Thursday, February 28, 2013

rasMINYA TAman panTUN Ukm...

video perasmian taman pantun ukm oleh naib canselor
taman pantun ukm
 HARI ini, 28 FEBRUARI 2013, kami membuat rakaman video PERASMIAN
TAMAN PANTUN UKM....

rakaman....
 AWAL pagi lagi aku dan ramli bergerak ke taman tersebut kerana mengikut jadual
vvip akan tiba pada jam 8.30 pagi lebih kurang di sana....Aku rasa takde
semangat pulak kerana hari hujan pagi2 lagi dah.....

....persembahan kebudayaan....
 Aku bergerak dengan ramli sebaik dia tiba di penerbit...kerana fikirkan hari hujan aku
bercadang nak bawak sebuah kamera video jer tanpa tinggalkan
sebarang pesanpun.......maaf...

shahrul...
 Tak lama kemudian suraya serta shahrul tiba dengan membawa sebuah lagi kamera
seperti yang telah dirancang semalam, tak kisahlah, mana2 pun bolehlah...
Akhirnya kamera yang aku bawa digunakan shahrul untuk
membuat rakaman sekitar dan sepanjang
peristiwa tersebut berjalan...

2 kamera satu event....
 Bila Naib Canselor sampai, sdr. shahrul membuat rakaman ketika dia tiba....
kemudian dia hulur kamera kepada aku....namun akhirnya dia jugak
yang membuat rakaman semuanya...ekekeke...

tepi istana lama...
 Sementara kamera yang satu lagi digunakan oleh siti suraya untuk merakamkan
event tersebut dari mula hingga akhir iaitu rakaman penuh...
kesian tengok dia berdiri lama kat tripod tu...
kat shahrul pun kesian gak...ekekeke..

nc & pengarah atma
 Program tersebut mempunyai aturcara iaitu ucapan pengarah atma, ucapan perasmian 
oleh naib canselor, persembahan pantun, penyampaian cenderamata 
dan lawatan ke pameran...
Nak citer sikit, taman pantun tersebut merupakan sebuah bekas perkampungan
dan bila ukm nak didirikan di sini, perkampungan tersebut
dikosongkan dalam tahun 1970an. Taman pantun ini
terdapat pohon-pohon besar dan pokok renik
yang wujud dalam pantun melayu.
Dalam taman ini juga terdapat sebuah istana lama yang berusia lebih 100
tahun yang mengandungi 50 buah tiang serta dinding sebelah dalam
diukir dengan cantik termasuk tulisan-tulisan khat di dinding.
Istana tersebut adalah tinggalan kerabat kelantan
tengku fatimah zaharah.
Tentu taman pantun ini akan menjadi salah sebuah lokasi yang baik 
untuk dilawati.................................................................

inilah akhirnya....
Apabila perasmian tersebut berakhir, kami pun menjamu selera yang disediakan
di khemah-kehemah. Aku bercadang untuk membuat program video
berkaitan taman pantun ini mungkin 2 buah video iaitu
sebuah mempunyai skrip dan sebuah
lagi merupakan versi yang penuh dan akan aku 'upload' kan ke youtube..........
Akhirnya terima kasih kepada semua krew video yang terlibat dalam
rakaman berkenaan, jika ada sebarang kesilapan dari aku, 
mintak maaf jer, jangan sembunyi dalam hati...................................................

terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria