Sunday, November 4, 2007

ZOOM




ZOOM ialah satu proses mendekatkan(ZOOM IN) atau menjauhkan(ZOOM OUT) subjek dalam pengambaran video dengan melaraskan LENS kamera. Proses ZOOM SHOT ini boleh dilakukan secara manual ataupun automatik. ZOOM SHOT yang dilakukan secara automatik adalah lebih licin pergerakannya namun begitu dengan latihan yang seringkali dilakukan ZOOM SHOT secara manual akan menjadi lebih licin dan lebih kreatif.
ZOOM SHOT menjadi lebih berkesan jika ia dilakukan dengan bertujuan atau bersebab seperti untuk menunjukkan hubungan antara subjek yang dirakam, untuk menekankan sesuatu perkara, menyerlahkan sesuatu, menggambarkan secara dramatik dan sebagainya.

Contoh, ialah;

- ZOOM OUT seorang pemain golf mula memukul bola hingga bola tersebut memasuki lubang.
- ZOOM OUT secara perlahan muka seorang kanak-kanak untuk menunjukkan konsentrasinya sedang melakukan sesuatu aktiviti.
- ZOOM OUT secara pantas ke muka seorang yang sedang dalam keadaan amat terkejut akan menghasilkan kesan yang lebih dramatik.
- Ada ketikanya proses ZOOM akan digandingkan dengan PAN atau TILT untuk menghasilkan kesan yang lebih baik umpamanya, ZOOM OUT muka seorang kanak2 sambil TILT DOWN hingga keseluruhan kanak-kanak dan aktiviti yang sedang dilakukannya(i.e mewarna) wujud dalam screen. Ini akan mampu menceritakan keseluruhan peristiwa tersebut.

Sewajarnya diingat;

- Sebelum ZOOM pastikan rakaman SHOT STATIK selama sekurang-sekurangnya 3 saat

- Elakkan shot 'YO-YO' ZOOM dimana pergerakan ZOOM IN dan ZOOM OUT dilakukan berulang kali tanpa henti dan akan mengelirukan serta menjemukan penonton

- Bezakan SLOW ZOOM adalah untuk menarik penonton supaya menghayati sesuatu, sementara FAST ZOOM adalah untuk memberikan kesan "shock" atau kejutan.

- ZOOM SHOT boleh digunakan secara kreatif untuk permulaan dan penutup cerita