Wednesday, May 6, 2009

Lata Jarum, sekali lagi kami datang....


Dari kiri; DAUD MZ, PROF. DR. JUMAAT ADAM, RAMLI ADNAN,
EN. MOHD SHUKORI & di belakang , EN. ALI IMRAN.

Pelajar pasca-siswazah Fakulti Sains dan Teknologi UKM

Pakma belum berkembang

sungai di tengah rimba

Inilah Bunga Pakma 6 kelopak yang dijumpai
di Lata Jarum, Raub, Pahang.

Pakma?. Oooooooooooo....Rafflesia...

Hari ini, kami yakni aku dan sdr. Ramli akan berkunjung lagi ke Lata Jarum, Raub, Pahang. Tujuan kami berkunjung ke lata berkenaan adalah sama seperti kunjungan kami sebelum ini iaitu membuat rakaman video Bunga Pakma atau Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia dan sedang berkembang dikala ini di lata tersebut. Apakah keistimewaan Bunga Pakma kali ini?


Jam 8.00 pagi, 6 Mei 2009 kami mula bergerak dari bangunan Pusat Penerbitan dengan menumpang kenderaan Encik Ali Imran, kakitangan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Seterusnya kami menuju ke rumah Prof. Dr. Jumaat Adam yang kami panggil PROF. J di Bandar Baru Bangi. Setelah mengambil Prof. J, kami meneruskan bergerak menuju Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang.


Sebelum kami melepasi bandar Raub, kami singgah di sebuah medan selera untuk mengisi perut kami yang kosong sejak pagi lagi. Di situ jarum jam hampir menunjuk angka sebelas pagi. Selesai makan dan bersembang hal-hal semasa, kami pun meneruskan perjalanan dan sebelum tiba di Hulu Dong, kami berjumpa dengan Encik Mohd. Shukori, Ketua Unit Renjer Hutan yang berpejabat di Hutan Lipur Lata Jarum. Perjumpaan tersebut sebenarnya secara kebetulan yang dirancang.



Tiba disebuah gerai kami semua singgah untuk minum serta berbual santai di situ buat seketika. Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju Hutan Lipur Lata Jarum bersama Encik Mohd. Shukori. Kami berehat sebentar di situ sementara menunggu 5 orang pelajar pasca siswazah FST yang akan turut serta dalam kunjungan untuk melihat Bunga Pakma itu. Seketika kemudian mereka pun tiba dengan menaiki sebuah kereta proton Waja.


Selepas berehat sebentar di pejabat En. Shukori, maka kami pun bersedia untuk memasuki hutan lipur berkenaan dengan dipandu oleh En. Mohd. Shukori sendiri. Segala keperluan yang hendak dibawa telah disiapkan. Bagi kami, tentulah kamera video, lampu, tripod serta bateri. Kumpulan pertama yang terdiri daripada Prof. J serta pelajar perempuan atau wanita?, terlebih dahulu dibawa dengan jeep oleh En. Mohd. Shukori untuk memasuki hutan tempat memulakan perjalanan.


Giliran kami tiba selepas itu...
Seperti biasa perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda menuju ke lokasi berkenaan bukanlah mudah. Kami seperti berada dalam sebuah kenderaan rally merentasi hutan dengan permukaan tanah yang penuh dengan lubang dan permukaan tanah yang tidak rata. Persis seperti yang kita sering lihat di kaca tv. Akhirnya tiba juga kami di lokasi berkenaan setelah puas di ambung-lambung oleh jeep En. mohd. Shukori.


Setelah semua berkumpul, maka perjalanan memasuki hutan pun dimulakan.
Perjalanan meredah dan mendaki, menyelit di celah-celah batu serta merentas anak-anak sungai memang memerlukan tenaga serta mesti berhati-hati. Sambil merentas hutan, apa saja yang terlintas untuk dirakam, akan aku rakamkan. Aku secara bergilir-gilir membuat rakaman berkenaan. dengan sdr. Ramli. Tidak kira batang pokok, daunan, flora, akar-akar serta aliran anak sungai, semuanya kami rakam.


Akhirnya kami tiba di lokasi sekuntum Bunga Pakma yang sedang berkembang yang menjadi tugas utama kami untuk dirakam. Sebelum kami mula membuat rakaman kami meminta sesiapa yang hendak merakam bunga berkenaan dengan kamera foto, mereka boleh merakamkannya sebelum kami pula menjalankan tugas kami.
Setelah selesai tugas mereka, kami pula mengambil giliran untuk membuat rakaman. Selepas perbincangan ringkas secara spontan dibuat dengan Prof. J, maka kami pun memulakan tugas kami. Kami membuat rakaman ketika Prof. J memberi penjelasan tentang bunga berkenaan.


Bunga Pakma kali ini merupakan Pakma yang istimewa kerana ia mempunyai 6 kelopak. Menurut En. Mohd. Shukori, inilah kali pertama beliau menemui Pakma dengan 6 kelopak di Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang ini. Disebabkan cahaya agak suram kerana dilindungi daun-daunan pokok di ataskepala kami, kami pun terpaksa menggunakan lampu yang kami bawa bersama. Imej akan bertambah jelas dan lebih menarik jika ia disinari cahaya. Selesai rakaman, bunga Pakma tersebut telah diambil dengan hati-hati untuk dibuat kajian.Seterusnya kami bergerak pula ke satu lagi lokasi untuk membuat rakaman bunga Pakma yang telah menjadi kehitaman kerana telah layu.


