Bayangkan anda sedang menonton sebuah video persembahan kumpulan rock sedang membuat persembahan tetapi video berkenaan tiada sebarang bunyi atau dalam erti kata "SENYAP". Anda tentu sekali akan berkata "Hampehhhhhh....."(Ops! maaf). Tentu sekali tayangan video tersebut tidak bererti atau sama seperti tidak menonton. Itulah kepentingan bunyi dalam setiap program video.
Semua CAMCORDER dilengkapi dengan "build in" mikrofon. Terdapat model tertentu kamera video mempunyai mikrofon jenis "omni-directional" dimana ia boleh merakam bunyi dari sekeliling(alll around) kamera video berkenaan. Kelemahan mikrofon ini ialah ia melekat pada kamera dan merakam semua bunyi dikeliling yang juga tidak dikehendaki. Mikrofon ini juga tidak sesuai untuk sesi temubual. Terdapat model kamera yang dilengkapi dengan mikrofon telescopic boom untuk merakam bunyi dihadapannya. Terdapat juga kamera yang dilengkapi mikrofon uni-directional yang merakam bunyi di hadapan kamera sahaja.
Untuk rakaman bunyi yang paling baik gunakanlah mikrofon lain yang dipasangkan(plugged in) ke soket mikrofon kamera berkenan. Cara ini tentu memerlukan kepada tambahan tenaga kerja yang mengendalikan mikrofon berkenaan terutama untuk rakaman temubual yang dilakukan dijalanan dan sebagainya.
Terdapat beberapa jenis video kamera yang mempunyai kawalan "automatic gain"(AGC) atau "level" yang akan melaraskan "levell" rakaman bunyi berkenan. Anda boleh mendengar rakaman bunyi yang masuk ke dalam rakaman video dengan menggunakan "headphone" ketika membuat rakaman. Pastikan "headphone" yang dipakai ini mempunyai penutup telinga sepenuhnya supaya dapat mengelakkan bunyi dari luar masuk ke telinga. Dengan ini jurukamera dapat menyedari kualiti bunyi semasa membuat rakaman dan boleh membaiki kualiti bunyi tersebut dengan dua cara. Pertama gerakkan kamera video hampir dengan bunyi yang hendak dirakam dan yang kedua elakkan posisi mikrofon dari sumber bunyi yang tidak dikehendaki.
Jenis-jenis mikrofon
Omnidirectional microphone;
Ia sensitif kepada bunyi yang datang dari semua arah. Sesuai untuk rakaman umum terutama sumber bunyi sangat hampir dengan mikrofon tersebut.
Unidirectional atau Cardioid microphone;
Merakam bunyi terutamanya dari satu arah dan ia mesti diarahkan kepada sumber bunyi yang hendak dirakam. Sesuai untuk rakaman temubual dan perbualan serta ia mesti diarahkan kepada sumber bunyi pada setiap masa.
Superdirectional atau gun microphone;
Merakam bunyi dari sumber bunyi yang jauh tetapi ia mempunyai sudut peneriman bunyi yang kecil(narrow). Ia mesti di arahkan kepada sumber bunyi terutama bila sumber bunyi tidak dapat dihampiri atau dalam persekitaran yang bising.
Clip-on microphone;
Boleh dikenakan pada pakaian subjek yang ditemubual. Biasanya jenis omnidirectional dan amat sesuai untuk rakaman yang terlalu hampir tetapi berhati-hati kerana ia akan merakam geseran terutama geseran dengan baju subjek yang bercakap.
Lokasi rakaman bunyi;
Harus diingat sekitaran dalaman(in door) mempengaruhi bunyi rakaman yang dibuat. Permukaan yang keras seperti gelas, logam, dinding, tiles dan sebagainya memantulkan bunyi dan boleh menyebabkan gema.
Permukan yang lembut seperti permaidani, kusyen-kusyen, sofa dan sebagainya akan menyerap bunyi serta memberikan bunyi yang hambar(dull).
Persekitaran yang baik untuk rakaman ialah di dalamnya yang mempunyai langsir, permaidani, siling lembut, hiasan2 lain yang lembut, dan beberapa elemen lain yang keras. Ini bermakna bahan keras dan lembut terdapat dalam persekiran di mana rakaman tersebut dibuat.