Thursday, June 6, 2013

sLiM...oh...sLiM...

HARI ini, 6 Jun 2013, kami membuat rakaman SCP program video SLIM SHAPE.
Sebenarnya aku sendiri pon tak berapa jelas dengan tugas begini namun
pada aku semua tugas adalah sama dan perlu dibuat.
Pada awalnya aku dah bagi tugas ini kepada
sdr. RAMLI dan SITI SURAYA, namun
sdr. RAMLI minta aku 'involve'
kerana ia mungkin 
berbentuk rakaman yang perlu 
pada perancangan. Memang betul pon ia program 
begitu setelah ditanyakan kepada wakil Pusat
Sukan yang datang ke Penerbit untuk 'confirm' kan tugas berkenaan...

sdr. ramli
pensyarah fskb & su...
su...
Oleh itu rakaman akan dirancang untuk dibuat pada hari ini jam 4.00 petang. Kami
berjanji dengan Pusat Sukan untuk survey lokasi di stadium pagi ini, itu janji
kami semalam. Jadi pagi ni kami survey lokasi untuk tengok berkaitan
tempat rakaman dan kemudahan audio. Sampai Pusat Sukan 
dengan sdr. ramli dan suraya, terus jumpa
kakitangan yang terbabit.
Akhirnya kata putus diambil untuk buat rakaman
sebelah petang jam 2.3o....................................................................................

su...
sdr. ramli...
su....
Tiba di stadium jam 2.30 petang lebih kurang....Cuba semak kembali lokasi untuk 
rakaman. Setelah beberapa keputusan dibuat, akhirnya keputusan
pensyarah fskb diambil dan rakaman dibuat di tengah 
padang di bawah cahaya terik matahari jam
3.00. Rakaman perlu selesai jam
4.00 petang.
Semasa rakaman, agak lama jugaklah,
tiba...tiba...pelakon ekstra masuk frame dan menjadikan 'background' lebih
'menarik'....
Akhirnya ambil keputusan untuk buat rakaman pada hari SELASA
jam 8.00 pagi....dan aku akan pergi dengan
krew yang sama........Aku diberi masa untuk edit program tersebut dalam
masa dua minggu....harap boleh aku siapkan...InsyaALLAH...
Dan aku juga da dapat projek baru untuk buat
penerbitan video untuk Pusat Sukan hasil maklumat sdr. RAMLI....Insya ALLAH
aku yakin boleh dibuat....tapi....projek tu selepas raya.....Aku tak kisah
pon bulan berapa yang penting aku dapat buat video untuk tambahkan koleksi
video PENERBIT UKM....setakat ini, koleksi kami ada di sini....
DAUD'S CHANNEL(YOUTUBE)
...eh! penerbit ker sampai bila...bila...ntah.................................................

....sekian...terima kasih sebab membaca....
DAUD.montak.zakaria