Wednesday, September 5, 2012

Oh! hospital serdang....



....sekali lagi tulisan atau catatan yang bukan berkaitan bidang tugas....
 Semalam pegi klinik di bandar baru bangi untuk buat pemeriksaan ke atas
'buah hati' aku. Aku pilih klinik tu kerana klinik tu ada 
kemudahan x-ray.


'Kekasih' aku pun turut serta pi ke klinik tu...sampai klinik, susah sangat nak cari
tempat letak kenderaan. Nampak sangat kat bandar baru dah ramai umat.
Tapi aku tak pasti gak sama ada ramai umat atau tempat
letak kereta tak cukup...
Jadi terpaksa turunkan 'kekasih' aku dahulu dan aku pi cari tempat letak kenderaan.
Cadang nak pusing bangunan tu melalui jalan belakang. Pusing punya pusing
terserempak dengan tempat sampah di laluan belakang bangunan
tersebut. Ermmm...memang tak bertamadun manusia
yang letak tempat sampah besar di laluan
tersebut. Laluan tu memang untuk memudahkan kenderaan
melaluinya bukan untuk tempat letakkan
tong sampah besar. Terpaksa aku undurkan kete. Bukan mudah untuk undurkan
kete jauh macam tu. Dalam pening-pening cari tempat letak kete,
maka terjumpalah satu ruang...ALHAMDULILLAH...itulah 
satu2nya ruang yang ada...memang kawasan tu sentiasa
sesak.
Masa di klinik, tunggu giliran untuk dipanggil.
Agak lama juga menunggu kerana ada pesakit sedang
dirawat. Dalam masa menunggu tu aku terlihat sebuah kete
yang terletak depan klinik. Kereta tersebut remuk bahagian depannya.
Agaknya bilalah kete tu terlibat accident. Tentu sukarkan bila kita terlibat
dalam kemalangan, oleh itu sentiasalah berhati-hati bila memandu.
Tiba giliran kami pula untuk masuk ke bilik doktor. Doktor
tersebut cek dan tanya berkaitan sakit yang dialami
oleh 'buah hati' aku tu. Sebenarnya 'buah hati'
aku tu terjatuh ketika bermain di tadika.
Doktor tersebut cuma periksa sedikit tangan 'buah hati'
aku tu dan nasihatkan untuk pi buat pemeriksaan di hospital.
Dia kata alat x-ray untuk bahagian tangan tiada. Dia suspek mungkin
tulang cedera. Jadi aku ambil keputusan untuk pi hospital serdang
esok pagi....


HARI ini 5 SEPTEMBER 2012, aku gerak ke HOSPITAL SERDANG jam
8.00 pagi....aku gerak TEPAT jam 8.00 pagi, itu yang telah aku janjikan
kepada 'kekasih' aku. JANJI mesti ditepati sebab jika tidak
dipatuhi mungkin kita tergolong dalam golongan
mereka yang MUNAFIQ, kan gitu?
Tiba di HOSPITAL SERDANG ambil pass dari pengawal...mak datuk, tempat
letak kete semuanya penuh, sana sini penuh dengan kenderaan..


...di sini penuh....


....di sana penuh...


....di sini gak penuh...


....di sini sama jer penuhnya..


...di celah ini pun macam penuh jer...


di sudut ini pun penuh...aiyaaaa....mana lagi tempat mau cari...Wah! ramai jugak orang yang
sakit dalam dunia ni...hinggakan tempat letak kete pun takde..Akhirnya setelah berpusing
cari tempat letak kete dalam kawasan hospital, masih gak tak jumpa, aku
pun ambil keputusan pulangkan pass tempat letak kete
di pondok pengawal di pintu masuk. Dalam
masa yang sama aku bertanya
kat pengawal wanita
tu.....'Cik, kat dalam tu takde tempat letak kete ker...? Dia kata sana sudah penuh'
aku soal kembali...'agak kat mana ada....? Dia jawab lagi ' cuba cari kat
luar tu.....  sambil tangan di arah keluar...


....aku pun carilah kat luar niiiii.......pandang depan....penuh.....


 ...sini pun penuh...


....sini gak penuh...
Akhir sekali dapat gak aku menyelit disebelah tiang letrik di tepi jalan besar
di luar pagar HOSPITAL SERDANG...tu jer ruang yang ada..
ALHAMDULILLAH jugak........
Jarak dari JABATAN KECEMASAN hospital tu lebih kurang 500 meter kut...
kalau aku tak silap....menapaklah kami menuju ke JABATAN 
KECEMASAN tuuuu...


Tiba di JABATAN KECEMASAN ni, kami pun daftarlah di kaunter...
Di kaunter ni dia tanya masalah 'buah hati' kami...dia minta
sijil lahir atau 'mykid' untuk pendaftaran. Doktor tanya
berkaitan sakit tu...dia tanya bila hari berlaku
kemalangan tu....bila dengar dah seminggu
dia nasihatkan kalau kes jatuh kena
bawa ke klinik cepat-cepat, tak boleh tangguh.
Staf yang duk kat kaunter nasihatkan bawa ke KLINIK KESIHATAN
yang berhampiran, di sana jugak ada kemudahan
x-ray.....benarkah di Klinik Kesihatan
ada kemudahan x-ray atau CT-Scan...?
Setelah semua maklumat dicatat dalam komputer, kami diberi nombor
dan tunggu dipanggil oleh doktor.
Masuk bilik doktor yang pertama untuk diperiksa dan kemudian
diminta menunggu di ruang sebelah dalam pula...


.....di sini agak lama menunggu dipanggil...dalam masa menunggu tu mata pun menatap
lantai di tempat menunggu tu...ermmm...agak cantik dan bersih
jugak lantai ni....sentiasa jer di bersihkan oleh 
pekerja pembersihan yang kelihatan
sepanjang masa di ruang
berkenaan...
Bila nombor dipanggil, 'kekasih' aku bawa
'buah hati' kami jumpa doktor di BILIK NO. 2. Tak lama
kemudian dia keluar kembali dan dia kata doktor suruh bawa
'buah hati' kami untuk x-ray. Aku tidak turut serta, cuma 'kekasih' 
aku jer yang pegi...........
Selepas kembali  dari x-ray dia kata, tangan 'buah hati' kami di scan dengan alat CT-SCAN.
Selesai di ct-scan...kami diminta tunggu untuk dipanggil oleh doktor semula.
Selepas seketika menunggu, nombor dipanggil kembali dan
mereka masuk ke BILIK 2, aku tidak turut serta jugak.
Difahamkan di dalam bilik doktor tangan 
yang di ct-scan boleh dihat oleh
doktor secara on-line.
Doktor katakan tiada kelihatan
sebarang keretakan tulang dan sebagainya.
ALHAMDULILLAH lagi......
Dia kata mungkin kecedaraan otot-otot. Bila keluar,
letakkan mykid di dalam kotak untuk ambil ubat di kaunter ubat.
Ubat yang di beri ialah ubat tahan sakit dan ubat untuk otot gamaknyer...


Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH BANYAK2 kepada semua
STAF UNIT KECEMASAN HOSPITAL SERDANG
kerana khidmat yang diberikan. Semua kakitangannya
tidak meninggikan suara kepada kami. Nasihat  pun
disampaikan dengan suara yang biasa. Aku jarang memuji, jika aku
memuji, itu sememangnya keluar dari hati yang ikhlas...
boleh caya punyer.......
Terima kasih sekali lagi dan teruskan khidmat ANDA semua
dengan lembut....tidak ada yang lebih BERHARGA
kepada pesakit-pesakit,
melainkan layanan kata-kata yang lembut
dari ANDA SEMUA...terima kasih....terima kasih....terima kasih..


Akhirnya kami menapak menuju ke kete lebih kurang 500 meter dari bangunan
UNIT KECEMASAN TUUU....
Sebaik saja kami keluar, sebuah kete yang sedang menunggu, masuk
menggantikan kami di ruang letak kete kami....
Aku bercadang untuk bekerja gak hari ni, jadi aku agak 'speed' bawak
kete untuk tiba di rumah......tapi tiba di jalan bangi
bersua dengan pemandu lori sedang belajar...
terpaksalah gerak perlahan-lahan..
Terpandang apa yang tertulis di belakang lori tu...'JANGAN IKUT DEKAT-DEKAT'
tapi aku datang gak dekat dengan belakang lori tu...biasalah kan..manusia
kalau kita larang ikut DEKAT-DEKAT dia akan datang
dekat-dekat.....begitu juga jika dilarang 
JANGAN BUKAK-BUKAK..
ada dikalangan manusia yang akan BUKAK-BUKAK juga...
kan gitu....kan...kan...?
Terima kasih kerana sudi membaca......
DAUDmontakzakaria....