Tuesday, August 19, 2014

forum...pentauliahan dan...sambutan raya...

MINGGU NI,kami mempunyai beberapa tugas rakaman yang telah kami
selesaikan. 18 Ogos 2014, jam 7.00 malam kami
membuat rakaman MCP Forum 
Perdana Kor SISPA.
Rakaman tersebut kami lakukan di
Masjid UKM. Perseiapan aku buat lebih kurang jam
3.00 petang hingga selesai....ada sedikit masalah teknikal di sini, 
namun ia tidak menjejaskan kerja rakaman dan perjalanan program.....







Aku akan uploadkan ke youtube FORUM ini apabila telah aku siapkan nanti,
sekarang masih dalam proses. Perlu dilihat kerana salah seorang
penceramah ialah USTAZ KAZIN ELIAS.....

Rakaman MCP kedua ialah MAJLIS PENTAULIAHAN PANGKAT
& PENYAMPAIAN WATIKAH PEGAWAI KADET SISPA
di DECTAR. Program bermula jam 10.30 pagi
namun persiapan alatan telah kami
buat sejak jam 8.00 pagi lagi...
Siap suntingan nanti akan aku upload kan ke
youtube....tontonlah kalau nak.............................................
21 Ogos ni pula kami akan membuat rakaman MCP Sambutan
Hari raya UKM di DECTAR. Harap ramai krew yang datang membantu...






Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang bertugas 
termasuk HAJI SULIMI yang membantu kami semasa rakaman
Majlis Pentauliahan Kor SISPA...........

....sekian dan terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria

Saturday, August 16, 2014

EMERGING MARKETS BUSINESS CONFERENCE

12 OGOS 2014, KAMI membuat rakaman MCP 'EMERGING MARKETS BUSINESS
CONFERENCE' di Persada Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini adalah anjuran FEP - GSB UKM.
Antara penceramah yang memberi ceramah ialah Tun Mahathir sebagai Keynote Adress
serta Tan Sri Datuk (Dr.) Mustapha Kamal dari M K Land Holdings. Tontonlah video
mereka di bawah...kalau nakkk......








Terima kasih kepada semua krew yang bertugas iaitu sdr. SHAHRUL, 
KAMARUL, JASRIL, RAMLI & HAJI IZAD.

.......sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Saturday, August 9, 2014

shOOtiNG prOGram PPA UKM>

HARI ini, JUMAAT, 8 Mei 2014, kami membuat shooting program Pusat
Perkembangan Akademik UKM. Lokasi shooting kami ialah di
Pusat Kebudayaan UKM di Dectar dan juga
di kedai mamak di Bandar Baru Bangi.

dectar
dectar
dectar
Shooting di Dectar UKM dibuat pada sebelah pagi iaitu bermula pada jam
8.30 pagi. Shooting tamat pada jam 12.30 tengah hari.

dectar
dectar
dectar
Shooting di Kedai Mamak di Bandar Baru Bangi pula dilakukan pada jam 8.00
malam dan tamat pada jam 11.00 malam lebih kurang..

photo by hazrul abdul halim
kedai mamak seksyen 15 bandar baru bangi
kedai mamak seksyen 15 bandar baru bangi
kedai mamak seksyen 15 bandar baru bangi
tamat shooting...makan-makan...
Ini merupakan babak yang terakhir dan selepas ini tiada lagi shooting program berkenaan.
Aku akan siapkan proses suntingan offline, sementara proses suntingan
online akan dibuat oleh pihak lain....Aku biarkan foto2
 ini bercerita semahunya...........

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
iaitu sdr. SHAHRUL, RAMLI, JASRIL, KAMARUL dan 
HAJI IZAD......................................

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria