Friday, May 1, 2009

Lighting(Tv Production)



Seperti mata manusia kamera video tidak boleh melihat tanpa jumlah tertentu cahaya. Sesuatu objek boleh dilihat apabila cahaya dibiaskan oleh objek berkenaan.


Cahaya mempunyai tiga faedah yang besar;

1. Cahaya menyediakan kamera video dengan pencerahan yang cukup untuk menghasilkan visual yang boleh diterima.

2. Untuk menunjukkan kepada penonton bentuk sebenar objek di skreen, hubungannya dengan yang lain dan kepada persekitaran dan bila ia berlaku.

3. Untuk memperkenalkan mood peristiwa berkenaan.


Types of illumination;

Terdapat dua jenis pencerahan dalam pencahayaan televisyen iaitu directional dan diffused. Directional light mempunyai 'a sharp beam' yang menghasilkan bayang-bayang yang kasar atau jelas. Anda boleh halakan cahaya untuk mencerahkan sesuatu kawasan contohnya seperti lampu kereta yang memberikan 'directional light'.

Diffused light mempunyai cahaya yang lebar, kurang terang dan mencerahkan kawasan yang luas dan menghasilkan bayang-bayang yang lembut dan nipis, umpamanya seperti lampu flourescent.

Lampu studio mempunyai cahaya dan bayang-bayang yang dikawal dengan teliti. Dalam 'field production' keperluan pencahayaan biasanya sedikit berbeza daripada pencahayaan studio. Dalam ENG atau Electronic News Gathering yakni liputan berita pencayaannya bergantung kepada sebuah lampu yang cukup untuk memberikan pencahayaan kepada kemera video untuk merakam apa yang sedang berlaku. Biasanya untuk ENG, hanya menggunakan cahaya yang sedia ada.Dalam beberapa tugas 'Field Production' seperti dokumentari atau drama, ia memerluan pencahayaan yang teliti sepertimana teknik pencahayaan studio. Hanya yang berbeza ialah dari segi peralatan yang 'portable' berbanding dengan studio yang mempunyai peralatan yang dipasang 'permanent'.


Lighting instruments

Peralatan pencahayaan yang menghasilkan 'directional light' dikenali sebagai 'spotlight' dan yang menghasilkan 'diffused light' dikenali sebagai 'floodlights'. Dalam studio televisyen pelbagai jenis 'spotlight' dn 'floodlight' biasanya digantung di siling studio. Lampu studio biasanya berat dan besar untuk digunakan di luar studio dan ianya tidak sesuai. Kebanyakan 'field production' menggunakan lampu yang lebih 'portable' dan boleh disambungkan dengan sumber kuasa elektrik yang biasa. Biasanya alatan ini menghasilkan cahaya 'floodlight' dan boleh diubahsuai untuk menghasilkan cahaya berupa 'spotlights'.


Lighting techniques

Semua pencahayaan televisyen adalah beasaskan kepada prinsip yang ringkas iaitu menggunakan 'spotlights' untuk mencerahkah sesuatu kawasan yang tertentu, dan 'floodlights' untuk mengawal bayang-bayang dan menghasilkan satu keadaan pencahayaan yang boleh diterima dalam proses rakaman. "Diffused light" digunakan secara kerap dalam pencahayaan televisyen terutama dalam 'field production' seperti dokumentari dan drama contohnya.

http://images.google.com.my/images?hl=en&client=firefox-a&channel=s&rls=org.mozilla:en-US:official&q=studio+tv+lighting+pic&um=1&ie=UTF-8&ei=ET76Sb2sItSBkQW2wpnqBA&sa=X&oi=image_result_group&resnum=1&ct=title



2 comments:

CikLieYzaOnline said...

den nk tanya boleh?

emmm,kalo mcm org tgh shooting kan,cthnya shooting drama la.waktu shooting tu tgh mlm di tengah hutan,lampu yg digunakan tu ,kedudukan lampu tu biasanya diletakkn kat mana dan mcmmana dia control lampu tu agar xnmpak sangat yg mereka gunakan lampu tapi lebih nmpk mcm realiti mlm.em,ekau phm x mksd den?cmna den nk terangkan...mknanya mesti diorg guna lampu gak kan?tp bila tgk dlm tv,seoalah2 mlm tu adalah realiti.xpun,diorg guna teknik editing ke utk jadikan ia seakan2 lebih realiti?

daud.montak.zakaria said...

Shooting waktu malam ditengah hutan biasanya dia orang guna lampu dan juga generator. Secara teorilah...
Den pun tak punya pengalaman night shooting dalam hutan tebal ni, Jadi nak jawab pun susahlah. Den cuma ada pengalaman tengok dia orang shooting waktu malam dekat rumah je masa latihan amali. Itu je...mmmm....hang cuba cari kat about video di web ni tentang 'night shooting....' moga ia dapat membantu....