Saturday, April 25, 2009

Elemen-elemen dalam penerbitan video

Camcoder

Kamera studio televisyen

CCD

Studio pedestal

Pengarah: Ready Cam One, give me two shot of the singers...
Take Two...ops! sorry...

Elemen-elemen penerbitan yang asas adalah terdiri daripada kamera, lampu, audio, video tape recording, switcher. Apabila mempelajari berkaitan penerbitan televisyen, cuba perhatian operasi setiap elemen tersebut dan hubungannya dengan elemen yang lain termasuk krew yang mengendalikannya iaitu 'production team'. Sekarang kita perhatikan kepentingan setiap elemen dalam penerbitan tv.


1. Camera

Elemen penerbitan yang jelas dan nyata ialah kamera video. Kamera video terdiri daripada beberapa saiz dan rupa. Ada kamera video yang mudah dibawa dan boleh dikendalikan dengan seorang diri. Ada juga kamera yang berat dan memerlukan dua orang untuk mengangkatnya ke atas tempatnya yang khas. Tempat kamera yang khas tersebut membolehkan pengendalinya menggerakkan kamera yang berat dalam studio ketika 'on air'.

Kamera video yang 'portable' biasa digunakan untuk ENG atau electronic news gathering iaitu rakaman untuk berita. Kamera sebegini juga biasa digunakan dalam EFP atau electronic field production iaitu rakaman luar studio. Kebanyakan kamera video untuk ENG dan EFP adalah terdiri daripada 'camcorder' iaitu paduan diantara 'video camera' dan 'video recorder' dalam satu unit. Kamera video sebegini mempunyai kualiti visual yang tinggi, begitu juga dengan harganya hingga mencapai RM100 ribu lebih sebuah. Kamera video di studio kami berharga lebih kurang harga sebuah kereta Malaysia sebuah. Dalam studio rakaman di stesen televisyen tempatan pula harga sebuah kamera video bersama 'pneumatic pedestal' ialah lebih kurang RM1 juta ringgit.

Kamera video untuk studio televisyen pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, dan lens, kamera, dan viewfinder.


LENS

Lens, pada kemera mengarahkan imej kepada 'imaging device' yang menukarkan cahaya daripada imej kepada isyarat elektrik yang dikenali sebagai CCD. Semua kamera televisyen mempunyai 'zoom lens' yang membolehkan pertukaran yang licin dari wide shot kepada close up tanpa menggerakkan kamera ataupun subjek yang dirakam.


CAMERA

Kamera video direka untuk menukarkan imej optikal yang diarahkan oleh lens kepada isyarat elektrik yang dikenali sebagai 'video signal'. 'Imaging device' yang wujud dalam kamera video dan menukarkan optikal imej dikenali sebagai CCD atau 'Charge Couple Device'. Bila CCD menerima jumlah cahaya yang banyak ia akan menghasilkan isyarat video yang jelas. Tetapi apabila ia menerima cahaya yang sedikit, ia akan menghasilkan isyarat video yang lemah. Itulah sebabnya kita memerlukan cahaya yang cukup apabila membuat rakaman video.


VIEWFINDER

Viewfinder ialah sebuah televisyen kecil pada kamera video yang menunjukkan apa yang dilihat oleh kamera tersebut. Kebanyakan viewfinder kamera video, imej yang ditunjukkan adalah hitam putih. Ada juga yang berwarna yang membolehkan kita melihat keadaan sebenar visual yang di rakam.


MOUTING EQUIPMENT

Kamera 'portable' dibina untuk membolehkannya diletak di atas bahu ketika membuat rakaman. Akan tetapi untuk rakaman yang mempunyai jangka masa yang panjang akan menyebabkan beratnya dirasakan oleh jururakam video. Dalam keadaan ini sebuat 'tripod' amat diperlukan. Ia bukan saja untuk mengurangkan beban tetapi juga untuk mendapatkan rakaman visual yang 'steady' atau tidak bergegar melainkan jika kita memang membuat rakaman ketika gempa bumi berlaku. Kamera studio yang berat pula perlukan kepada penyokong yang khas yang dikenali sebagai 'studio pedestal'. Studio pedestal ini boleh dinaikkan dan diturunkan dan digerakkan dengan licin di atas lantai studio ketika 'on air'.

9 comments:

CikLieYzaOnline said...

den nk tanya 1 soalan..viewfinder tu mcm tv kecik2 yg kek stdio ekau tu ko?yg byk2 tu?hbs,yg tv bosa tu kan utk preview gak kan?tv bosa tu dipanggil viewfinder gak ke?

CikLieYzaOnline said...

tp kan,nape den xpenah tgk tv kecik2 tu digunakan pun?ms mcp pn xguna..masa ekau buek mcp yg fest apa tu yg mlm tu den pi tu...masa tu pn ekau xguna pun..

ukmstudio said...

Viewfinder terletak pada kamera video iaitu tempat kita melihat visual yang di shoot oleh kamera video. Bentuk yang macam tv tu, tempat kita meletakkan mata kita pada kamera video tu.

Tv kecik-kecik kat studio tu dipanggil 'monitor'. Monitor tu tujuannya ialah sebagai panduan sama ada gambar wujud atau tidak pada alat berkenaan contohnya ialah monitor kecik untuk Video Tape recorder.

CikLieYzaOnline said...

tp,tv yg laie kecik tu nape ekau xpenah guna pun?yg kecik2 tu..den xpenah nmpk ekau guna pun..

CikLieYzaOnline said...

yg tv kecik tu biasanya disambung kat alat apa?sbb masa den pi interview warna pic dulu,den ada masuk stdio dia.suasana lbh kurg mcm kat stdio ukm gak.tp,tv yg kecik2 tu byk kat ats tv besar.mksd den,monitor tu..tp,den xnmpk apa2 alat pun yg disambungkn kat monitor tu.monitor tu kecik je.sebesar gabungan kedua2 belak tapak tanga lbh kurang.

CikLieYzaOnline said...

*belah tapak tangan lbh kurang

ukmstudio said...

Laa...masa mcp dulu tak tanya habis2. Ingatkan semua dah faham...
Mula dari tangan kanan kita, tv yang kecil(4 buah) itu monitor untuk setiap kamera video(cam 1, cam 2, cam 3 dan cam 4). Tv besar pertama untuk program out, maksudnya apa2 video yg keluar kek situ bermakna ia dirakam iaitu hasil akhir. Tv besar kedua pula sebagai preview, yang boleh preview grafik jugak. Maknanya itu sebagai preview, ia bukan hasil akhir. TV yang besar lagi satu untuk preview VT yang dimainkan untuk VT lah. Dua tv kecil atas TV besar tu pulak satu untuk VTR recoder pertama dan satu lagi untuk VTR recorder kedua. Yang kita selalu guna VTR recoder kedua. Yang pengarah dok jerit "ready VTR for recording, roll vtr...". Bukan VT, yang vt tu pengarah dok jerit "Ready vt to roll montage, sound on tape...."
Macam mana boleh faham tak. Sebenarnya tiap studio lain aturan peralatannya contoh kalau studio tu guna 10 kamera, ini bermakna 10 monitor untuk kamera harus ada...

CikLieYzaOnline said...

Hehehehehe...
bkn xmau tanya masa mcp tp dh x timbul tanda tanya pun waktu tu.skang baru timbul persoaln ni bila terbaca apa yg ekau tulis tu.

Yg monitor besar den phm.yg kecik je den x phm.huhu.jap,den konfius ayat ekau ni.

"Yang kita selalu guna VTR recoder kedua. Yang pengarah dok jerit "ready VTR for recording, roll vtr...". Bukan VT, yang vt tu pengarah dok jerit "Ready vt to roll montage, sound on tape....""

apa mksd ni?xphm...
VTR dan VT ada beza ke?

huhu.ampun yo..konfius sikit...heee

ukmstudio said...

vtr untuk 'recording' sementara 'vt' untuk payback montage...