Friday, December 22, 2017

Cuti dan Keje

Hari ini, JUMAAT, 22 Disember 2017, merupakan hari kelima aku bercuti.
Hari ini jugak ada rakaman MCP. Sambutan Maulidur Rasul 
Peringkat UKM. Jadi aku datang keje hari
ni semata mata untuk involve
dalam rakaman MCP
berkenaan. MCP perlu krew yang ramai, sementelah aku ada
dan takde pape......jadi aku pi la untuk sama2 buat keja.....huhuhu...




Tiba di studio
ukm dectar lebih kurang jam
lapan pagi. Masuk studio. Kelihatan SHAHRUL
da ada dalam studio. Aku dan dia pasang tripod dalam dectar. Tak lama
kemudian ramli, jasril dan kamarul tiba di studio. Kami
pasang semua peralatan mcp dan tunggu event
yang akan berlangsung dalam pukul
sembilan pagi.

shahrul....pinjam foto JI...
jasril...pinjam foto JI ye...
kamarul...pinjam jugak foto JI..



Hari ini kami buat keje dengan krew yang cukup cukup je. Aku dalam control room,
ramli bilik audio dan jurukamera ialah SHAHRUL, JASRIL, KAMARUL dan AJI.
Krew grafik takde hari ni...dia sibuk ngan tugas unit dia.... Krew jabatan
 lain semua ada tugas mereka sendiri di jabatan
memasing dan ada yang involve
dalam perarakan...




mantan pengarah kami prof. datin dr. norizan..
sorang je kat control room...


Acara bermula dengan bacaan al quran oleh qari dan qariah. Kemudian selawat,
nasyid, bicara tuntas dan sebagainya. Jurukamera terpaksa berdiri 
lebih dua jam...huhuhu.....
Apa boleh buat laaaaaaaaaaaaaa.....


Tan Sri NC menahan hiba...foto aizat...amik ye...

Ybhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM

hadiah...


Ucapan Tan Sri Naib Canselor mengambil tempat. Dalam ucapan beliau
pelbagai perkara telah di sentuh. Semasa membaca
hadis beliau kerlihatan hiba dan menangis.
Sebelum ini ramai yang aku
dengar terutamanya para ustaz yang menangis 
bila membaca hadis dan bila kisah Rasulullah saw dibaca dan
dikisahkan. Bukan mudah nak menangis macam ni tambahan kaum lelaki
yang keras. Tidak akan menangis juga kalau kita keras hati, jadi carilah
perkara yang boleh melembutkan hati kita..... Ramai dikalangan
hadirin juga kelihatan sedih dan suram terutama
wanita........





Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian dana siswi, penyampaian hadiah
dan penyampaian cenderamata dan sebagainya. Doa
penutup dibaca setelah majlis sampai
di penghujung majlis.

Aku nak ucapkan
terima kasih kepada semua krew
iaitu ramli, shahrul, jasril dan ruhaizad serta dihujung hujung acara
aizat bantu sebagai switcher.......
Lepas majlis tu aku balik...aku sambung cuti yeee......

SEKIAN

Saturday, December 16, 2017

MCP Gema Cinta Rasul

Hari ini, AHAD, 16 Dis. 2017, kami, unit AUDIO VIDEO PKK ditugaskan untuk
membuat rakaman MCP Malam Gema Cinta Rasul di DECTAR.
Program tersebut merupakan satu program hiburan
altenatif untuk mereka yang meminati
lagu lagu nasyid.

persiapan teknikal...
persiapan teknikal...
selesai persiapan teknikal...


Aku tiba di studio
lebih kurang jam 6.00 petang.
Sdr. Shahrul dah ada di studio, begitu juga
dengan sdr. ramli. Aku dan shahrul terus pasang kabel kamera
serta tripod. Dalam dewan kelihatan satu sesi raptai sedang dijalankan untuk
persembahan nanti.

tunggu event bermula...
audio...
berselfie ngan artis...huhu...
Kemudian tiba sdr. kamarul dan lebih kurang jam 7.00 malam kami pasang kamera.
Sdr. Jasril tiba studio tidak lama kemudian. Aku, ramli dan kamarul pi
makan apabila aku dapat call daripada staf pusat kebudayaan.
Shahrul tiba di tempat makan ketika kami sedang hampir
nak selesai makan.

foto ikhwan...pinjam arr....
jasril.....foto JI...pinjam arr...
shahrul....pinjam foto JI...


Selesai makan masuk
studio dan tunggu event bermula.
Suraya tiba studio untuk membantu dalam keje keje grafik.
Hampir jam 9.00 malam program bermula. VVIP yang hadir malam ini ialah
prof. dato' dr. riza atiq, timbalan naib canselor hal ehwal ehwal
akademik dan antarabangsa.




Persembahan malam ni dimulakan dengan nasyid firasat inzal. Ada persembahan Qasidah
Bacaan Al Quran serta Tazkirah, sebelum pentas diambil alih oleh persembahan
 kumpulan Hijjaz dan Mirwana. Penonton pada awalnya tak ramai...
namun lama kelamaam dewan macam penuh je dengan
penonton. Dapat infor drpd krew
jurukamera....Kami kat dalam tak nampak pape pun melainkan
skrin monitor dari tiga buah kamera dalam dewan besar tu je.........................




Kumpulan nasyid hijjaz dan
mirwana merupakan kumpulan nasyid popular yang membuat persembahan
malam ni. Sementara itu ada juga demontrasi tulisan khat serta
hebahan penjualan tulisan khat berkenaan. Beribu juga
harganya. 




Malam ni kami bekerja
dengan krew yang minima. Ramli bilik audio,
aku dan suraya bilik konti, kamarul, shah dan jasril sebagai jurukamera.
Ermmm...jurukamera terpaksa berdiri tiga jam sepanjang persembahan tersebut.
....apa boleh buat laaaaa.....





Malam gema cinta rasul tersebut tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam
Terima kasih banyak kepada semua krew yang bertugas iaitu
sdr. ramli, kamarul, shahrul, jasril dan suraya.......


SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Thursday, December 14, 2017

MCP Pelancaran SUKIPT

HARI ni KHAMIS...14 Disember 2017. Kami dari unit audio video pusat komunikasi
korporat ditugaskan untuk membuat rakaman video di Panggung Seni
DECTAR UKM. Program tersebut ialah PELANCARAN
SUKIPT UKM 2018. Timbalan Menteri
Kementerian Pengajian Tinggi
akan melancarkannya.

ni raptai semalam...aku dan kamarul datang....
raptai semalam....


 Aku tiba studio pepagi lagi
lebih kurang jam 7.20 pagi. Itu pun tak cukup pagi,
 biasanya jam 7.10 da ada depan opis.Terus pasang kabel kamera.
Tak lama kemudian sdr. kamarul sampai, kami terus pasang semua kamera dan
 on kan semua alat dalam konti. Selesai je pasang alat. Aku bancuh 
kopi tuk minum dalam studio.

persiapan teknikal...
persiapan teknikal...
Tak lama kemudian sdr. kamarul bawakan nasi lemak untuk aku sarapan pagi.
Sarapan tu disediakan oleh pihak penganjur dan diletakkan di loby
panggung seni.  Kamarul kata dia nak sarapan 
di panggung seni bersama staf pusat
kebudayaan ukm. Namun tak lama kemudian dia masuk
 bawak nasik lemak untuk sarapan dalam studio...bersarapanlah kami berdua
dalam studio.....

persiapan teknikal...
selesai persiapan teknikal...
sarapan pagi nasik lemak...kamarul amik dari panggung seni....


Tak lama kemudian aji ruhaizad tiba di studio....kami
sume tunggu program bermula. Sebelum tu kami masuk dalam panggung seni
untuk melihat persiapan terakhir oleh staf kpt dan juga ukm. Bersembang
lah kami dalam panggung seni dengan staf kpt, kebudayaan dan
 sorang yang bertindak macam event management dari 
pusat sukan usim yang diberi tanggungjawab
untuk mengatur program
berkenaan...tak silap aku nama dia IKMAL...dia kenal rapat dengan ASRI
kat USIM tu.....

persiapan terakhir...
da bersedia tuk rakaman...


Selesai sembang panjang kami pun masuk studio tunggu event bermula.
Tepat jam 11.15 sdr. kamarul da ada di kamera standby.
Lebih kurang jam 11.40 timbalan menteri
masuk dewan bersama dengan pengiring iaitu NC
dan TNC UKM serta Setiausaha KPT. Dari sini rakaman
pun bermula hingga tamat pelancaran. Hari ini kami bekerja cuma tiga orang
aje iaitu aku dalam konti, kamarul kamera 2 dan ruhaizad kamera tiga...huhuhu...


tunggu event bermula...
emcee...


Sib baik program tu tak lama iaitu lebih kurang sejam je...tak lama la jurukamera
berdiri di kamera memasing. Selesai je program terus pi makan tengah hari.
Semua kamera dan tripod dah dimasukkan ke dalam studio
oleh kamarul dan aji.



selfie ngan timbalan menteri kpt...huhuhu..


Selesai makan kami kemas semua
kabel kamera dan kabel audio. Kami cuma gulung
dan masukkan ke dalam studio aje. Terima kasih bebanyak HERMAN 
KEBUDAYAAN kerana beri audio kepada kami. Kabel audio sdr. ramli sediakan
 sebelum bercuti. Aku terus masukkan ke input video casset recorder
 je....tq. Rakaman audio tu ok.....
Waktu petang kami pi opis kat bangunan
penerbit ukm. Aku edit video pelancaran tu..tapi tak sempat 
siap...harap esok dapat siapkan dan upload UTUBE. Minggu depan aku
 mula cuti dua minggu dan tentu tak dapat tumpukan 
kepada keje...

pelancaran oleh timbalan menteri kementerian pengajian tinggi YB DATUK DR. MARY YAP....
PENAJA


Apa apa pun aku akan datang separuh hari kat
opis sekali sekala untuk siapkan suntingan video yang lain lain
yang masih  banyak belum disiapkan lagi....huhuhu....harap boleh.......
Lupa nak beritau...SUKIPT tu SUKAN INDTITUT PENGAJIAN
TINGGI...kalau tak silap.........

SESI FOTO
PENAJA...
KIRI SEKALI TNC HEPA UKM, TENGAN TAN SRI NAIB CANSELOR, TIMBALAN MENTERI...&
KETUA SETIAUSAHA KPT.
TAMAT PELANCARAN...


Apa apa pon anggaplah keje tu sebagai ibadat.. sebab mencari rezeki untuk
isteri dan anak2 tu wajib dan berpahala jika ikhlas....kan...kan.....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria