Thursday, January 5, 2012

Helaian baru....


Hari ini dah 3 hari aku mula bekerja setelah lebih 15 hari aku bercuti panjang. Masuk kerja baru beberapa hari, tugas dah menunggu kami dan mungkin tugas-tugas tersebut amat rindu kat kami jugak. Bukan saja tugas rakaman video tapi sebuah penerbitan yang masih dalam proses penyuntingan dan belum disiapkan lagi iatu RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN FRASER HILL.

Sabtu ini kami akan membuat rakaman video KESELAMATAN di DECTAR dari pagi hingga ke petang jika tugas tersebut tidak boleh disiapkan sebelah pagi.

Esok Unit Audio Video pulak akan membuat rakaman video SYARAHAN PERDANA PROFESSOR di BILIK SENAT. Tugas ini memang biasa kami lakukan, memang jadi tanggung jawab kami sejak dari dulu.

15 - 18 JANUARI kami akan membuat rakaman di BANDAR MELAKA sebelum itu dijangka kami membuat rakaman di KUALA SELANGOR. Ia digantikan dengan rakaman video di BANDAR MELAKA. Kami akan membuat rakaman video di sana serta menghasilkan penerbitan video berkaitan lokasi berkenaan.

Hujung bulan JANUARI iaitu 28 dan 29 Januari pulak kami mungkin akan membuat rakaman video MCP Konsert Di Raja dan Konsert Orkestra di DECTAR. Nampaknya tahun baru bukanlah MUSIM BULAN MADU bagi kami, tugas perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Mungkin ada lagi tugas-tugas lain yang masih berlari-lari dalam talian yang tak sabar-sabar menemui dan mencumbui kami...opst!

O.k sekian dan terima kasih kerana membaca, semoga anda semua sentiasa diberkatiNYA.....

daudmontakzakaria.