Apakah ‘penyuntingan video’
Penyuntingan video adalah satu proses memanipulasi
dan mengatur shot-shot video untuk membentuk sebuah hasil penerbitan yang baru.
Penyuntingan biasanya dianggap sebagai satu bahagian daripada proses ‘post
production’. Kerja-kerja lain dalam proses ‘post-production’ ialah color
correction, sound mixing dan lain2 lagi.
Penyuntingan bermakna;
- mengatur, menambah dan/atau membuang
bahagian-bahagian video clips dan/atau audio clips.
- membuat color correction dan sebagainya.
- meletakkan atau membentuk ‘transitions’ di antara ‘clips’
Tujuan penyuntingan;
Terdapat beberapa sebab untuk menyunting video dan
ia bergantung kepada sasaran yang nak dicapai. Sebelum mulakan suntingan,
perhalusi tujuan kita menyunting. Ini termasuklah:
-
membuang ‘footage’ video
yang tidak diperlukan, iaitu perkara yang biasa dalam kerja penyuntingan.
-
memilih ‘footage’ yang
terbaik, iaitu kita biasanya merakamkan banyak ‘footage’ atau membuat banyak
shor-shot untuk sesuatu subjek. Oleh itu kita akan memilih hanya satu shot yang
terbaik ketika proses suntingan.
-
mencipta jalan cerita, iaitu
kebanyakan video mempunyai tujuan seperti bercerita atau pemberi maklumat.
Proses suntingan merupakan langkah untuk memastikan jalan cerita mencapai
tujuan yang dikehendaki.
-
memasukkan ‘effects’,
grafik, muzik dan lain-lain, iaitu untuk menjadikan video tersebut
lebih
sempurna dan kemas yang menarik bila ditonton.
Jenis-jenis cara menyunting video;
Terdapat beberapa cara untuk menyunting video. Namun
cara terkini ialah penyuntingan digital ‘non-linear’.
Cara menyunting yang paling awal ialah menyunting
filem. Cara menyunting filem ialah dengan memotong dan mencantumkan filem
menggunakan peralatan khusus untuk menyunting filem.
Cara kedua ialah ‘linear editing’ yang merupakan
proses menggunakan peralatan menyunting video yang telah dirakam dengan
menggunakan pita-pita video sebelum terciptanya computer dalam tahun 1990-an.
Proses suntingan ini dipanggil ‘linear’ kerana ia
mesti dilakukan secara linear iaitu visual di sunting mengikut urutan cerita
yang telah ditulis skripnya dari shot pertama hingga shot terakhir. Jika cerita
atau skrip diubah adalah mustahil bahan-bahan yang telah disunting untuk
disunting kembali. Oleh itu perancangan yang sempurna mesti dibuat sebelum
proses penyuntingan dilakukan.
Penyuntingan digital atau non-linear. Cara ini semua
footage video yang telah dirakam dimasukkan kedalam computer. Proses ini
dikenali sebagai ‘captured’ atau ‘digitise’ dengan menggunakan perisian khusus
untk penyuntingan video. Hasil suntingan akhir boleh disimpan kembali dalam pita
atau dalam disc atau hard disc. Penyuntingan non-linear mempunyai banyak
kelebihan jika dibandingkan dengan penyuntingan ‘linear’. Suntingan dalam
bentuk ‘linear’ sukar untuk diubah jika terdapat sebarang perubahan yang ingin
dibuat kepada cerita yang hendak disunting. Cara penyuntingan ‘non-linear’
memang sukar dipelajari namun apabila kita telah mahir, ia akan menjadi lebih
mudah dan lebih cepat.
Penyuntingan secara ‘live’ pula merupakan satu
proses penyuntingan dalam rakaman video multiple camera production. Peralatannya
merupakan peralatan yang mampu untuk membuat rakaman secara ‘live’ serta
penyuntingan secara ‘live’. Conton seperti rancangan televisyen secara ‘live’
yang sering kita tonton.
* pic. by google image.
...terimakasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment