Hari ini, 11 Januari 2011; kami membuat rakaman video kali pertama dalam tahun baru 2011 di tapak pembinaan Sistem Penghawa Dingin TNEC di Lingkungan Kedua UKM.
Hari ini tugas memasang tiang-tiang besi dan juga kerangka bangunan berkenaan dilakukan. Tugas berkenaan dikatakan mungkin memakan masa lebih kurang satu minggu.
Ermmm...macam rasa geram jer, kamera yang dibawa untuk membuat rakaman agak bermasalah. Dah lama dah kamera ni sukar untuk 'triger', butang untuk RECORD sukar berfungsi dengan licin. Kamera yang sebuah lagi pun bermasalah, LCD tidak berfungsi dengan baik. Visual di LCD tiada dan agak sukar untuk membuat rakaman. Dah antar 'repair' tapi masalah belum gak dapat diselesaikan. Dua buah kamera sahaja yang ada untuk membuat rakaman luar. Kadangkala terlepas apa yang nak dirakam, dia orang sedang bekerja bukan boleh diulang kembali apa yang dibuat....kalau ikutkan hati........tapi susah gak nak kata sebab kamera tu pun dah hampir 10 tahun, dah banyak jasanya dalam menyelesaikan tugas harian kami. Oleh itu ia memang patut pun diganti baru....sape2 yang ada lebih duit lebih tu bagi sini...kami nak pi beli kamera baru.....
Pagi tadi kami bergerak ke Lingkungan Kedua untuk membuat rakaman berkenaan pada jam 10.00 pagi. Di sana kami menunggu kerja tersebut dimulakan. Dua buah kren digunakan untuk mengangkat besi-besi berkenaan, sementara sebuah kren mengangkat pekerja yang memegang dan memasang kerangka-kerangka besi tersebut.
Aku, sdr. Shahrul dan Suraya berada di tapak pembinaan hingga jam lebih kurang 11.30 pagi, sebelum kembali ke Penerbit UKM.
daudmontakzakaria.
1 comment:
Hari ini, RABU, 12 JANUARI 2011; 2 grup krew video Penerbit UKM keluar membuat rakaman video iaitu @SDR. SHAHRUL & SITI SURAYA pergi ke KOLEJ IBU ANTARABANGSA IBU ZAIN untuk membuat rakaman web pelajar antarabangsa. Sementara grup SDR. KAMARUL, JASRIL & seorang pelajar Latihan Industri pergi ke PUSANIKA untuk membuat rakaman Majlis Pelancara Laman Web Pelajar Antarabangsa UKM disana......
Post a Comment