Friday, November 27, 2009

Croma Key....

Apakah 'Croma Key...'
Salah satu cara untuk menghasilkan Croma key ialah dengan menggunakan 'green screen effect'. Teknik ini memerlukan latar 'background' bewar na 'green' atau 'blue'. Semasa 'real time production' atau pos-produksi 'background' tersebut akan di isi atau diganti dengan pelbagai imej yang lain.
Dalam teknik penggambaran ini sewajarnya diingat 'green background' dan 'pencahayaan mestilah serata atau 'even'. Satu lagi yang perlu diingat ialah subjek dihadapan 'green screen' atau ' blue screen' mestilah tidak bewarna sama dengan 'background'.
Gambar hiasan penggunaan green screen.

Sebelum memulakan pembinaan set, lebih baik dirancang terlebih dahulu termasuk ukuran 'green screen' atau 'blue screen'. Tentukan ruang studio dan juga kedudukan kamera-kamera. Tentukan juga shot-shot kamera supaya tidak terkeluar daripada 'green screen' atau 'blue screen'. Sediakan ruang yang lebih untuk meletakkan lampu-lampu. Pastikan juga jarak yang cukup diantara subjek yang dirakam dengan 'green screen' atau 'blue screen' untuk memudahkan pencahayaan. Bayang subjek yang terbentuk di layar latar belakang akan menyulitkan untuk mencapai hasil yang memuaskan.

Bahan untuk 'green screen'

Jika bahan daripada kain pastikan ia;
Tidak berkilat atau 'shining'
'Lighter' dan 'brighter green' adalah lebih baik daripada 'dark green'.
Licin dan tidak berkedut.
Bahan yang agak tebal.

Bahan yang keras atau 'solid'.
Cardboard atau kayu yang keras adalah lebih baik kerana ia licin dan tidak berkedut. Gunakan cat yang hijau terang dan tidak berkilat sebagai cat untuk permukaan.

Pencahayaan untuk 'green screen'
Sekurang-kurang dua buah lampu dan sebaiknya lebih daripada dua. Dua buah lampu di kiri dan kanan 'green screen' dan dua buah lampu lagi diletakkan di bawah 'green screen' untuk menghasilkan cahaya yang serata atau 'even' di seluruh screen. Gunakan 'diffusion filter' untuk lampu-lampu supaya memberikan cahaya yang serata atau 'even'.
apabila telah memberikan hasil yang memuaskan, kemudian berikan cahaya untuk subjek yang hendak dirakamkan. Ini akan membentuk bayang di screen di latar belakang. Laraskan cahaya supaya bayang tersebut hilang.

Ketika rakaman.
Semasa rakaman dilakukan 'green screen' boleh digantikan dengan imej yang lain dari sumber video daripada peralatan yang lain saperti VTR, komputer atau kamera video yang lain dalam studio semasa rakaman. Dalam studio rakaman 'switcher' digunakan untuk menukarkan imej di 'green screen' atau 'background'. Sementara dalam proses pos-produksi rancangan yang telah dirakam boleh di ganti 'green screen' di latar belakang dengan imej-imej yang lain semasa proses penyuntingan..


1 comment:

CikLieYzaOnline said...

Tkasih ..

Belum sempat baca sepenuhnya. Nanti InsyaAllah den akan tanya apa2 yg den x phm..byk nk tanya tapi skrg dh x sempat..apapun, tkasih sekali lagi. Salam Aidil Adha.