Monday, February 6, 2012

TNEC, rakaman fasa terakhir.



HARI ini, 6 FEBUARI 2012; merupakan hari CUTI UMUM Maulidur Rasul. Walaupun hari cuti kami iaitu aku, shahrul fadli dan kamarul baharin datang jugak ke UKM untuk membuat rakaman video LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN - LINGKARAN 2. Ini merupakan rakaman fasa terakhir Insya ALLAH....


...bilik kawalan loji...

Kami datang ke sini sebab masih ada 'footage' yang tidak mencukupi untuk penerbitan video ini. Skrip video ini ditulis oleh pihak TNEC dan JPP sementara olahan skrip telah aku lakukan.

Dengan kerjasama seorang staf TNEC iaitu EN. HANIF, yang bertugas sebagai salah seorang staf bahagian operasi di loji berkenaan, aku mampu memahami hampir semua perkara bagaimana loji tersebut berfungsi. Mengikut apa yang dijelaskan Loji ini beroperasi dalam beberapa cara. Ketika waktu malam 'chiller' akan menyejukkan air yang akan disimpan dalam tangki TES atau THERMAL ENERGY STORAGE. Penggunakan tenaga eletrik pada waktu malam amat menjimatkan kerana kadar tarif letrik rendah pada waktu tersebut.

Pada waktu siang air sejuk dari tangki TES akan disalurkan ke bangunan-bangunan untuk memberikan suhu yang dingin. Pada waktu penggunaan suhu sejuk yang tinggi diperlukan 'chiller' dan tangki 'TES' akan menyalurkan air sejuk ke bangunan-bangunan yang memerlukannya. Penggunaan yang tinggi ini biasanya diperlukan pada waktu siang ketika waktu bekerja.


Sistem ini juga membolehkan air sejuk disalurkan ke bangunan-bangunan yang memerlukan suhu dingin pada waktu malam ketika proses penyimpanan air sejuk dalam tangki TES sedang dilakukan pada waktu malam oleh 'chiller'.

....sedang menunggu staf di bilik kawalan sebelum kerja rakaman dilakukan.....

Sistem ini juga membolehkan penggunaan 'chiller' untuk menghantar air sejuk ke bangunan-bangunan yang memerlukan tanpa menggunakan air sejuk dalam tangki TES. Operasi ini biasa dijalankan ketika tangki TES sedang dalam proses penyelenggaraan. Ketika ini 'chiller' digunakan sepenuhnya untuk menyalurkan air sejuk ke bangunan-bangunan kerana tangki TES masih belum berfungsi. Tangki ini dijangka siap sepenuhnya dalam bulan MAC 2012.

Fungsi 'cooling' tower yang terletak berhampiran bangunan loji sistem tersebut pula berfungsi untuk menyejukkan 'chiller' bukan untuk menyejukkan bangunan-bangunan. 'Chiller' yang sedang beroperasi akan menjadi panas dan air yang disejukkan di 'cooling tower' akan masuk ke 'chiller' dan menyejukkannya. Air panas dari 'chiller' akan di salurkan ke 'cooling tower' untuk disejukkan sebelum masuk kembali ke 'chiller'. Proses ini berulang-ulang sepanjang 'chiller' beroperasi. Tugas 'chiller' ialah menyejukkan air panas yang datang dari setiap bangunan yang menerima suhu sejuk. Air panas ini disejukkan kembali dan di salurkan ke bangunan yang menerima suhu sejuk dari loji berkenaan. Terdapat tiga warna paip-paip dalam loji tersebut iaitu paip hijau untuk menyejukkan 'chiller', paip biru muda untuk air panas daripada bangunan-bangunan untuk disejukkan dan paip biru tua merupakan paip yang menghantar air sejuk ke bangunan-bangunan untuk menyejukkan bangunan berkenaan.

Begitulah proses penyejukkan yang berlaku oleh LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN- LINGKARAN 2 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Terima kasih sebab membaca.....

daudmontakzakaria