Saturday, July 29, 2017

Volunteer SUKAN SEA lagiiii...

Hari ini, Sabtu, 29 Julai 2017, kami membuat rakaman Latihan Sukarelawan
Sukan SEA 2017 lagi...beberapa minggu yang lalu pun kami membuat
rakaman program yang sama...LIHAT DI SINI......



sdr. IKHWAN, RAMLI & AKU...

rehat sat.....
 Jam 8.00 lebih tiba di Pejabat PKK Cawangan Bangunan Penerbit bersama 
sdr RAMLIKebetulan sama je tiba di bangunan tu. Pi bilik peralatan 
dan amik peralatan untuk rakaman. Selesai amik terus masuk 
perut kete dan terus menuju Bangunan FSSK.
Cari parking...ermmmm...jumpa satu dan terus asak kete di parking tu...
Tak tau parking atau tak...macam bukan jer....



Tiba di dewan-dewan kuliah yang digunakan untuk sukarelawan, kami terus buat 
rakaman sukarelawan sedang mendaftar, snap foto diri dan amik baju.....
Rakam seberapa banyak footage....pada aku biar 
banyak footage jangan kurang...orang tua2 ada gak kata biar lebih isi,
jangan kurang kuah.....huhuhuhu....................................kalau
kurang footage nak top up dengan apa....................???
Tak berapa lama kemudian sdr. IKHWAN tiba di lokasi. Dia datang untuk 
cover still foto.

pendaftaran...
kuliah da mula....


 Rancangan yang ada dalam kepala aku adalah untuk temubual UMI KALSOM...
Mintak dia bercakap segala perkara berkaitan program sukarelawan ni..
Masa kami tiba di dewan tu Umi tak ditemui jadi kami terus je
rakam aktiviti yang sedang berlangsung di sana...
Oleh itu kami ambil keputusan untuk menemubual beberapa orang
peserta. Dengan rasa yakin aku terus temui beberapa
orang yang kelihatan veteran yang aku rasa
mudah memberi buah fikiran...rupanya jangkaan aku meleset...
ada yang menolak...ada yang blah dari kerusi tersebut.....hermmm...telahan aku
berkaitan ORANG MELAYU ni memang macam tepat...walaupun kelihatan
terpelajar tapi....hermmmmm.............orang
Melayu ni sukar untuk ditemubual, sukar untuk memberi buah
fikiran....sukar berkata-kata bila diberi mikrofon
berbanding dengan kaum lain...apa daaaa....tapi kalau
komen kat isu2 dalam FACEBOOK macam taufan... semua perkataan keluar 
sama ada perkataan BERSIH atau KOTOR......gitu ke...?
Akhirnya malas dah nak cari calon temubual....itulah nilai bangsa
kita....nak kata malu macam tak...nak kata tak....nampak
macam malu....huhuhu....
Jadi tolong arr...orang MELAYU...kalau diminta untuk temubual sila berani
berkata dan memberi pandangan...jangan malu2...jangan takot..
kita jangan jadi bangsa yang takot beri pandangan....
dan jangan jugak macam burung kakak tua, ulang je apa
orang lain kata............opst!


rakam dalam dewan kuliah....
Akhirnya kami temubual dua tiga orang yang kami kenal...ini je yang 
nampak mudah....kami rakam temubual dengan mereka sikit dan....
selesai pon.... Yang muda2 macam dah malas nak approach..
begitu juga yang veteran yang ada di situ........
Aku cuba cari kenalan yang da janji dalam facebook untuk ditemubual...
aku dah masuk semua tiga2 bilik kuliah dan rakam suasana
ketika taklimat dan sebagainya....cari gak tapi...
tak jumpa.....haihhhhh...rupanya
dia sampai lewat...huhuhu.....misunderstood dengan apa
yang tertulis dalam surat yang dia terima kot...huhuhu...


...kami da abis buat rakaman, baru dia ni tiba UKM....
Aku amik foto ni daripada FB dia...sape yang nak kenal pi lah ke FB dia


yang duduk baju merah tu UMI....
 Kami kemudiannya bergerak ke Dewan Siswazah untuk membuat rakaman 
sukarelawan di sana pula. Beberapa shot diambil. Di sana pon ada 
syarahan untuk sukarelawan yang dijalankan di dewan 
berkenaan...........
Dalam masa yang sama aku whatsapp UMI untuk buat temubual....
Dia balas dia da ada di dewan dewan di FSSK......jadi kami terus ke sana............
Tiba di dewan fssk tu...tengah duk kat situ ada sorang pompuan tegur...aku
bingung sat sebab lupa sape dia tu...dia kata da lupa ke...memang aku
lupa pon....dia kata pernah pi Gob Gua Musang...laaa...baru
ingat rupanya DOKTOR yang ikut serta masa
pi Pos Gob Gua Musang tahun 2016 yang lalu...tu lah bila da semakin tua...
...susah nak ingat.....maaf la DOKTOR yeeeeeeeeeeeeee............
...Doktor pompuan ni jugak yang sering ikuti
mobiliti pelajar masa dulu...Masa kat Kampung Chueh Belum Perak
pon dia turut serta...aktif doktor niiii..............
Di bawah ni aku letakkan video program yang dia turut involve....
...sampai la ni aku pun tak tau nama dia ni....huhuhu.......opst!.


...yang pompuan kanan....tu lah DOKTOR yang aku tulis kat atas tu...
ni video masa kat Pos Gob Gua Musang tahun 2016
yang lalu.....


rehat sat....manusia perlu rehat...
Kami temui UMI di FSSK untuk ditemubual. Jadi kami beri masa dia menyusun 
kata2 dan mencari fakta fakta untuk diperkatakan buat seketika.............
Bila ready je kami mula buat rakaman hingga selesai....
hermm...ini je Melayu terbaik yang kami temubual..lancar je...
takde sangkut2 dan tak takut pon dengan mikrofon.....
sepatutnya semua MELAYU macam niiii.....
Kami juga menemubual wakil dari Kementerian Belia dan Sukan atas 
cadangan UMI sendiri.......

Akhirnya kerja ini selesai dan kami balik ke Bangunan Penerbit sementara 
sdr. IKHWAN ada tugas lain bersama mereka di lokasi tersebut.......
Tiba di ofis terus digitise footage2 yang dirakam....nanti hari ISNIN aku akan
sunting dan upload ke YOUTUBE UKM iaitu CHANNEL YOUTUBE
official kami PKK UKM...boleh lihat 


SEKIAN...terima kasih.....

DAUD.montak.zakaria

Friday, July 21, 2017

Jamuan Hari Raya UKM.................2017

Hari ni JUMAAT, 21 Julai 2017, kami membuat rakaman MCP Majlis Jamuan Hari
Raya UKM 2017. Tiba di STUDIO UKM, pepagi buta terus pasang 
kamera, kabel2 dan tripod da pasang semalam....
Mudah la sikit, pagi ni aku
pasang semua kamera satu hingga tiga. 
Bila Shahrul tiba dia pasang kamera empat kat atas.
Sdr. Ramli pasang audio system dalam studio. Selesai keje duk
minum nescafee sat.....sementara tunggu krew yang lain...

sebelum mula...tak tau foto sape ni.....tq je la....
aku, hasnah & fakhran
aku, hasnah, shahrul, aizat, fazliana & jasril

sambil makan kendalikan switcher....

tugas sambil jamu selera....aku, jasril, hasnah, shahrul & fakhran...
  Tak berapa lama kemudian sorang sorang krew datang ke studio. Ramai jugak krew
yang dapat hadir. Mereka yang hadir dan membantu buat keje ialah...
FAZLIANA, HASNAH, FAKHRAN, SULIMI, AIZAT, JI, YUNUS, KHUSAIRI,
FAZLI, sementara KREW UAV PKK ialah...SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI,
JASRIL & AKU....seorang krew kami datang dari UKM KAMPUS
KL....jauh tu....sdr. YUSRI......ooopst! sorang lagi, lupa pulak..
SITI SURAYA dari Media Sosial PKK.........
Terima kasih BEBANYAK kepada semua krew yang sama2 bertugas....

tugas sambil jamu selera....aku, jasril, yunus, shahrul, fazliana, fakhran & hasnah...
yunus, shahrul & fazliana...

rakan rakan mcp...tanpa mereka sape la kami....hahaha...
aku, shahrul, anim, en. hazrul, yunus, fazliana, hasnah & siti suraya....
...foto siti suraya ni....yang TUDUNG MERAH tu BOSS kami, Prof. Datin
Dr. Norizan Abdul Razak....
depan sekali...suraya, hasnah, aku, kamarul, shahrul, DATIN, yunus & fazliana...



foto sdr. AIZAT.......sdr. yunus misdi...krew mcp kami ni.....
  Rakaman MCP perlukan ramai krew untuk mengendalikan 4 buah kamera kat dalam dewan. Sementara dalam studio tidak kurang lima orang krew mesti ada. 
Sebuah kamera secara bergilir gilir dikendalikan oleh 2 orang krew, 
tak mampu sorang krew berdiri lebih kurang sejam setengah untuk
setiap program selama 3 jam.......jadi perlu bergilir dua orang.....

doa...

doa....

berlagu...

rakan2 mcp tolong bawa masuk studio untuk sama2 menjamu selera....terima kasih YAN & HASNAH....

....ini yang sempat aku makan...ALHAMDULILLAH....drpd tiada.......tapi kenyang gak...
 Selain jurukamera, terdapat juga dua orang krew bekerja secara bergilir gilir
di bilik audio iaitu sdr. RAMLI dan HAJI SULIMI...maaf foto mereka tak
sempat si snap. Mereka berada dalam bilik audio
sepanjang program berlangsung kerana audio yang masuk untuk rakaman
perlu dikawal....itulah tugas mereka.......

persembahan VVIP...
persembahan VVIP...

LEMAN....LEMAN....


persembahan VVIP...

Dalam Bilik Kawalan Utama aku dengan lebih kurang dua atau tiga orang krew lagi.
Tugas aku di sini ialah memberi arahan kepada semua jurukamera yang sedang mengendalikan kamera dalam dewan. Aku yang akan memilih kamera mana yang akan di 'TAKE'...oopst! ok...ok takyah la aku gitau...kalau
gitau pun korang tak kan faham melainkan korang ada sama dalam bilik ni...atau
korang jadi salah sorang krew kamera kami.....

rakan se ofis aku pun ada sama niii....
persembahan...
persembahan...
Apa2 pon semua tugas dalam dewan hari ini dapat dilaksanakan dengan kemas dan licin
nanti aku edit korang boleh tonton di UKM TUBE....klik jer DI SINI.....

Ok....aku nak ucapkan sekali lagi terima kasih bebanyak kepada
semua krew yang terlibat....semuanya.....nanti bantu
kami lagi eaaaaa..............Nanti kita kumpul
ramai - ramai masa MAJLIS KONVO
ujung bulan OKTOBER nanti....................ok..............

IMBAS KEMBALI KONVO TAHUN 2016 DI SINI.............


SEKIAN....

DAUD.montak.zakaria

Thursday, July 20, 2017

Keje dan Perlunya Manusia Lain Kepada Kita..Hidup Tak Boleh Sorang2 Beb...

Minggu ni terdapat beberapa tugas yang telah kami buat. Tugas tersebut sama ada
secara berkumpulan atau pun individu. Minggu ni kami banyak
cover keje berkaitan rakaman acara sukan MASUM 2017.
Kami perlu membuat rakaman untuk
bahan arkib seperti yang
dikehendaki oleh pelanggan..............................

memanah



Pagi Isnin kami cover sukan MASUM 2017. Acara yang kami rakam ialah
acara MEMANAH. Wakil UKM nampaknya tiada dalam acara
ini. Apa2 pon tak kisahlah yang penting kami
rakam acara ini untuk bahan arkib.


sdr. RAMLI & AKU...kat STUDIO UKM...cek alat...
rakaman BOLA BALING dgn. SHAH & JASRIL...

Waktu petang aku pi STUDIO UKM sat sebab untuk uji peralatan MCP di sana.
Alat tersebut perlu diuji dan di hidupkan kerana lama sudah tidak
digunakan kerana tiada program yang dirakamkan.
Lagipun alat ini perlu diuji sebab
hari JUMAAT ada rakaman MCP Jamuan Hari Raya UKM
yang akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

dapat kembali file video setelah dibantu oleh EN. MDNOOR....



Hari Selasa pagi aku buat suntingan sukan MEMANAH. Keje tersebut siap dan aku
upload tugas berkenaan ke UKM TUBE....silalah pi SINI 
kalau nak tonton...semua video ada kat situ....klik jee..

Petang hari aku cuba buat suntingan video yang lain pulak.
Oooohhhh....malangnya aku punya
SD CARD corrupt......aiyaaaaaaaaaaaaaaaa.......
banyak bahan dalam SD CARD tu.....footage...SUKAN OLAHRAGA
MASUM...footage HARI RAYA PKK...footage
SMART MAMAK....aiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........ lagiiiiii...


ada tugas di sini menjadi MISTERI......


Akhirnya aku minta ENCIK MAD NOOR tolong RECOVER balik...dia setuju....TERIMA 
KASIH BEBANYAK Encik MD NOOR...sampai petang gak la dia buat...
Akhirnya aku dapat whatsapp dari En.MD NOOR
footage2 tersebut dapat diselamatkan....ALHAMDULILLAH....korang
nak tau, bagi aku footage video yang dirakam merupakan
MUTIARA bagi seorang PENYUNTING VIDEO..
Mana nak korek kerana itu jer SATU2 NYA FOOTAGE yang ada...bukan boleh
suh dia orang buat pelancaran kembali...atau berolahraga kembali kat
padang tuuu....ini bukan footage drama yang boleh
dilakonkan kembali...huhuhu....

bersama rakan se ofis.....
bersama rakan2...AKU, SHAH & EN. HAZRUL...


ni raptai JAMUAN RAYA....
Rabu pagi ENCIK MD NOOR bagi SD CARD kat aku...aku bukak file dan transfer 
semua footage yang ada ke  dalam EX HD aku....huhuhu....TERIMA
KASIH BEBANYAK sekali lagi ENCIK MD NOOR...
Aku terus buat suntingan ACARA OLAHRAGA MASUM 2017...siappp....
dah upload ke UKM TUBE.............

Sebelah petang aku pi DECTAR ada raptai sambutan HARI RAYA
UKM di dewan tersebut dalam pukul 2.30 petang. AKU serta krew pasang kabel
kamera dan tripod...esok pagi cuma pasang kamera jeeee......
Jam 5.00 petang balik rumah....hemmmm....tamat
satu episod untuk hari ini......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria