Tuesday, April 10, 2018

Masuk Hutan UKM...

Hari ni, Isnin, 9 April 2018, aku masuk Hutan UKM bersama staf Pusat Komunikasi
Korporat UKM yang lain. Ini merupakan satu program hidup sehat. Sebenarnya
aku terlepas pandang program ni...jadi aku datang opis
seperti biasa dengan pakaian opis la.


Sedang aku tulis skrip Pos Gob
sdr. KAMARUL datang bilik tanya sama ada
aku masuk hutan atau tak hari ni....laaa...aku kata aku tak tau.
Jadi aku pun mulanya taknak la pegi sebab baju yang sesuai takde. Namun aku tengok
dalam beg aku ada selai baju T yang pernah aku letakkan dalam beg aku untuk
program stayback yang lalu. Jadi aku pun terus pakai dan
aku jugak pi amik kamera video untuk buat
rakaman program tu walaupun aku tak perlu pun untuk buat rakaman berkenaan.



Akhirnya aku pi naik kete dengan sdr. RAMLI. Tiba di pintu masuk Hutan Simpan
di jalan menuju fakulti undang undang tu, maka kami pun berhenti.
Da ramai yang menunggu di sana. Keluar kete
dan duk sama sama dia orang
untuk menunggu 
staf yang akan menjadi jurutunjuk kami
masa dalam hutan nanti. Tak lama kemudian staf berkenaan tiba dan 
dia beri sedikit taklimat sebelum masuk hutan. Sebelum tu sesi 'strething' diketuai oleh syafa dibuat supaya mana2 yang ketat tu akan jadi longgar sebelum masuk
 hutan. ....ekekeke..



Bila semua da sedia kami pun mula masuk utan tu.
Mula mula dah mendaki, agak tinggi gak rasanya. Pendakian ini pun macam
panjang je...rasa tak sampai sampai pulak. Masa pendakian aku buat rakaman semua
yang aku nampak termasuk semasa jurutunjuk menjelaskan jenis tumbuhan
kepada peserta. Jurutunjuk berkenaan aku kenal...En. Ruzi dari
FST UKM.



Akhirnya kami tiba di Puncak Bukit Rupa.
Di sini ada yang berselfie reramai. Akhirnya aku buat rakaman
dia orang menjerit kami da tawan Bukit Rupa....huhuhu...Kemudian kami meneruskan
perjalanan. En. Ruzi masih meneruskan tugasnya menjelaskan jenis tumbuhan
yang dijumpai termasuk pokok Tongkat Ali yang penuh khasiat tu...
.......huhuhu...



En. Ruzi juga menjelaskan berkaitan getah dan
pokok Jelutung. Aku rakam semasa saudara KAMARUL merasai
getah jelutung tu....dia kata lemak dan kelat rasanya. Kami meneruskan perjalanan
dan banyak jugak pokok pokok balak yang masih wujud dalam hutan berkenaan.
Banyak jugak pokok pokok renik yang diberitau termasuk
lobak nabi dan sebagainya.



Kami meneruskan perjalanan
sama ada mendaki pendakian yang menegak serta menuruni
lembah yang curam....termengah mengah jugak aku rasa...nampaknya aku memang
suda tua...dan...keputusan untuk pencen awal yang aku buat tu jelas
tidak tersilap...ekekeke...



Kami juga melintasi anak air....
nampak macam jernih je....tak tau ada ikan atau tak sebab semak dan payah nak rakam kalau ada anak ikan atau tidak.....dan...kami teruskan perjalanan
hingga ke hujung di mana di seberang hutan tu merupakan kawasan Southville
City iaitu kompleks perumahan berhampiran jalanraya ke Bangi. 
Akhirnya berhampiran pohon sebatang pokok balak
aku rakam mereka bersorak beramai ramai....

selesai daaaa...


Kami akhirnya balik ke Bukit Rupa melalui jalan yang kami
lalui tadi. Hampir jam 12.00 tengah hari kami keluar daripada Hutan Simpan
UKM berkenaan. Sebenarnya kali terakhir aku masuk ke Hutan Simpan ini pada tahun
2011 kalau tak silap. Anda semua boleh tonton videonya di

SINI


*sorry arrr...semua foto ada muko aku...huhuhu...

Sekian.........................


daud.montak.zakaria