Monday, April 22, 2013

...orKEStra traDISIOnal artISUKma uKm..




...video...


SEMALAM, Ahad malam, 21 April 2013, kami membuat rakaman MCP
 'Persembahan  Orkestra Tradisional ARTISUKMA UKM'
 di DECTAR. Sebenarnya orkestra tersebut ialah
 orkestra tradisional kaum Cina.






Aku tiba kat dewan lebih kurang jam 6.20 petang. Terpandang mereka sedang
memasang kamera dalam dewan. Aku terus membantu sdr. Ramli 
memasang kamera dalam dewan, sementara yang lain2
dah masuk ke dalam STUDIO UKM.






Kalau pandang orang pasang kamera di tripod, memang mudah atau
'kacang jer'....berbanding jika kita sendiri yang memasangnya.
Jadi, hakikatnya memasang kamera perlu teliti dan
sempurna, bukan main pasang jer...
Antara perkara yang perlu diambil berat ketika memasang
kamera atas tripod ialah, kamera tersebut perlu di 'balance' kan 
atas tripod supaya ia tidak mudah jatuh ke depan 
atau ke belakang.
'Balance' juga amat penting supaya
jurukamera tidak menanggung
beban kamera tersebut yang akan berat di 
depan atau berat dibelakang. Jurukamera akan berasa
selesa jika mengendalikan kamera yang 'balance' di atas tripod. Oleh itu
pasanglah kamera dengan sempurna supaya kita tidak 
membebankan atau menganiaya  jurukamera....






Aku taknak menceritakan berkaitan persembahan tersebut kerana aku pun 
kurang faham dengan alat-alat muzik tradisional Cina.
Aku biarkan foto2 tu ceritakan melalui
bahasanya.........
Malam tu agak kurang krew yang
datang membantu, mungkin mereka pegi berkempen kut...ooopst! gurau
jer tu.....sebenarnya aku pun kurang tau nape kurang yang datang 
membantu. Krew bantuan yang datang ialah YUNUS,
HIDAYAH, JAMALUDIN JI dan SULIMI, sementara
krew regular UAV ialah
SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, 
RUHAIZAD, JASRIL AMRY, dan SITI SURAYA....
Jadi...............aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew
yang terlibat terutama jurukamera yang berdiri lebih
kurang dua jam tanpa duduk....tQ.

....tu jer yang dapat aku coretkan dan terima kasih kerana membaca...

DAUD.montak.zakaria