Tuesday, June 25, 2013

sELaMaT DaTaNg.....


video hiasan...

25 JUN 2013
Da seminggu mereka di sini baru nak buat entry....mereka masuk pon aku masih
bercuti kerana bercinta dengan penyakit mata......

selamat datang...(foto amik dari sdr. KAMARUL)
HARI ini, aku nak menulis lagi perkara yang bukan berkaitan tugas tapi 
berkaitan dengan unit ini. Seminggu yang lalu kami menerima
dua orang PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
dari POLITEKNIK di Perlis. 
Mereka akan mengikuti 
latihan industri di bahagian MULTIMEDIA
PENERBIT UKM. Mereka akan bersama kami hingga
hujung bulan NOVEMBER 2013. Kedua-dua mereka akan menimba
pelbagai pengalaman kerja bersama kami. Ini bermakna
apa yang kami buat, jugak akan mereka
rasai, sama ada rakaman
video SCP dan MCP serta
kerja-kerja teknikal yang lain yang sentiasa
kami jalankan. Mereka juga mungkin akan menyertai kami
dalam mengendalikan bengkel-bengkel video yang akan kami laksanakan.
Sebelum tu kami juga bercadang untuk memberikan
taklimat berkaitan penerbitan SCP dan MCP. Kami juga akan memberikan
mereka projek video untuk diselesaikan sama ada rakaman
serta kerja2 suntingan dan 'dubbing'. Semuanya
masih lagi dalam perancangan.
Ini akan kami jalankan 
selepas kami menerima lagi beberapa
orang lagi PELAJAR LATIHAN INDUSTRI tidak berapa
lama lagi. Setakat ini, iaitu setelah seminggu mereka di sini, kedua-duanya telah
turut serta dalam BENGKEL FOTO di PENERBIT UKM.
Diharapkan mereka memperoleh manfaat
daripada bengkel berkenaan...
Opst! lupa pulak aku nak
perkenalkan nama mereka........
kedua-dua mereka masing-masing punyai
nama iaitu NAJWA RASHIDI dan SITI AISYAH.....mereka
berdua dari POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS
dalam jurusan FILEM dan VIDEO..............................kut...
....apa-apa pon 'selamat datang' kepada mereka
dan harap mereka semua selesa
serta mampu memperoleh
manfaat di MULTI MEDIA PENERBIT UKM.....
*SCP: single camera production
*MCP: multiple camera production

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria