Saturday, October 11, 2014

scp & mcp




http://www.youtube.com/user/avukm/videos

MINGGU ini ada beberapa tugas telah dapat kami selesaikan dengan baik.
Semalam 10 Okt. 14, kami membuat rakaman MCP 'Pertandingan 
Dikir Barat' antara kolej-kolej dalam UKM. Terdapat 8 
buah kolej kediaman yang telah 
mengambil bahagian.





Pada 8 Oktober 2014, kami membuat rakaman MCP Perasmian Bangunan
Kedekanan Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Persiapan
peralatan telah kami buat sehari sebelum tu
kerana bilik seminar tersebut
sentiasa saja
mempunyai program sempena hari
terbuka FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI. Rakaman 
MCP telah dapat kami lakukan tanpa sebarang masalah yang besar cuma
terdapat sedikit masalah audio setelah separuh rakaman
kami lakukan. Ia berpunca dari peralatan
siaraya dewan seminar berkenaan...











Selain tugas2 MCP kami juga membuat rakaman scp. Sekarang kami dalam
rangka rakaman SCP berkaitan dengan muzik Gamelan.
Harap dapat diselesaikan dengan licin...

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria