Saturday, June 29, 2013

benGkel kesENian uKm '13


video bengkel kesenian ukm 2013..

HARI ini, 29 June 2013, hari SABTU....
Tiba UKM lebih kurang jam 8.30 pagi, janji...eh, yer ker janji...
janjinya jam 8.00 pagi....maaf....moga ia tidak menjadikan
aku insan munafik...Sampai jer di UKM mereka
semua da ada  pon di pejabat.......

bengkel....
perasmian...
setianya NAJWA dan AISYAH...jaga kamera supaya tak jatuh...ekekeke...

Hari ini kami membuat rakaman BENGKEL KESENIAN UKM 2013  di DECTAR. Yang aku
maksudkan kami ialah KAMARUL BAHARIN, SITI SURAYA dan dua orang
pelatih dari POLITEKNIK ARAU iaitu NAJWA dan AISYAH serta AKU lerrr........
Aku bercadang untuk membuat program video
berkaitan PERASMIAN BENGKEL KESENIAN ini. Selain dari itu tujuan
aku ialah untuk berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu
yang kami miliki dengan PELAJAR LI berkenaan.....
kami bukanlah pandai sangat pon
....tapi boleh lerrr....setakat nak kongsi sedikit ilmu yang kami ada...
Harap akan kesampaian...
temubual cik ZAITON...
rakaman di bengkel senitari..
 Tiba di DECTAR kami menunggu untuk majlis bermula. Mana yang belum
sarapan, di sana disediakan sarapan. Sebelum tu kami membuat
rakaman sesi pendaftaran....
Sebaik saja program bermula, kami terus membuat rakaman majlis
perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua
Pusat Kebudayaan UKM.
tonton kembali temubual
istana di taman pantun..

Selesai Majlis Perasmian, setiap kumpulan bergerak ke lokasi bengkel
yang mereka ikuti iaitu BENGKEL SENI TARI, BENGKEL TEATER
dan BENGKEL FOTO
Kami membuat temubual dengan peserta Bengkel Seni Foto
serta penyampaian teori oleh pengajar bengkel
berkenaan. Kami juga membuat rakaman
amali bengkel foto di taman pantun ukm. Peserta ditunjuk ajar
teknik merakam pasangan pengantin di sana....
taman pantun
 Kami juga turut merakam temubual dengan penyelaras projek iaitu cik zaiton
berkaitan objektif bengkel. Kemudian kami membuat rakaman
temu bual dengan peserta bengkel tarian serta
pengajar bengkel berkenaan.....
Terdapat juga peserta keturunan Jepun yang berminat menjadi peserta bengkel
foto dan teater.....

ini bukan model untuk foto shoot tau...
Kami juga memberi peluang kepada PELAJAR LI untuk membuat rakaman
dengan harapan supaya mereka memperoleh pengalaman mengendalikan
kamera video serta berdepan dengan orang yang ingin
ditemu bual. Dalam keadaan ini, melihat orang
lain membuat rakaman adalah berbeza apabila diri sendiri yang membuat
tugas berkenaan..........melihat tidak semudah membuat......
dalam tugas penerbitan video, kerja secara berkumpulan amat diperlukan, 
kita jangan duk menyendiri dengan membiarkan orang lain
menyelesaikan tugas berkenaan.......
Jika kita kurang semangat untuk bekerjasama lebih baik
ceburi bidang lain....mungkin pemandu lori kut....ekeke..opst!

Aku berharap akan mampu menyiapkan penulisan skrip
video ini dan menyiapkan penerbitannya sebelum kami mempunyai tugas
lain iaitu untuk mengendalikan BENGKEL VIDEO DOKUMENTARI
di MELAKA dari 4 - 8 Jun 2013 nanti.......jangan lupa tonton
video yang tak berapa nak menarik tu nanti
apabila aku 'upload' ke 'YOUTUBE' ...nantikan yerrr.........
Sebelum tu aku nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada sdr. 
KAMARUL BAHARIN, SITI SURAYA, AISYAH dan NAJWA
kerana membantu dalam tugas rakaman video berkenaan.....tQ.

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria