Saturday, April 16, 2011

Skrip XPDC- siap sudahhh...

....entah bila lagi boleh masuk hutan simpan ukm ni...


Hari ini siap juga skrip Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Kekal UKM Bangi. Bagus juga hari cuti kerana cuti membolehkan kita menyiapkan apa yang perlu disiapkan. Ini lah Skrip yang berjaya ditulis.

"Dahulu Hutan Simpan Kekal Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi dikenali sebagai Hutan Simpan Bangi. Ia telah digazetkan sebagai sebagai hutan simpan dalam tahun 1906. Hutan simpan ini telah dibalak beberapa kali diantara tahun 1942 hingga 1960-an.

Hutan simpan ini telah diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk pembinaan kampus di bangi dalam tahun 1970-an.

Beberapa penyelidikan telah dijalankan oleh penyelidik di hutan simpan ini bagi mendapatkan data-data berkaitan hutan berkenaan. Kali terakhir penyelidikan dilakukan ialah dalam tahun 1991.

(ucapan Prof. Emeritus)

Ekspedisi saintifik Hutan Simpan Kekal UKM yang dijalankan dari 5 – 7 April 2011 mempunyai objektif untuk menyemak dan mendokumentasikan kepelbagaian biologi hutan berkenaan.

Disamping itu ekspedisi ini juga mempunyai matlamat untuk menyemai semanagt menghargai alam sekitar.

Ekspedisi ini juga dirancang sebagai salah satu cara untuk menyambut tahun 2011 sebagai Tahun Hutan Antarabangsa yang telah diistiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

(ucapan perasmian oleh dekan)

Dalam tahun 1993 Hutan Simpan UKM yang berkeluasan kira-kira 100 hektar ini telah digazetkan sebagai kawasan hijau untuk mengelakkan ia terus dihakis oleh pembangunan.

Hutan ini diletakkan di bawah ‘Program Pemuliharaan Hutan dan Landskap Mesra-Ekosistem UKM’ dalam tahun 1997.

Dalam ekspedisi ini terdapat 5 laluan telah diwujudkan bagi penyelidik untuk mencari dan mengambil sampel mengikut bidang kajian masing-masing. Laluan ini dipanggil sebagai rintis iaitu Rintis A, B, C, D dan E.

Rintis A bermula dari pintu masuk Jalan Bangi hingga ke Fakulti Undang-Undang yang mempunyai laluan sepanjang 1.15 kilometer.

Semasa ekspedisi kami mengikuti kumpulan yang memasuki laluan masuk berhampiran Fakulti Undang-Undang.

(suara penyelidik tumbuhan untuk antibiotic)

Di laluan ini terdapat pelbagai saiz pokok-pokok. Tumbuhan yang wujud di sini ialah rotan, paku pakis dan kulat.

(suara penyelidik antibiotic)

(suara penyelidik kulat)

Terdapat juga tumbuhan-tumbuhan lain di laluan ini seperti pokok Tongkat Ali, Tapak Sulaiman dan Panah Arjuna.

Kehijauan hutan kelihatan amat indah dengan disulami oleh flora di sana-sini.

Rintis B pula mempunyai jarak 1.29 Kilometer dan di rintis ini tidak kelihatan banyak ditumbuhi pokok-pokok besar.

Tumbuhan-tumbuhan rendah yang tumbuh di sini ialah paku-pakis dan kulat.

Rintis ini tamat di puncak Bukit Rupa yang mempunyai berketinggian 105 meter iaitu puncak yang tertinggi di hutan simpan berkenaan

Rintis D pula bermula dari Hutan Pendidikan Alam dan berakhir di Taman Paku Pakis UKM mempunyai panjang laluan 2.79 kilometer.

Rintis ini kurang mengalami gangguan dan terdapat tumbuhan termasuk Kacip Fatimah, Paku Pakis dan sepsis kulat.

Terdapat sebatang alur air di rintis ini. Kumpulan penyelidik serangga dan tumbuhan telah memasuki laluan ini.

Pada waktu malam kumpulan penyelidik untuk mencari katak dan ular telah memasuki laluan berkenaan. Tidak ketinggalan juga kumpulan penyelidik yang mencari haiwan kongkang.

(kata-kata Dr. Nurhayaty)

Terdapat juga beberapa sepsis serangga yang keluar pada waktu malam. Ketika melalui laluan ini seekor kura-kura juga telah dijumpai di sini.

Rintis terakhir ialah rintis E dimana panjang laluannya ialah 2.15 Kilometer. Laluan rintis ini bermula dari Hutan Pendidikan Alam hingga ke Kampung Bahagia di Bangi.

Laluan rintis ini terdapat lading kelapa sawit, kawasan paya, kawasan bukit, kawasan lapang serta alur air.

Terdapat pelbagai tumbuhan dilaluan ini seperti Tongkat Ali, sepsis kulat dan paku pakis.

Kumpulan penyelidik serangga telah memasuki laluan ini bertujuan untuk mencari sampel kajian mereka.

Dr. Fadzely Rahim seorang pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi telah menjelaskan berkaitan sepsis anai-anai.

(temubual Dr. Fazli)

Namun amat malang sekali di laluan ini terdapat beberapa batang pokok Gaharu telah ditebang oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Bahan daripada pokok ini amat penting dalam pembuatan minyak wangi. Harga bahan yang didapati daripada pokok ini boleh mencapai ribuan ringgit untuk satu kilogram.

Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Kekal Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah disertai oleh 80 orang penyelidik. Ekspedisi ini juga telah disertai oleh penyelidik dari luar Universiti Kebangsaan malaysia.

Kajian atau penyelidikan terakhir yang dilakukan terhadap hutan simpan ini ialah pada tahun 1991.

(ucapan Prof. Emeritus)

Dalam ekspedisi kali ini penemuan baru spesis kulat dan spesis burung telah dilakukan oleh penyelidik ketika ekspedisi selama 3 hari berlangsung.

(ucapan dekan)

Hutan simpan ini dikatakan mempunyai 600 spesis flora dan 800 spesis fauna.

Aktiviti penyelidikan hutan simpan ini sewajarnya dilakukan dari masa ke semasa untuk mendapatkan penemuan baru sepsis flora dan fauna untuk mengemaskinikan data-data yang sedia ada untuk faedah

pelbagai pihak."

daudmontakzakaria


Minggu ini sibuk dengan penulisan dan penyuntingan video EKSPEDISI SAINTIFIK HUTAN SIMPAN KEKAL UKM BANGI. Walau bagaimanapun skrip masih perlu diperhalusi dan penyuntingan masih perlu dikemaskan lagi. Apa2 pun sempat jugak aku membuat suntingan video berkaitan sebahagian XPDC berkenaan ketika penyelidikan dilakukan di laluan atau RINTIS E berkenaan yang turut kami sertai untuk tatapan pembaca semua.
Minggu ini juga kami sibuk dengan penyediaan kertas kerja untuk kami sampaikan dalam BENGKEL VIDEO MULTIPLE CAMERA PRODUCTION yang akan berlangsung pada hujung bulan APRIL ini. Bengkel selama 3 hari tersebut merangkumi kertas kerja dan juga latihan amali di STUDIO UKM di DECTAR. Jumpa kami di bengkel berkenaan, InsyaALLAH.

daudmontakzakaria