Wednesday, June 5, 2013

mobiliti pelajar mexico



PETANG tadi, 5 Jun 2013, kami membuat rakaman video MCP 'MAJLIS PENUTUP MEXICO MOBILITY TO MALAYSIA di PANGGUNG SENI DECTAR UKM.
Majlis tersebut bermula lebih kurang jam 2.30 petang.


raptai
raptai...
Program tersebut merupakan program pertukaran pelajar yang disertai oleh pelajar
Mexico daripada beberapa buah universiti di Mexico. Mereka berada
di UKM selama beberapa minggu.




Beberapa minggu mereka di sini, diperkenalkan dengan budaya masyarakat
Malaysia. Mereka juga di bawa melawat beberapa tempat
seperti Kuala Lumpur, Langkawi dan juga 
kampung2 untuk menyelami
budaya masyarakat
di sini.




Jumlah mereka yang terlibat ialah lebih kurang 100 orang. Majlis penutup dilakukan
oleh Naib Canselor UKM. Selain ucapan-ucapan, pelajar Mexico
berkenaan telah membuat persembahan taria-tarian
Melayu untuk tontonan hadirin yang berada 
dalam dewan berkenaan.




 Pada awalnya TIMBALAN PERDANA MENTERI dijangka hadir namun atas sebab tertentu
beliau tidak dapat hadir untuk melaksanakan perasmian
penutup program tersebut....
Kali ini kami agak RESAH dalam menjalankan tugas
rakaman kerana kami kekurangan krew terutama jurukamera kerana satu
dua sebab yang tidak dapat dielakkan. Pertama 2 orang krew kami berada di
Melaka kerana membuat rakaman video di sana untuk sebuah program yang tidak kurang
juga pentingnya. Kami perlukan sangat krew bantuan dari jabatan lain
sebagai jurukamera. Biasanya dalam waktu pejabat memang sukar
untuk mendapatkan khidmat krew dari jabatan lain
kerana jabatan mereka pun memerlukan
khidmat staf masing-masing.
Apa boleh buat, tugas kami perlu dijalankan
tak kira walau apa pon yang berlaku melainkan peralatan rakaman
mengalami kerosakan....
AKU rasa fobia bila terdapat keje rakaman MCP WAKTU SIANG atau WAKTU
PEJABAT kerana akan menghadapi masalah untuk dapat bantuan krew
jabatan lain........tapi siapakah kita untuk menentukan program2
dijalankan waktu lepas pejabat.....?????
Mujurlah ada dua orang krew yang sanggup membantu
iaitu SDR. HATA dan SDR. AZRUL KHAIDIR, dapatlah mereka
membantu mengendalikan dua buah kamera video, sementara sebuah lagi di kendalikan
oleh SDR. KAMARUL.
SEMENTARA dalam konti hanya aku dan SITI SURAYA dan dihujung
program HASNAH datang membantu sebagai switcher....
BILIK AUDIO pula dikendalikan oleh SDR. RAMLI...
Apa-apa pon dapatlah jugak kami selesaikan
kerja dengan sedikit kepayahan...
ALHAMDULILLAH... selesai keje walaupon ada sedikit kelemahan...
TERIMA KASIH BEBANYAK kepada semua krew
terutama SDR. HATA dan AZRUL KHAIDIR
yang sanggup datang membantu.......................................................................................
video berkenaan akan aku 'upload' ke youtube bila selesai di edit...

...terima kasih jugak kerana sudi membaca....
DAUD.montakzakaria