Saturday, February 4, 2012

Buku sumber ilmu

HARI ini aku nak menulis perkara yang sedikit berlainan daripada tulisan sebelum ini.
Sekarang ini sedang berlangsung PESTA BUKU di PWTC.
Hakikat yang kita tidak boleh sangkal ialah BUKU merupakan sumber
ilmu. Tidak kira bidang apa yang kita berada sekarang,
BUKU amat penting sebagai sumber untuk
rujukan.


Pandangan aku, jika kita berada dalam sesuatu bidang tetapi kita tidak mempunyai walau sebuah buku dalam bidang berkenaan, yang kita miliki sendiri, aku anggap masih belum mencukupi. Pada aku, dia belum lagi memenuhi kehendak bidang yg diceburinya. Apa yang dia lakukan adalah cuma sekadar memenuhi kehendak tugas yang telah dipertanggung jawabkan kepadanya dengan lain kata tugas harian dia di tempat keje jer....... Apa yang diperkatakan cuma dengan mendengar apa orang lain kata bukan apa yang digali daripada sumber ilmu iaitu BUKU. Setiap ilmu bukan boleh dengan mudah berpandukan kepada akal semata-mata. Mesti ada sumber rujukan atas apa yang kita perkatakan.

Oleh yang demikian jika ingin bergelumang dalam bidang yang kita ceburi atau bidang yang menjadi minat, kita mesti mempunyai sumber rujukan sekurang-kurangnya sebuah
buku yang kita miliki sendiri. Buku yang kita miliki akan menjadi simbol
yang kita betul-betul minat dalam bidang berkenaan.......


Begitu juga dalam bidang video atau filem, kita perlu miliki sekurang-kurangnya sebuah buku berkaitan bidang tersebut. Buku yang kita beli sendiri, buku hasil titik peluh kita sendiri.....Jika tiada, sukarlah hendak menentukan dia memang benar-benar minat dalam bidang video atau filem.

Segala yang aku tulis ini adalah merupakan pandangan aku sendiri. Sama ada terdapat mereka yang bersetuju atau tidak itu terpulang kepada individu tersebut. Aku tidak kisah pun jika tulisan aku ini tidak popular atau disangkal oleh sesiapa pun sebab masing-masing mempunyai pandangan sendiri. Lagipun ini blog aku...ekekekekeke.....opst!. Aku tidak berharap pun sesapa saja untuk bersetuju dengan pandangan aku. Apa-apapun terima kasih kerana sudi membaca....

daudmontakzakaria

No comments: