Tuesday, February 6, 2018

Rakaman Acara SUKIPT 2018 hari niii...

Hari ni Selasa, 6 Februari 2018, aku buat shooting acara sukan SUKIPT 2018.
Sebenarnya semalam lagi aku da ada tugas iaitu shooting acara
taekwando tapi aku lewat sampai ke dewan DTAMS
...sampai je sana, acara da abisss....aku
pi dgn sdr. ramli.......

gelanggang bola jaring di GMI
aku...sdr. ramli...en. matnor & sdr izwan...kami dari PKK UKM


Jadi pagi ni aku turun
ke gelanggang Bola Jaring di GMI pulak.
Aku pi dengan sdr. Ramli. Tiba di GMI terus tanya
pengawal di pintu masuk, kat mana lokasi gelanggang bola jaring. Kami
terus pi dewan tersebut setelah mendapat arah daripada pengawal.
Aku parking kete dan terus masuk dewan. Tiba dalam
dewan kelihatan pemain sedang berentap.
Kami tiba, UKM sedang berentap
dengan UPM...itu pun da ujung ujung je...tak sempat
pun nak rakam walau sekejap...apa boleh buat laaaaaaaaa...............

gelanggang bola jaring GMI


Selepas tu kami dapat rakam pasukan universiti lain. Dalam gelanggang
tu penuh ngan pompuan je...maklumlah bola jaring. Sempatlah
kami rakam beberapa pasukan u yang lain. Banyak juga
rakaman yang dibuat. Lebih kurang sejam
jugak kami berada dalam dewan GMI
tu....dan banyak aksi
yang kami rakam.....
Kami perlu rakam untuk disunting
selama lebih kurang dua minit untuk di upload ke ukm tube.
Siap je rakaman maka kami pun balik ke opis....terus aku digitise dan sunting.
Siap je terus aku upload ke ukm tube. Anda boleh 
tonton di ukm tube....pi la tonton...jangan malu2..........................

stadium ukm
aku...sdr. ramli & Yan...


Sebelah petang kami pi
ke stadium ukm pulak untuk shooting olahraga
yang di adakan di sana. Parking kete dekat bangunan pusat kembangan.
Kemudian kami turun ke stadium dan cari acara yang akan dipertandingkan.
Kami terus pi ke bangunan di stadium tu...jumpa beberapa pegawai
dan tanya mereka berkaitan acara di sini. Kami juga
jumpa YAN yang bertugas sebagai
sukarelawan...sempat amik gambo bersama.
Bila acara bermula, kami pun pi rakam acara lempar peluru dahulu.
Selesai rakaman lempar peluru, kami rakam lompat jauh wanita pulak.
Kemudian kami rakam lompat tinggi pulak. Selesai rakam
lompat tinggi kami pi rakam acara lari. Banyak jugak
acara lari yang kami rakamkan......

olahraga
sdr. ramli....sdr. ikhwan...en. madnor ...sdr shiddane & aku..kami dari PKK UKM.


Kemudian akhir sekali kami
shoot penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara akhir.
Selesai rakaman kami balik ke opis, itu pun dah jam hampir enam petang.
Footage ni aku akan edit esok pagi dan kalau sempat aku akan
upload ke ukm tube. Kalau sempat ....sebab jam 10.00 pagi
ada shooting acara hoki pulak.......final maaaa....

Terima kasih kepada sdr. ramli kerana sama sama buat rakaman
dengan aku hari ini.......tq

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria