Saturday, January 22, 2011

Dinner Fakulti Kejuruteraan UKM


Malam tadi, 21 Januari 2011, jam 8 pm - 12.00 tengah malam kami membuat rakaman video Multiple Camera Production di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

Semasa persiapan teknikal.....

Persiapan teknikal bermula sejak jam 6.30 petang di Studio UKM. Peralatan yang kami pasang pada petang tersebut ialah 3 buah kamera video, 2 buah boom microphone dan 2 buah TV Plasma.

Bilik kawalan...

Bimbang jugak aku kalau-kalau crew bantuan ramai tidak akan hadir untuk membantu maklumlah masing-masing mempunyai program sendiri.
Yang 'confirm' tak dapat hadir ialah Mimi, Wati, Yan, Zulhim, Hata, Isma, Princess serta Bukhari mempunyai tugas lain pada malam itu.


Walau bagaimanapun bila hampir tiba waktu program akan bermula ramai gak yang dapat hadir membantu.

Tu ler die...............

Mereka yang hadir ialah Yunus, Junior Mastermind, Azrul Khaidir, dan dua orang krew baru yang aku lupa nama mereka.
Bila tamat rakaman macam biasa kami kemaskan semua peralatan. Apabila selesai kami semua pergi menikmati makanan termasuk daging kambing panggang. Hanya seorang saja yang taknak makan....tak tau sebab apa....bimbang gemuk kut....
Selesai makan kami balik ke rumah masing-masing ler...............

daudmontakzakaria