Wednesday, May 23, 2018

Sambutan 48 Tahun UKM dan BIcara...

Hari ni, Selasa, 22 Mei 2018...semalam aku cuti, hari ni aku keje...Tiba opis tengok
kat board ada satu tugas menunggu. Sampai opis baru tau ada
keje jam 10.00 pagi ni. Aku kena pi shooting
video dengan Saniy, staf
baru kami....

aku dan saniy...
pelancaran sambutan 48 tahun ukm

Aku kena pi shooting sebab
staf yang lain ada keje yang lain untuk dilaksanakan.
Tugas kami ialah rakaman video PELANCARAN SAMBUTAN 48 TAHUN
UKM dan BICARA PERSADA berkaitan selepas PRU 14.

bicara persada...


Namun begitu sebelum jam 10.00 pagi aku ada keje suntingan sikit untuk program
Keusahawanan Citra. Pihak Citra nakkan video panjang tu.
Jadi aku kena sunting dulu sebelum upload
YouTube. Versi pendek aku da
edit dan upload da...
Lebih sikit jam 9.00 pagi aku gerak ke persada canselori dengan Saniy.
Parking jauh sikit kemudian kami menapak. Tiba di persada
terus cari lokasi untuk letak kamera.
Lokasi dijumpai...terus
letak tripod dan letak kamera.
Audio amik dari mixer persada dan kabel dipasang oleh Saniy.
Tiba muncul pulak PTM minta output untuk disalurkan ke live streaming ukm.
Baru kat sini tau ada streaming. Bila ada streaming keje kamera agak terhad sikit.
Untuk move kamera pon kene perlahan lahan untuk tidak kelihatan tak
cantik bila ditonton oleh penonton semasa live. Tapi aku
move pantas gak untuk tidak tertinggal shot..huhuhu..

Apa boleh buat la.............


Majlis pertama yang kami rakam ialah
Majlis pelancaran 48 tahun ukm. Program tersebut lebih
kurang dalam sejam kut. Ia dipenuhi dengan ucapan NC dan penyampaian
watikah perlantikan ketua ketua kra dan sebagainya...aku
da lupa da acara yang lain lain tu....................
Kemudian diadakan pula program
bicara persada yang ahli panelnya terdiri daripada
wakil exco pemuda umno, wakil pakatan harapan, dan profesor profesor dari ukm.
Program tersebut membincangkan hala tuju selepas PRU Ke 14.
Ramai yang hadir...penuh dewan kerana topik ini
menarik selepas kerajaan baharu
terbentuk setelah kekalahan kerajaan lama yang telah mentadbir
Malaysia selama lebih kurang 60 tahun. Sekarang
ni kerajaan baharu PAKATAN HARAPAN
yang mentadbir negara....
Rakaman berkenaan aku lakukan sehingga selesai bagi memudahkan
untuk aku sunting nanti....huhuhu...
SITI SURAYA SULAIMAN dari unit sosial media jugak buat
live kat fb universiti kebangsaan malaysia......
Nanti bila dah siap edit aku akan upload ke YouTube...nanti boleh lah ditonton eaaa...

Sekian...

daud.montak.zakaria