Friday, February 18, 2011

Calon Majlis Perwakilan Pelajar(MPP)

17 Februari 2011; Khamis,
kami dari Unit Audio Video, Penerbit UKM telah membuat rakaman dalam Studio UKM ucapan calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti kebangsaan Malaysia.
Calon yang terakhir kami rakamkan ucapannya.

Selepas selesai bertugas.
Kami memulakan rakaman dari jam 8.30 malam. Setiap seorang calon diberi masa lebih kurang 5 atau 7 minit untuk membuat ucapan. Sejumlah 28 calon telah memberi ucapan mereka.
Ucapan-ucapan ini akan kami tukarkan ke bentuk DVD untuk ditayangkan
kepada pelajar di dalam kampus sebelum pilihanraya
pada hari Isnin minggu hadapan.

Krew yang hadir dalam rakaman ialah sdr. Shahrul, Kamarul, Ramli, Ruhaizad, Jasril, Suraya dan aku sendiri. Rakaman tamat pada jam 1.30 pagi lebih kurang. Pegawai-pegawai yang hadir ialah En. Mursidi, Cik Najwa, En. Mahyudin dan beberapa orang lagi yang aku tidak kenal nama mereka tetapi kenal rupa mereka. Malam ini semua pegawai2 tersebut sangat baik dan 'friendly'. Sebenarnya 'manusia' memang tidak dapat membebaskan dirinya daripada membuat andaian, tidak hairanlah kebanyakan daripada andaian tersebut berakhir dengan kemelesetan jua. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang baru memegang jawatan iaitu PROF. DR. OSMAN A. KARIM singgah sebentar di Studio UKM untuk melihat rakaman tersebut. Apa2 pun tugas berkenaan dapat kami laksanakan dengan baik dan lancar, terima kasih kepada semua yang terlibat.
daudmontakzakaria