Friday, October 27, 2017

Persiapan Konvo UKM Day 3 & 4

Hari ini dan semalam, KHAMIS dan JUMAAT, kami membuat persiapan lagi
untuk rakaman mcp majlis konvokesyen ukm ke45 di dectar.
Awal pagi lagi kami sudah buat persiapan
teknikal seperti pasang kamera,
letakkan monitor tv
di pentas. Pasang video distributor,
Cek CCTV dengan jelas juta dan sebagainya lagi. 





Semalam ada raptai pentadbiran dan hari ini ada raptai penuh.
Krew yang bertanggungjawab untuk penyediaan grafik datang pada waktu
pagi dan petang. Begitu juga denga krew switcher,mereka datang
semasa raptai penuh pagi tadi. Krew kamera yang
lama dan baru juga datang untuk
dapatkan mood konvo.





Hari ini krew yang luar datang
iaitu yang baru dan lama ialah sdr. YUNUS,
CHEF, HAZNI HANIM, AIZAT, 3 ORANG KREW BARU,
ROSLI ROB, SULIMI, WAFIY, WATIE, FAZLIANA,
Ermmm...rasanya itu jer kut..... Harap mulai esok
 kita akan dapat bekerja dengan baik
dan lancar tanpa sebarang
masalah....





Mencabar
betul tugas pagi esok dalam SIDANG 
CANSELOR, sidang yang amat mencabar tambahan pula
sidang pertama yang kebiasaannya berlaku
sebilangan perkara yang ada
kalanya amat merisaukan...................






Apa apa pun kita sama2 berdoa semoga tugas kita dan majlis ini
berjalan lancar dan licin daripada SIDANG CANSELOR
hinggalah kepada SIDANG TERAKHIR...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria