Thursday, January 30, 2014

Pebarisan Ulung BAHAGIAN KESELAMATAN UKM '14


....minum pagi dengan Pengarah Bahagian Keselamatan UKM
selepas raptai.....
HARI ini, KHAMIS, 30 januari 2014, kami(unit UAV) membuat rakaman video
'PERBARISAN ULUNG BAHAGIAN KESELAMATAN,
PEJABAT PENDAFTAR, UKM di DATARAN
GEMILANG.

...berbual sambil minum....
...kemas setelah selesai temubual... 
PROGRAM dijangka berlangsung pada jam 10.00 pagi lebih kurang, namun kami tiba
di Dataran Gemilang pada jam 8.00 pagi. Tujuan kami tiba awal adalah
untuk membuat rakaman atau candid shot anggota keselamatan
sedang menjalankan raptai...

...menanti program bermula...
menilik shot-shot cantek... 
TIBA di Dataran, sdr. SHAHRUL terus membuat candid shot anggota keselamatan
sedang menjalankan raptai sebelum program sebenar berlangsung.
Banyak juga shot-shot yang diambil dan semuanya
aku telah masukkan dalam video yang
berada di atas.

...bersedia...

SETELAH Pendaftar UKM iaitu PUAN ASMAHAN tiba, maka majlis pun bermula.
Rakaman telah dibuat oleh saudara SHAHRUL dan JASRIL, sementara
sdr. RAMLI mengendalikan audio termasuk rakaman
temubual dengan Pengarah Keselamatan UKM
Leftenant Kolonel(B) Jury.

menuju sesi bergambar...
Tugas berkenaan berakhir pada jam hampir 12.00 tengah hari. Tiba di pejabat, aku
terus buat suntingan video berkenaan. Siap sebelah petang dan terus
upload ke YouTube. Kalau nak tonton silakanlah...
Video versi pendek yang berdurasi lebih
kurang 5 minit akan aku siapkan minggu depan. Video tersebut
akan aku siapkan serta dibuat 'voice over' yang mana skripnya sedang aku tulis.
Dalam vedeo tersebut aku akan masukkan temuabual Pengarah
Keselamatan selain ucapan Pendaftar UKM. Nanti
bila da siap akan aku upload ke YouTube,
jangan lupa tonton...k.........
Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada krew yang bertugas
di lokasi iaitu SHAHRUL, RAMLI dan JASRIL AMRY...

....SEKIAN dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria