Hari ini ialah 1 Januari 2010, sejak jam 12.00 tengah malam tadi. Aku rasa ramai yang mempunyai azam baru dan mungkin hampir setiap manusia di muka bumi ini mempunyai azam baru untuk tahun yang baru. Ops! sebelum tu nak beri taulah tulisan aku hari ini nampaknye tidak berkaitan media....
Berbalik kepada azam tadi, setiap individu yang telah mengenal kehidupan mungkin mempunyai pelbagai azam dan mungkin juga ada yang mempunyai satu azam jer...atau ader ker yang tak punya azam langsung???
Sebagai pelajar sekolah mungkin mereka berazam nak belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh banyak A's. Bagi yang sedang menuntut di IPT tentulah azam mereka nak memperoleh 'four flat' pada setiap semester, namun mungkin ada gak yang berazam untuk membuka cinta baru kut.... maklumlah dah semester baru dan dah raser dewasa kut.... Tetapi cukup ke dengan cinta jer...boleh ker hidup ngan cinter jer........ermmm...fikirkanlah berkaitan pelajaran dan seterusnya karier dulu...lepas tu barulah fikir berkaitan cinter.....ops! takleh tulis panjang-panjang nanti ada yang marah......
Yang dah bekerja lak tentu berazam untuk bekerja bersungguh untuk naik pangkat ker...dan sebagainyer...Yang belum berpasangan tentu berazam untuk cari pasangan. Yang dah berpasangan mestilah pulak berazam untuk kumpul duit untuk berkahwin. Yang dah berkahwin tentu pulak berazam untuk mendapatkan cahaya mata...eh! untuk mendapat cahaya mata kene berazam ker...ermmm...aku pun musyhkil gak tentang ini...Ader ker agaknyer yang dah berkahwin berazam untuk tambah lagi? Ermmm....yang ini tak pasti, ops! tangan aku ni nak tulis yang sensitif jer nampaknyer...takleh dipanjangkan, nanti ader yang marah...
Pendek kata, semua yang bergelar manusia(ermmm...pasti ker kiter haiwan tak punyer azam...) mungkin mempunyai azam baru masing-masing pada setiap awal tahun. Persoalan di sini, sebagai Muslim yang mana lebih baik, membina azam di awal tahun Masehi atau di awal tahun Hijrah? Ermmm....fikirlah sendiri.....bye...
daud montak zakaria...