Saturday, October 17, 2009

Festival Tari MAKUM


17 Oktober 2009, jam 12.30 tengah malam, aku baru balik dari UKM.... Apa nak cerita malam ni arr....rasa letih dan ngantuk, tapi rasa nak cerita jugak...

Ini semasa semua IPT membuat latihan sebelum pertandingan seni tari dalam festival tersebut pada pagi 16 Okteber 2009 di DECTAR.

O.K, hari ini merupakan hari pertama rakaman video kami berkaitan FESTIVAL TARI MAKUM di DEWAN CANSELOR. Rakaman bermula kali pertama jam 3.00 petang dengan menggunakan satu kamera. Namun agak sukar jugak nak buat rakaman video dengan satu kamera ni. Oleh itu terdapat dikalangan rakan aku yang mencadangkan supaya gunakan 2 atau 3 kamera kerana ia lebih mudah.

Disebabkan aku ni seorang yang agak baik jugak, agak akulah....jadi, aku pertimbangkanlah juga cadangan tersebut walaupun ia keluar dari mulut rakan yang lebih muda dari aku(aku ni 'muda' tapi dia 'lebih muda' daripada aku...heh...heh....). Oleh itu aku buat keputusan, rakaman petang esok, 17 Oktober 2009, jam 2.00 petang, hendaklah dalam bentuk rakaman MCP jika krew mencukupi....itulah keputusan aku...

Ketika latihan di dewan oleh setiap IPT...



Sebenarnya aku diminta membuat rakaman satu kamera untuk program sebelah petang iaitu petang hari ini dan petang esok, sementara waktu malam baru buat MCP. Tetapi sebab sukar untuk membuat rakaman satu kamera yang terus ditayangkan di layar tayangan, maka terpaksalah juga semuanya di buat rakaman MCP.

....ketika raptai atau latihan....





Malam ini iaitu 17 Oktober jam 8.30 malam, kami membuat rakaman MCP untuk Perasmian Festival Tari MAKUM. Ramai gak krew bantuan yang hadir. Yang masih aku ingat mereka yang hadir ialah Naziruddin, Firdaus, Wafiy, Isma, Zulhim, Muhammad Khaidir, Azrul Khaidir, Yunus, Sulimi.....mereka ini dari Unit lain di UKM.

Hmmm....inilah tag kami untuk rakaman MCP, Urus Setia tu....eh! betul ke ni....




Seperti biasa aku dan Kamarul sebagai Pengarah Studio. Hanim sbg. 'switcher', Jasril dan Suraya pengendali Grafik, Ramli dan Sulimi pengendali
rakaman audio dan yang selainnya ialah Jurukamera....

Sdr. Kamarul sedang bertindak sebagai Pengarah Studio....






Sebenarnya rakaman MCP bukanlah tugas yang mudah, terutama krew dalam Bilik Kawalan, di mana Pengarah Studio, Switcher, Grafik, dan Perakam Video sedang bertugas. Dalam tugas ini setiap yang bertugas tidak boleh leka atau lalai kerana setiap kelalaian akan merosakkan video yang sedang dirakam.

Dari kiri, sdr. Kamarul, Cik Hazni Hanim, Cik Siti Suraya dan yang separuh badan tu ialah sdr. Zulhimi....



Bila berada atau mula bertugas di bilik kawalan ini, semua masalah hendaklah diletakkan di luar studio dahulu iaitu masalah berkenaan ditinggalkan di luar pintu studio. Tak kiralah sama ada masalah saperti..aaaaa...masalah cinta ke, kekasih lari ke..kucing kesayangan mati ke..., nenek bersalin ke...dan sebagainya. Kalau boleh atau seboleh-bolehnya masalah tersebut di tinggalkan dahulu di luar pintu studio....jangan dibawa masuk ke studio...
Sdr. Sulimi sedang tekun menjalankan tugasnya....



Satu lagi perkara yang perlu diingat dalam tugas rakaman MCP ialah, semua petugas mesti mempunyai sikap ingin bekerjasanma dengan rakan-rakan yang lain. Jika kita tidak mempunyai sikap berkenaan dan gagal bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain, maka tiada sebab kita harus kekal dalam kumpulan berkenaan. Sikap ini tentu sekali akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Sudah tentu sikap ini akan mencacatkan hasil terbitan rakaman berkenaan...ewahhhh....melalut lak aku ni...agaknya sebab dah larut malam kut.....
Salah satu pasukan dari sebuah IPT sedang mempersembahkan tarian kreatif mereka....


Foto sebelah kiri ni adalah diantara krew kami....ermmm...sekarang ni aku nak memperkenalkan mereka berdua kepada anda....
Di sebelah kiri tu sdr. Sulimi. Dia dari Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, UKM. Dia merupakan salah seorang krew kami yang paling lama, dan masih kekal, sementara rakan-rakan yang seangkatan dengannya, yang masuk menjadi krew kami, dah lama meninggalkan kami. Sedangkan dia masih kekal dengan kami.....
Sdr. Sulimi ni dah berkahwin, tapi.....baru seorang...
Di sebelah sdr. Sulimi ialah sdr. Yunus Misdi dari Fakulti Kejuruteraan. Dia juga merupakan krew kami yang sudah agak lama jugak. Rakan yang banyak membantu dalam tugas rakaman video kami. Dia juga sudah berpunya....juga baru seorang.....Tu jelah yang dapat aku ceritakan berkaitan mereka ini....


Rakaman MCP kami pada malam ini berlangsung dari jam 8.30 malam hingga jam 11.30 malam. Namun persiapan teknikal telah kami lakukan kira-kira jam 6.30 petang. Persiapan teknikal perlu dilaksanakan awal kerana jika berlaku sebarang masalah maka adalah masa lagi untuk kami mengatasinya sebelum majlis berlangsung.... Rakaman MCP kami akan bersambung petang esok dan malam esok. Jadi itulah cerita aku untuk kali ini, dan terima kasih kepada semua yang membantu, jumpe lagi...
Sdr. Ramli sedang mengendalikan peralatan audio semasa rakaman MCP.


Semasa rakaman MCP, malam. Semasa raptai atau latihan oleh IPT..

4 comments:

Unknown said...

abg studio.. knape "Salah satu pasukan dari sebuah IPT"? huhu tu kumpuln UKM lar.. huhu

daud.montak.zakaria said...

ha....ha.....ha....tak perasan pulak aku....

audiovideobook said...

kalau penari artisukma tau ni tentu mereka marah.....ukm punya pun tak kenal...

Adyamaatra Dance Group said...

watper lak nak marah....hehehe.... rileks2 jer... x sabar nak tunggu vid keluaran korang...