Tuesday, October 23, 2012

HAri terAkhir koNVO UKm sidANG 7 & 8

HARI ini, 23 OKTOBER 2012, kami membuat rakaman hari terakhir majlis
konvokesyen ukm ke - 40 di DECTAR..

AJK rakaman mcp konvo ukm ke 40 2012


Awal pagi lagi kami dah siapkan semua peralatan rakaman MCP iaitu sebelum jam 
7.00 pagi lagi.


Selesai peralatan dipasang kami bersarapan pagi di tingkat atas. Memang setiap pagi
krew akan makan di situ. Hari ini aku turut serta. Tu lah makanan
yang aku makan....agak2 berat dak makanan ini..


...ni dia teman aku sarapan pagi......


Selesai sarapan semua krew masuk ke studio, menunggu masa majlis bermula
iaitu pada jam 8.30 pagi, perarakan graduan masuk ke dewan...
Sebenarnya krew video yang terlibat ialah lebih
kurang 40 orang semuanya....



Sidang 7 bermula jam 8.30 pagi dan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari.
Seperti biasa semua pi makan tengah hari.... 


Selesai makan, masing-masing berehat di studio ukm, menunggu masa majlis bermula 
jam 2.00 petang..........


Biasalah bila waktu rehat....................................


Jam sebelum 2.00 petang, masing-masing dah bersedia untuk rakaman majlis yang
akan bermula....


Dalam konti pun sudah bersedia untuk melaksanakan tugas mereka.....namun
'posing' tetap tak tinggal....


Turut berada dalam konti ialah boss kami prof. kamaruddin m. said, yang
sentiasa berada di studio ukm terutama semasa ucapan naib 
canselor...............


Dalam dewan jugak, jurukamera sentiasa bersedia memberikan shot-shot yang
diminta oleh pengarah studio dalam konti...


Selepas perarakan graduan, perarakan besar pula serta perarakan pro canselor...


Memang jurukamera sentiasa bersedia. Setiap detik amat penting dan setiap ketika
perlu berwaspada.....

 ....foto rakaman siti suraya...tq

Aku pula mengambil kesempatan untuk mengendalikan kamera dua. Ini bukan bermakna
tiada lagi jurukamera lain...tapi aku ingin turut sama supaya skill aku tidak
hilang begitu saja sebagai seorang jurukamera mcp.


Dalam studio juga masing-masing memberi tumpuan yang penuh ke screen monitor.
Namun sempat jugak memberikan posing masing-masing...


Aku mengendalikan kamera selama 1 jam sahaja sebelum diambilalih oleh sdr. bukhari. Sempat jugak aku
mengendalikan kamera hingga ucapan naib canselor berakhir.... Rakaman berkenaan tamat
lebih kurang jam 5.00 petang. Selepas selesai kami mengemaskan semua 
peralatan mcp sebelum pulang. Tugas tersebut tamat
pada jam 6.00 petang lebih kurang.

......foto hidayah...tq dayah...

Satu lagi....semasa kami membuat rakaman, tan sri naib canselor datang melawat ke
studio untuk melihat tugas yang kami jalankan bersama krew pusat
teknologi maklumat.............
Akhirnya aku ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
tanpa kecuali. Tanpa anda semua tentu sukar untuk melaksanakan
tugas yang sebegini besar di ukm. Aku jugak ingin minta maaf jika ada terdapat
kata-kata aku yang melukakan atau mengguris hati sesapa pun...
Harapan aku jugak kita akan dapat berjumpa lagi
di masa akan datang iaitu tahun
2013 nanti.....
.....sekian dan terima kasih kerana membaca.....
DAUD.montakzakaria.