Tuesday, August 14, 2018

Shooting 3M dan Teaser Konvo 47 UKM...

Hari hari Selasa, 14 Ogos 2018, aku terlibat dengan shooting video untuk Minggu Mesra
Mahasiswa dan juga 'teaser' konvokesyen ukm ke 47. Aku involve
dalam pembikinan video 'behind the scenes' je...
Yang shooting untuk program
berkenaan ialah krew krew unit audio visual yang lain2...iaitu
en. hazrul, en. madnoor, sdr. shahrul, sdr. jasril dan sdr. saniy..................

dectar..tunggu tnc hepa tiba....
tengah2 tu TNC HEPA, PM DR ROSLEE...
mula nak shooting....
 Jam 9.00 pagi kami semua terus pi ke DECTAR untuk shooting video untuk program Minggu Mesra Mahasiswa Baru nanti. Video ni berkaitan tempat2 dalam UKM
 yang perlu diketahui oleh pelajar yang masuk ke UKM. Para 
Timbalan Timbalan
Naib Canselor yang menjadi hos yang akan menjelaskan semua lokasi
berkenaan kepada pelajar.... Pagi ni TNC yang terlibat ialah Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, TNC Hal Ehwal pelajar dan Alumni UKM........
Bila je tiba di lokasi TNC HEPA je terus bersalam dengan semua krew shooting....

dalam bilik kat kolej ibu zain...
...shooting.....raptai je ni....
cek raptai shooting kut....
 Sebaik TNC HEPA tiba maka segala persiapan untuk shooting disiapkan. Bila semuanya
selesai maka shooting dilakukan. Kamera yang digunakan ialah DSLR. Sdr.
Shahrul yang mengendalikannya....serta sdr. jasril.....Aku cuma 
buat shooting untuk video behind the scenes aje.
Ada satu ketika tu...shooting 'koyak' sebab aku
termasuk dalam frame....ada 'missed comunication' di situ...hahaha...apa boleh
 buat laaa...Namun selepas tu semua keje keje shooting berjalan lancar hingga selesai........
Krew yang terlibat masa shooting ni ialah encik hazrul, en. madnoor,
sdr. shahrul, sdr. jasril, sdr. saniy dan aku.....tapi aku 'shooting behind the 
scenes' seperti yang aku kata tadi........

lepas shooting tengok hasilnya....
...sempat beraksi tuuu...
ni shooting lokasi dalam semak samun pulak....hahaha...
 Lepas selesai kami balik opis dulu dan lebih kurang jam 10.00 pagi kami pi pulak
ke Kolej Ibu Zain. Kali ni kami buat shooting untuk 'teaser' konvokesyen
ukm pulak. Macam biasa aku buat shooting untuk 'behind the scenes'.
Kami pi dengan dua buah kete. Bos kami DR. SAB jugak turut
serta ke kolej berkenaan untuk melihat keje
keje shooting di sana.........
Sebuah bilik kat kolej dah siap ditempah
untuk lokasi shooting berkenaan. Sdr. Shahrul pi jemput
pelakon iaitu seorang pelajar pompuan. Sebaik dia tiba maka peralatan
shooting disediakan. Bila siap je maka shooting dibuat. Sebenarnya video ni bukan
lama mana pun tapi keje keje shooting telah mengambil masa dekat
dua jam.... Selesai je...krew lain terus sambung shooting
di lokasi yang lain pulak sementara aku terus
balik opis untuk buat suntingan
program 'behind the scenes' ni...........

rakam dan semak hasilnya....
selfie dari jauh je...ekeke....
ni foto amik dari sdr. SANIY....ok la kan berfoto dgn pelakon...kan...kan...
Waktu petang pula ada shooting di lokasi kolej ibu zain tu jugak tapi ia merupakan outdoor
shooting....Masa pi tu aku pi ke Kolej Zaaba...aku ingatkan dia orang pi
Zaaba. Tiba di Zaaba aku call dia orang. Dia orang kata
kat Kolej Ibu Zain di lokasi hujung sekali....
Jenuh la jugak drive dari zaaba ke ibu zain....Tiba di kolej tu
terus je drive hingga hujung jalan. Lokasi tu hampir dengan rumah pengetua kolej.
Kelihatan dia orang ada di sana. Aku terus je buat shooting behind
the scenes bila dia orang mula shooting di lokasi tu.
Agak lama jugak shooting kat sana dengan sorang heroin tu....
Krew yang ada kat lokasi tu ialah sdr. shahrul, jasril dan saniy...encik hazrul
tiba kemudian...Selesai je kami terus balik ke opis.....Tiba di opis
aku terus buat suntingan video behind the
scene tu...sementara krew shooting tadi buat 'voice over'
heroin yang sorang tu la.........
Esok ada lagi shooting untuk 'teaser konvo' ni di perpustakaan pulak...dan...aku akan
turut serta jugak.........

~ sekian ~

daud.montak.zakaria