Thursday, November 21, 2013

KumPULan inOVatiF & krEATif 2013

SEMALAM, Rabu, 20 November 2013, kami membuat rakaman MCP program
'Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Ke 18 UKM 2013.
Sebenarnya sebelum itu pada hari Selasa
 kami telah memasang peralatan teknikal di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh




Rancangan asal, program tersebut akan dirakam secara SCP, namun ada yang berpandangan
rakaman SCP akan menghadapi kesukaran kerana banyak screen digunakan
dan ramai peserta kumpulan yang akan bercakap
dalam program tersebut.
Jika gunakan secara SCP rakaman akan sukar dibuat. 
Jika rakaman SCP dibuat, ia akan membebankan pengendali kamera SCP
yang akan membuat rakaman tersebut dari pagi sampai petang. Jadi MCP adalah jalan
yang terbaik yang dapat berkongsi beban kerja berkenaan secara bersama
serta memperoleh hasil rakaman yang
terbaik..................



Oleh itu keputusan diambil untuk membuat rakaman program tersebut secara MCP. Jadi akhirnya
kami membuat tugas tersebut dengan menggunakan 3 kamera. Tugas MCP perlukan
kerjasama daripada semua ahli bermula dari perancangan
dan juga pemasangan alatan. Tanpa kerjasama,
tentu akan membebankan ahli
yang lain...


Kerja MCP perlu kepada kerjasama dalam merancang. Rancangan secara bersama dan
melakukan secara bersama akan menguntungkan semua. Rancangan awal perlu 
supaya tidak berlaku masalah kemudian. Kita perlu merancang bersama
untuk mengelakkan daripada meletakkan sesuatu kesalahan
kepada orang lain bila timbul masalah. Pendek kata
tugas MCP ialah merancang bersama
dan bekerja bersama....
Program tersebut telah kami rakam dengan
licin dan lancar bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Sudah ada
yang inginkan salinan video tersebut. Namun video tersebut perlu disunting sebelum
diedarkan kepada mereka yang ingin memiliki salinannya. Aku juga bercadang
untuk upload video tersebut ke YouTube setelah diedit...tunggu jer...
La ni tengah sibuk membuat suntingan video KONVO
UKM KE 41, masih belum siap...
ada lebih kurang 3 sidang sahaja..............................................
Apa-apa pon terima kasih kepada semua krew yang
terlibat dalam rakaman MCP KIK tersebut.........................................

* Keputusan penuh KIK boleh didapati di SINI

....terima kasih kerana sudi membaca.............
DAUD.montak.zakaria.