Saturday, December 16, 2017

MCP Gema Cinta Rasul

Hari ini, AHAD, 16 Dis. 2017, kami, unit AUDIO VIDEO PKK ditugaskan untuk
membuat rakaman MCP Malam Gema Cinta Rasul di DECTAR.
Program tersebut merupakan satu program hiburan
altenatif untuk mereka yang meminati
lagu lagu nasyid.

persiapan teknikal...
persiapan teknikal...
selesai persiapan teknikal...


Aku tiba di studio
lebih kurang jam 6.00 petang.
Sdr. Shahrul dah ada di studio, begitu juga
dengan sdr. ramli. Aku dan shahrul terus pasang kabel kamera
serta tripod. Dalam dewan kelihatan satu sesi raptai sedang dijalankan untuk
persembahan nanti.

tunggu event bermula...
audio...
berselfie ngan artis...huhu...
Kemudian tiba sdr. kamarul dan lebih kurang jam 7.00 malam kami pasang kamera.
Sdr. Jasril tiba studio tidak lama kemudian. Aku, ramli dan kamarul pi
makan apabila aku dapat call daripada staf pusat kebudayaan.
Shahrul tiba di tempat makan ketika kami sedang hampir
nak selesai makan.

foto ikhwan...pinjam arr....
jasril.....foto JI...pinjam arr...
shahrul....pinjam foto JI...


Selesai makan masuk
studio dan tunggu event bermula.
Suraya tiba studio untuk membantu dalam keje keje grafik.
Hampir jam 9.00 malam program bermula. VVIP yang hadir malam ini ialah
prof. dato' dr. riza atiq, timbalan naib canselor hal ehwal ehwal
akademik dan antarabangsa.




Persembahan malam ni dimulakan dengan nasyid firasat inzal. Ada persembahan Qasidah
Bacaan Al Quran serta Tazkirah, sebelum pentas diambil alih oleh persembahan
 kumpulan Hijjaz dan Mirwana. Penonton pada awalnya tak ramai...
namun lama kelamaam dewan macam penuh je dengan
penonton. Dapat infor drpd krew
jurukamera....Kami kat dalam tak nampak pape pun melainkan
skrin monitor dari tiga buah kamera dalam dewan besar tu je.........................




Kumpulan nasyid hijjaz dan
mirwana merupakan kumpulan nasyid popular yang membuat persembahan
malam ni. Sementara itu ada juga demontrasi tulisan khat serta
hebahan penjualan tulisan khat berkenaan. Beribu juga
harganya. 




Malam ni kami bekerja
dengan krew yang minima. Ramli bilik audio,
aku dan suraya bilik konti, kamarul, shah dan jasril sebagai jurukamera.
Ermmm...jurukamera terpaksa berdiri tiga jam sepanjang persembahan tersebut.
....apa boleh buat laaaaa.....





Malam gema cinta rasul tersebut tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam
Terima kasih banyak kepada semua krew yang bertugas iaitu
sdr. ramli, kamarul, shahrul, jasril dan suraya.......


SEKIAN

DAUD.montak.zakaria