Monday, August 13, 2012

MCP Terakhir untuk PElaJAR LI.....

......tontonlah rakaman TERAKHIR MCP PELAJAR LI ini...

 ...bersedia untuk 'on air'.....

13 OGOS 2012; kami membuat rakaman Multiple Camera Production atau lebih
popular dengan panggilan MCP yang TERAKHIR untuk PELAJAR
LATIHAN INDUSTRI di PENERBIT UKM.
Kali ini BICARA SANTAI MUSLIM di 'hos' kan oleh Ustaz Pian dan
tetamunya ialah Ustaz Areef.

 ....hos dan talent sedang bersedia di Studio Floor..

Sebelum itu rakaman suara latar untuk penerbitan video Single Camera Production
atau SCP telah dibuat di BILIK RAKAMAN AUDIO. Suara latar atau 
narrator tersebut adalah untuk penerbitan video
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
di MORIB SELANGOR.
Suara Ustaz Areef telah digunakan
setelah suara Pelajar LI yang lain telah diuji, nampaknya
suara Ustaz Areef lebih sesuai.

 .....monitor dalam bilik kawalan video..

Berbalik kepada cerita MCP, sebaik selesai rakaman suara latar, maka rakaman MCP
pun dijalankan. Mereka dibenarkan untuk membuat raptai
selama lebih kurang 10 minit sebelum rakaman
sebenar dilakukan.

 ....di studio floor...
*foto Farah Nadia, tq

Rakaman MCP tersebut telah dijalankan dengan licin tanpa sebarang masalah.
Pada pandangan peribadi aku, mereka sudah memahami dengan lebih
baik dalam kerja penerbitan MCP sama ada
secara langsung atau MCP
yang dirakam sebelum
ditayangkan kemudian selepas disunting.

 ....untuk ingatan..
*foto Farah Nadia, tq

Rakaman tersebut mengambil masa selama lebih kurang 30 minit iaitu masa yang telah
diperuntukkan untuk program ini. Kami bahagikan kepada 3 bahagian
dan setiap 10 minit akan dimasukkan iklan

 ....untuk nostalgia masa depan...
*foto Farah Nadia, tq

Sebelum bersurai, foto-foto untuk kenangan di masa akan datang telah dirakam
di STUDIO FLOOR. Rasanya perlu jugak rakaman foto ini untuk
kenangan masing-masing. Mungkin untuk masa yang 
terdekat ia tidak perlu namun setelah
berpisah tentu ia amat bernilai
untuk dikenangkan...maklumlah suasana ini
merupakan rakaman MCP yang terakhir buat mereka di STUDIO UKM....

....bye...bye...

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada semua KREW dan 
kepada semua PELAJAR LI aku ucapkan terima kasih jugak serta maafkan
kami semua dalam segala perkara yg menyinggung sanubari selama 
kita melakukan tugas rakaman MCP di
STUDIO UKM.
Diharapkan segala pengetahuan kami
yang tak seberapa ini, yang telah kita kongsikan bersama
mampu memberi manfaat kepada kalian semua selepas Latihan Industri ini
nanti................................................

....terima kasih kerana sudi membaca......
DAUDmontakzakaria.