Sama seperti sebelum ini, setelah selesai kami pun bergerak keluar dari hutan tersebut. Kami telah berada di hutan itu sejak dari jam lebih kurang 3.00 petang waktu tempatan dan keluar lebih kurang jam 6.o0 petang. Esok, yakni pada 7 Mei 2009 pula kami akan menyambung rakaman di lokasi yang lain pula.

13 comments:

CikLieYzaOnline said...

den nk golakkan org buek kali terakhir..muko prof yg pegang pakma tu mcm kelakar je den rasa.hahahahahahaha.mcm mr bad dot..dot..dot je den rasa.hahahahaha.
comel je.hahahaha.

kedua,
den heran ni.pakma ni tumbuhnya kat mana?napa prof tu leh pegang rilex je?xde akar ke yg mncantum ia dengan batang atau akar.main tumbuh sesuka hati ke dan org pun leh amik ubah2 kedudukan dia ke?konpius den ...ke pakma tu dh dicabut dari akarnya?

daud.montak.zakaria said...

Sebagai respon soalan hang...BIARLAH IA JADI RAHSIA....

CikLieYzaOnline said...

bkn ke ada seorg kwn yg pernah berpesan suatu ketika dulu di sebuah taman permainan...

"kalo kita x kedekut ilmu pengetahuan, besar berkatnya dot..dot..dot (namo org).."

kan..kan..kan...

daud.montak.zakaria said...

Bunga Pakma ni merupakan bunga yang menumpang pada perumah. Ia melekat pada akar yang namanya den pun lupa. Ia hanya boleh tumbuh pada satu jenis akar sahaja. Ia tumbuh melekat pada akar tersebut tapi akarnya den pun tak nampak. Bermula dari putik hingga berkembang penuh, ia mengambil masa selama sembilan bulan, macam manusia mengandung. Ia akan berkembang lebih kurang lima hari sahaja. Ia akan layu menjadi hitam antara tiga hingga lima hari. Bau bnga ini amat busuk.

daud.montak.zakaria said...

Pembetulan

"tapi akar bunga Pakma tu pun den tak nampak.."

CikLieYzaOnline said...

maknanya yg prof tu pegang,dah kena cantas dari akar la tu???

CikLieYzaOnline said...

satu lagi..
jap..nak tergolak lak...
hahahahaha...
nk berahsia sangat ngn den kan...
hahahaha...
len kali jgn rahsia sbb kato2 tu ado sorg kawan den yg pesankan..
itu adalah ayat keramat utk mmbuatkn seseorang mmbuka zip tangan utk berkata2,..
heeeeeeee

azie2121 said...

apa kepentingan amnik pakma tu dari tempatnya? xleh tengok mende tu senanglenang kat situ ek?mende tu rare so biarkan je la. nnt dh pupus kita gak komplen padahal kita gak mengangkat dari tempatnye. just because dia tumbuhan dan takleh merungut, respect la skit. dhla masuk hutan pakai 4wd menghentak sana menghentak sini, pi angkat plak mende tu. mentang2 la mende tu xleh melawan. respectla sikit. tu la kadang2 kita ni blajo tinggi menggunung tapi... xyah cite la. dlm hadis pun kalau tak silap aku HARAM membunuh atau merosakkan sesuatu benda hidup tanpa sebab yang KONKRIT. kalau setakat nak amik gambo pegang pakma, xyahla bang.

azie

daud.montak.zakaria said...

Dia orang ambil sebab untuk dibawa ke makmal untuk dibuat kajian. Banyak lagi rahsia pakma tak dapat dihuraikan lagi. Satu lagi, kajian tersebut dilakukan untuk mengkaji sama ada bunga tersebut boleh ditanam diluar hutan ataupun tak boleh..Bukan untuk suka2...jangan cepat bersangka buruk.....

daud.montak.zakaria said...

Eloklah azie2121 datang sendiri ke Lata Jarum tu. Sebenarnya bunga tersebut dijaga dengan baik oleh Renjer Perhutanan. Pengkaji cuma datang dan ambil sampel untuk tujuan kajian. Kalau tak dikaji macam mana kita nak tau hal berkaitan tumbuhan tersebut.Orang Melayu ni malas mengkaji, itulah sebab bangsa kita tak kemana. Dengan sikap Melayu malas mengkaji, orang ambil kesempatan, dia datang kesini dan kaji semua hak bangsa kita di sini. Dia juga curi tumbuhan tersebut dan cuba ditanam di negara dia. Kita hanya tenganga je macam bayi baru lahir...

azie2121 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
daud.montak.zakaria said...

Untuk azie2121, pegilah ke blog http://latajarumrenger.blogspot.com/ tanyalah en syukri tu, dia yang bertanggung jawab menjaga bunga pakma tu...persepsi sdr/sdri bahawa orang bijak merosakkan tumbuhan sebenarnya tak tepat. Yang merosakkan tumbuhan sebenarnya orang ramai yang bukan berpendidikan tinggi pun. Di lata jarum tu yang mengambil bunga paqkma untuk perubatan tradisional ialah orang ramai. Kalau renjer perhutanan tidak menjaganya sudah lama bunga2 tersebut di ambil semuanya untuk dijual untuk dibuat ubat tradisional. Apa2 pun cubalah tanya sendiri ket renjer berkenaan. Saya nak tanya mengapa blog hang kosong je, bimbang dikenali ke. janganlah bersikap seperti peribahasa Melayu, 'baling batu sembunyi tangan'. Awak pun punyai sikap yang tak telus....

Unknown said...

salam, xsangka ya, ada bunga pakma ni kat kat lata jarum, kawan mcm xcayer .. rupa2nya benar2 ada!