Semalam, hari Isnin, 25 Januari 2010,
Kami membuat rakaman video MCP calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar dalam STUDIO UKM di DECTAR.
Segala persiapan teknikal untuk membuat rakaman berkenaan telah kami
lakukan sejak pagi lagi bagi memastikan tidak akan berlaku
apa-apa perkara yang tidak diingini.
Sdr. Ramli, Jasril, Shahrul dan Siti Suraya dan aku sendiri telah membuat persiapan berkenaan daripada pemasangan dan ujian kamera, lampu dan props telah kami lakukan.
Tugas persiapan teknikal berkenaan kami sambung semula pada waktu petang. Niat untuk menggunakan teknik Croma Key tidak dapat dilaksanakan kerana sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan.
Rakaman MCP bermula sejak jam 8.30 malam lebih kurang. Seorang demi seorang calon kami rakamkan ucapan mereka yang mengambil masa selama lebih kurang 5 minit.
Pegawai UKM yang hadir pada malam semalam di Studio UKM yang aku kenal ialah En. Mahyuddin, En. Musa, En. Mursidi dan ada dua tiga orang lagi yang aku kenal tapi tak tau nama mereka...
Walaupun kelihatan mudah namun bila berada di hadapan kamera, calon-calon ada gak yang agak gementar memberikan kata-kata mereka. Kelihatan berpeluh muka mereka, tetapi peluh tersebut mungkin kerana lampu dalam studio tersebut agak panas kut.....
Krew yang bertugas malam ini ialah sdr. Ramli Adnan sebagai Juruaudio, Jasril dan Shahrul sebagai Jurukamera dan Siti Suraya sebagai pengendali Grafik.
Sebenarnya terdapat beberapa perkara berkaitan teknikal yang tidak memuaskan hati aku ketika aktiviti rakaman dilakukan namun begitu apa boleh dilakukan kerana itu saja kemampuan peralatan yang kami ada di Studio UKM.
Rakaman MCP berkenaan akan di edit kembali sebelum ditayangkan kepada pelajar UKM pada 27 Januari 2010. Proses pengundian akan berlangsung pada 28 Januari 2010. Rakaman berkenaan tamat kira-kira jam 12.30 malam dan setelah kemaskan peralatan kami pun balik.......tamat...........
daud montak zakaria...