tak perlulah nak cerita apa urusannnya. Yang aku nak cerita kat sini ialah perkhidmatan kaunter JPN ni. Untuk pengetahuan anda Jabatan Pendaftaran Putrajaya dibuka dari hari Isnin hingga Ahad. Hari Sabtu dan Ahad dibuka daripada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Perkhidmatan kaunter mereka amat baik dan mesra bermula dari perkhidmatan mengambil nombor. Mereka melayan dengan mesra pelanggan yang datang. Kemudian tiba di kaunter tempat urusan, mana-mana ruang yang tidak diisi oleh pelanggan kerana tak pasti, kakitangan JPN akan mengisinya. Bila pelanggan bertanya sesuatu, mereka menjawab dengan mesra. Bila no. giliran disebut untuk kaunter 3 misalnya, jika kaunter 3 ada pelanggan ada kakitangan yang akan sedia melayan urusan pelanggan di kaunter yang lain. Urusan di sini amat licin. Kaunter urusan juga banyak. Kakitangan yang mengendalikan urusan amat mesra dan pelanggan saperti aku amat berpuas hati.
Jarang aku jumpa perkhidmatan kaunter yang licin serta mesra dengan pelanggan. Selalu senyum dan tidak meninggikan suara. Itu yang pelanggan perlukan daripada kakitangan kerajaan yang bertugas di kaunter. Sempatlah juga aku menekan butang "perkhidmatan kaunter yang terbaik" disalah sebuah kaunter, tempat aku membuat urusan berkenaan. Aku pernah berurusan dengan banyak kaunter seperti kaunter pos, jpj padang jawa dan sebagainya tetapi tidak pernah mendapat layanan seperti di kaunter JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA.
daud montak zakaria...
3 Julai 2010; 2.00 pm