Friday, December 25, 2009

Pengendalian Kamera Studio


Pengendalian Kamera Studio:

Perbezaan yang jelas diantara pengendalian kamera ENG/EFP(EFP: Electronic Field Production/ Electronic News Gathering) dan kamera studio ialah kamera studio biasanya diletakkan di atas alat penyokongnya seperti padestal. Studio kamera lebih mudah dikawal kerana semua pelarasan telah dilakukan oleh 'Video Operator' melalui alat Camera Control Unit(CCU)



Sebelum Rakaman atau Penerbitan dalam studio:

-Pakai 'headset' dan periksa sama ada sistem 'intercom' berfungsi atau tidak. Jurukamera sekurang-kurangnya boleh mendengar arahan Pengarah Studio.

-'Unlock' alat makanisma untuk 'pan' dan 'tilt' pada 'head' tripod atau padestal. Periksa sama ada kamera video dalam keadaan seimbang(balanced) di atas tripod atau padestal.

-Pastikan panjang kabel kamera mencukupi untuk menggerakkan kamera. Pastikan juga kabel kamera tersebut dipasang kemas.

-Periksa zoom lens kamera sama ada lancar atau tidak. Begitu juga periksa 'focussing' kamera.

-Jika 'teleprompter' disambungkan pada kamera, pastikan semua sambungan sempurna.

-'Lock' kembali kamera sebelum meninggalkannya pada tripod walaupun untuk jangka masa yang singkat.

-Pasangkan 'cap' pada lens kamera jika ingin meninggalkan kamera dalam waktu yang lama.

Semasa Rakaman atau Penerbitan:

-Pakai 'headset' untuk berhubung dengan krew penerbitan yang lain terutama untuk mendengar arahan daripada Pengarah Studio

-Pastikan visual dalam keadaan sentiasa 'focus' sepanjang rakaman walau di mana posisi dan jarak kamera dari subjek yang dirakam. Mahirkan diri dengan segala kemudahan pada kamera berkenaan.

-Jika membuat 'focussing' pada manusia, tumpukan kepada mata atau rambut subjek berkenaan untuk menentukan 'sharpness' subjek tersebut.

-Pergerakkan 'dolly in' dan 'dolly out' akan lebih licin dengan alat penyokong yang lebih berat seperti padestal. Dalam keadaan ini lantai juga mestilah rata.

-Semasa rakaman, jurukamera sentiasa awasi aktiviti lain di sekitarnya seperti kedudukan kamera lain, kedudukan 'tv monitor', kedudukan mikrofon dan sebagainya termasuk krew dan talent yang berada di 'studio floor'. Seorang Floor Manager yang baik akan membantu membersihkan laluan gerakan kamera dan mengelakkan jurukamera daripada terlanggar sesuatu dengan menepuk bahu jurukamera berkenaan.

-Pada umumnya mata jurukamera mesti sentiasa berada pada viewfinder kamera.

-Pastikan 'tally light' padam sebelum mengalihkan kamera ke posisi lain. 'Tally light' yang menyala menunjukkan 'shot' anda masih dalam keadaan 'on air'.

-Semasa 'rehearsal' atau raptai beritahu kepada 'Floor Manager' atau 'Pengarah' segala masalah yang timbul seperti peralatan yang tidak sempurna dan juga yang berkaitan gerakan kamera dan sebagainya.

-Jika rakaman menggunakan 'shot sheet' pergi kepada shot yang berikutnya sebelum mendapat arahan daripada Pengarah Studio

-Tandakan kedudukan kamera yang agak kritikal dengan 'masking tape' di lantai.

-Sebagai jurukamera, dengar dengan teliti segala arahan Pengarah Studio kepada jurukamera dan juga kepada krew yang lain. Dengan ini shot-shot jurukamera boleh diselaraskan dan juga untuk mengelakkan shot-shot yang sama saiz dan sebagainya.

-Elakkan daripada berkata-kata perkara yang tidak perlu melalui 'intercom'.

Selepas Rakaman atau Penerbitan;

-Setelah tamat rakaman tunggu arahan 'all clear' daripada Pengarah Studio sebelum kunci(lock) kamera tersebut.

-Letakkan lens cap pada lens kamera.

-Gulung kabel kamera dengan kemas.

-Alihkan kamera pada sudut yang selamat atau di tempat kamera sepatut diletakkan.

* Photos from Google Images.
daud montak zakaria...