Wednesday, August 15, 2012

BERNAS....oh...bernas...




Sebelum aku panjangkan komen aku, ingin aku nyatakan aku taknak kritik filem pendek yang dipaparkan di atas dari sudut yang negatif kerana aku rasa ia sudah amat baik ....aku bagi 'thumb up' untuk produksi ini....
...aku amat suka dengan filem pendek hari raya ni....ia mampu menimbulkan pelbagai perasaan yang berbaur dan yang paling ketara ia mampu menyebabkan kita rasa sebak sepanjang adegan yang dipaparkan.....kalau tak caya cuba tonton....tentu nanges punyer. Ini bukan kenyataan mengampu tapi memang kenyataannya begitu....filem pendek ni memang terbaik...selepas ketiadaan YASMIN AHMAD....rasanya tiada yang lebih menarik melainkan filem pendek BERNAS ni....memang amat bernas filem pendek ni...
....pandangan aku filem pendek ini berjaya kerana idea yang cantek, skripnya tidak banyak tapi mampu memberi kefahaman kepada penonton, dalam sesuatu adegan terdapat muzik yang lembut dan tambah meruntun hati, cahaya yang suram juga membantu dalam babak yang syahdu, pelakon cilik pandai bawa watak mereka dengan muka yang mampu menarik simpati penonton, gerakan kamera yang pelbagai, cantek dan perlahan mengajak kita menghayati cerita berkenaan.
.....jika bahagian-bahagian tertentu digunakan kesan 'dissolve' semasa suntingan tentu akan lebih menarik gamaknya....semua pelakon sama ada yang cilik dan bukan cilik berjaya membawa peranan mereka dengan baik dan berkesan yang menyebabkan filem pendek ini amat menarik dan boleh menggenangkan air di kelopak mata penonton....Pada aku jika kelopak mata kita mampu menggenangkan air bila menonton filem pendek ini, itu bermakna hati kita masih lembut dan masih punyai nilai-nilai kemanusiaan yang masih tersemat.....kalau tak percaya cobalah tonton.....

...terima kasih kerana sudi membaca....

DAUDmontakzakaria

No comments: