Wednesday, January 19, 2011

Kamera dan tugas Jurukamera dalam penerbitan MCP..

Penerbitan Video MCP (ppp)

mcp


'STUDIO FLOOR'
KAMERA & JURUKAMERA:
Semua kamera dalam 'studio floor' disambungkan ke 'camera control unit' dan 'switcher' dalam 'control room' melalui kabel seperti kabel kamera 26 pin. Dari 'studio floor', jurukamera akan berhubung dan merima arahan daripada Pengarah Studio melalui 'intercom' pada 'headset' yang digunakan oleh jurukamera. Dalam 'studio floor' atau dalam sesebuah penerbitan 'multiple camera production', jurukamera boleh mengendalikan kamera dengan meletakkannya di atas tripod atau secara 'hand held' sebagaimana yang diperlukan oleh skrip atau diminta oleh Pengarah Studio. Jurukamera akan memberikan shot-shot yang diminta oleh Pengarah Studio dengan berpandukan 'viewfinder' pada kamera video berkenaan.
Cara pengendalian kamera studio boleh didapati DI SINI.

BILIK KAWALAN atau 'control room'

Jurukamera mempunyai tugas yang penting dalam penerbitan MCP. Tanpa jurukamera penerbitan MCP tidak mungkin akan berlaku. Seorang jurukamera semestinya mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan kamera studio. Mereka juga mesti mahir kepada segala pergerakan kamera, saiz shot-shot, sudut kamera dan sebagainya. Mereka juga mesti pantas mendapatkan shot-shot yang dikehendaki oleh Pengarah Studio. Mereka mesti memberikan perhatian utama kepada setiap arahan pengarah Studio. Tanpa segala yang disebutkan itu, seorang jurukamera tidak akan mampu bertugas dengan sempurna dan licin.
Secara umumnya seorang jurukamera mesti mahir dengan arahan Pengarah Studio seperti Extreme CU, CU, MCU, MS, KNEE SHOT, TWO SHOT, ZOOM IN, ZOOM OUT, DOLLY IN, DOLLY OUT dan sebagainya.

Contoh arahan yang diterima daripada Pengarah Studio:
DIRECTOR: Ready graphic, ready vt, ready switcher, ready lighting, ready SA, ready FM, ready Cam 1, Cam 2, Cam 3, ready Audio......
SCRIPT ASSISTANT: 15 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready to roll VTR for recording....
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to on air, 9, 8, 7,..
DIRECTOR: Roll VTR for recording..
Ready VT to roll montage...sound on tape....
SCRIPT ASSISTANT: 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Roll VT...Take VT...
FM, vtr for montage is 20 seconds....we will come to studio on Cam Two,Ready Cam Two for establish shot..
DIRECTOR: We will come to studio in 10 second,
SCRIPT ASSISTANT: 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready Cam 2, take two....
Ready to come up on Cam 3, ready cam 3 for MS on Lin,
open mic, FM cue Lin, up on cam 3.... take 3...
Ready music, fade in music...
Ready music to fade under, fade music under....
Ready graphic , superimpose graphic...
Graphic out....
Cam 1 give me CU of talent, open mic, ready Cam 1...take One....

TO STOP PROGRAMME FOR ADVERTISEMENT:
SCRIPT ASSISTANT: We'll have a break in 30 seconds for advertisement..
15 second.....
DIRECTOR: FM cue Lin....
Ready to roll VT for advertisement...
SCRIPT ASSISTANT: 10 second, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Roll VT, Take VT...
SCRIPT ASSISTANT: We'll come to studio in 15 seconds on Cam two...
DIRECTOR: Ready Cam Two...give me wide shot..
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Ready Cam Two, Take Two; open mics; cue Lin..

TO CLOSE PROGRAMME:

SCRIPT ASSISTANT
:
Thirty seconds to close the program...
DIRECTOR: Give her/ him a wrap-up.
SCRIPT ASSISTANT: Fifteen seconds.
10 seconds, 9,8,7...
DIRECTOR: Ready cam two, ready closing credits to roll.....
Take cam two. Cut mics. Cue Lin.....
Cam
Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits....
Ready to key out Graphic, key out graphic...

daudmontakzakaria

2 comments:

daud.montak.zakaria said...

Ada yang bertanya berkaitan 'above the line' staff dan 'below the line' krew...

Jawapan mungkin lebih kurang macam ni...

Berkaitan 'kakitangan penerbitan'(also known as 'above the line' staff) dan 'krew penerbitan' (also known as 'below the line')
-'above the line' ialah kakitangan yang tugasnya dianggap 'kreatif' seperti Penerbit(producer), Pengarah(director), penulis(writer), dan pembantu2 penerbitan yang lain.
-'below the line' ialah krew penerbitan yang merupakan individu-individu yang tugas utamanya ialah berkaitan peralatan penerbitan seperti Pengarah Teknikal(technical director),Jurutera Bunyi(audio engineer), jurukamera(camera operator), Pengurus Pentas(floor manager) dan pelbagai pembantu yang lain termasuk juruteknik...
walau bagaimana pun perbezaan antara kakitangan penerbitan dan krew penerbitan sukar hendak dibezakan sama ada 'above the line' atau 'below the line' kerana ada ketikanya Pengarah juga boleh dikatogorikan sebagai krew penerbitan kerana ada Pengarah yang mahir mengendalikan peralatan penerbitan...bukan begitu....?

*kalau ada yang nak kongsi pandangan silakan....

Unknown said...

Assalam.dan salam sejahtera warga blog ini.saya ingin mencari pekerjaan di sektor ini.jika ada kekoaongan atau memerlukan.fulltime.sila hubungi saya.sekian terima kasih