Saturday, July 27, 2013

pRe - proDUCtion (rinGkas)

Pre production
http://nofilmschool.com/2012/10/sony-announces-f5-and-f55/

PRE - PRODUCTION

Penerbitan video terbahagi kepada tiga fasa iaitu pre production, production dan post-production. Pre production merupakan langkah pertama daripada 3 bahagian yang amat penting untuk menghasilkan sebuah video yang profesional. 

Fasa ini merupakan fasa untuk menentukan sasaran dan objektif video berkenaan. Sasaran penonton perlu dikenalpasti sama video berkenaan untuk tontonan dewasa, lelaki, wanita, kanak-kanak atau penonton umum.

Belanjawan atau bedget perlu juga diambil kira. Jika tujuan video ini untuk menjana pendapatan maka perbelanjaan tertentu juga amat perlu untuk menerbitkan video tersebut. Ia dianggap sebagai 'invesmen'.

'Outline' untuk video juga amat perlu dibentuk terlebih dahulu. Umpamanya jika video tersebut untuk promo perniagaan maka 'outline' nya perlu mengandungi misi, background, perkhidmatan yang disediakan, bagaimana menyelesaikan masalah pelanggan dan keperluan mereka, testimonial pelanggan yang telah mendapat perkhidmatan sebelum ini, kos yang dikenakan, perbezaan dengan pesaing dan sebagainya.

Setelah 'outline' disediakan maka skrip pula perlu ditulis. Skrip ialah dokumen lengkap apa yang akan dilihat dan didengar dalam video berkenaan. skrip mestilah selengkap yang mungkin. Ia juga mesti mengandungi shot-shot sama ada wide, medium atau close up. Ia juga sepatutnya mengandungi shot-shot still, dolly, track, pan, tilt serta pergerakan-pergerakan kamera yang lain. Fasa pre production juga merupakan masa untuk membuat segala keputusan sebelum masuk ke fasa pengambaran atau production.

Pre production juga merupakan masa untuk memilih pelakon dan krew. Pelakon yang dipilih adakah perlu pelakon profesional, adakah perlu kepada audition dan siapa yang akan kendalikan pemilihan dan audition.

Adakah krew sudah dikenalpasti. adakah telah melihat kerja mereka yang lalu, adakah pernah bekerjasama dengan mereka. Adakah mereka telah menghasilkan video sebegitu sebelum ini.

Siapa pula yang akan mengendalikan makanan di set. Adakah perlu perkhidmatan make up artist. Apakah jenis kostume yang diperlukan. apakah pakaian yang sesuai masa pengambaran.

Apakah set yang diperlukan, apakah props yang diperlukan dan siapa yang akan menguruskannya.

Pastikan lokasi shooting telah dikenalpasti serta disewa dan lawatan telah dibuat ke lokasi tersebut untuk mengurangkan kebarangkalian masalah yang timbul berkaitan lokasi. Berkaitan lokasi pula, mempunyai plan B amat berguna jika berlaku sesuatu berkaitan lokasi.

Pencahayaan amat perlu diambil kira. Adakah lokasi shooting mempunyai pencahayaan yang cukup. adakah lokasi perlukan cahaya lampu tambahan. Pastikan arah matahari di lokasi. Adakah gel diperlukan untuk pencahayaan.

Bagaimana dengan audio. Kualiti audio amat perlu diambilkira. Jenis mikrofon yang akan digunakan juga amat penting. Peralatan audio perlu diperiksa sama ada dapat berfungsi dengan baik.

Perkara akhir yang perlu dibincangakan dalam pre production ialah jadual pengambaran. Jadual pengambaran mengumpulkan shot-shot berpandukan lokasi. Sebagai contoh, babak 3, 5, 13, 20, 40 dan 45 merupakan rakaman di kafeteria. Maka semua shot-shot untuk babak-babak tersebut hendaklah dibuat pada hari dan masa yang sama. Shot-shot untuk babak-babak berkenaan perlu dihabiskan dalam hari yang sama. ini akan dapat menjimatkan masa dan kos.

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria.