Thursday, March 19, 2009

Latihan MCP Kump. 4






Hari ini(Khamis), den cuti, begitu juga dengan hari esok iaitu hari Jumaat. Malam ini, 19 Mac 2009 jam 8.00 malam dah tiba di studio UKM seperti juga malam sebelumnya. Semua peralatan audio video di Studio UKM telah disediakan oleh Sdr. Kamarul Baharin Supaat. Malam ini Sdr. Kamarul Baharin bertugas dalam DECTAR kerana ada Majlis Makan Malam Kolej.

Ketika berada dalam Bilik Kawalan atau Konti salah seorang pelajar yang membantu kumpulan 4 telah tiba. Kedengaran dia termengah-mengah. Bila ditanya katanya dia fikir dia telah terlambat tapi rupa-rupanya dia yang terawal tiba. Seketika kemudian tiba "the real host" Kumpulan 4. Beberapa ketika kemudian seorang lepas seorang pelajar latihan MCP tiba di studio. Dalam penerbitan yang sebenar di dunia luar ketepatan masa amat dititik beratkan dan amat perlu dalam bidang penyiaran.

Setelah semuanya tiba di studio, latihan pun dimulakan. Kali pertama terdapat sedikit kelemahan. Latihan kali kedua juga terdapat kelemahan namun dengan sedikit perbincangan telah dapat diperbaiki. Seterusnya kumpulan 4 telah menjalani beberapa kali lagi latihan tanpa kehadiran kami iaitu den dan Sdr. Ramli.

Sebelum balik, Ketua Kumpulan iaitu "The Iron Girl"(sengaja suntik semangat) telah meminta untuk mengadakan latihan lagi pada minggu depan iaitu hari Selasa 24 Mac; jam 4.00 ptg - 6.00 ptg. Pada keseluruhannya latihan Kumpulan 4 telah bertambah baik. Mungkin sekali lagi latihan, mereka mungkin tidak mengalami sebarang kesulitan dalam penerbitan akhir nanti, InsyaAllah.